Di kala anda bangun setiap pagi untuk pergi bekerja, bersihkanlah hati anda dengan istighfar. Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal kerja anda. Jangan bercakap dan jangan fikir pasal apa jua keburukan di tempat kerja anda. Keburukan akan menarik keburukan. Kebaikan akan menarik kebaikan. Penuhkan fikiran dengan memikirkan hal-hal yang baik yang anda nampak pada diri rakan-rakan sekerja.
Jika anda selalu berfikir tentang keburukan di tempat kerja, fikiran anda akan menarik keburukan lain datang dimunculkan dalam hidup anda. Lama kelamaan anda akan hilang semangat nak pergi bekerja! Penyelesaianya, niatkan kerja anda sekarang ni satu cara untuk anda berbakti. Lebihkan tolong orang, ringankan beban orang sedaya upaya anda. Sebagai seorang yang beragama Islam, eloklah kiranya gunakan kerja sekarang ni sebagai cara untuk menambah taqwa.
Berbuat baiklah pada orang lain dengan niat untuk meningkatkan tahap taqwa, supaya apa yang anda buat akan diredhai Allah, iaitu berbuat baik dalam perhubungan sesama manusia agar mendapat perhatian Allah. Moga dari situ, rezeki anda murah jadinya hingga membuat anda beroleh rezeki dari sumber tak disangka-sangka. Sama-samalah kita sampaikan peringatan ini kepada rakan-rakan anda. Semoga, segala apa yang kita lakukan akan diberkati oleh Allah s.w.t. Amin.
6 comments:
amin...aku try amalkan..tp aku sentiasa be positive beb..hihi..
@hawiz: bagus..selalulah kena amalkannya ea....;p
hidup penuh semangat!!
@jembal: yeah!!
time kaseh untuk tips ni
bru smgt nak p keje ari2
ngeee ;)
@cc: sme2
Post a Comment