Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

ADA OTAK BIJAK TENTUKAN SENDIRI








Mendekatkan diri pada alam ada pencetus motivasinya tersendiri. Tiap kali orang ada masalah, mesti dia suka duduk di tepi pantai, di bawah pokok, ambil angin, jalan-jalan di taman, duduk termenung bersendirian di atas rumput.


Ada orang suka mendengar bunyi deruan ombak memukul batu-batu di tepi laut. Tiap kali kita dekat dengan alam, kita rasa tenang semacam. Dari ketenangan tu, kita merasa bahagia, gembira, bersemangat jadinya. Saranan saya kali ini, seimbangkan kerja keras dengan waktu bersantai. 


Dalam sehari, 8 jam kita kerja, 1 jam kita kena relaks. Pastu kita sambung kerja balik. Barulah motivasi kita tak hilang semena-mena gara-gara terlalu kuat bekerja. Pergilah ke tepi pantai, taman bunga atau merehatkan minda di luar rumah Anda. Dekatkan diri dengan tumbuh-tumbuhan hijau.


Tumbuhan hijau mengeluarkan oksigen lalu menyerap karbon dioksida yang keluar dari badan kita. Lebih banyak oksigen masuk ke dalam badan kita, lebih tenang kita jadinya. Kita jadi bersemangat apabila kira merasa tenang. Bersemangat camni yang kekal powernya. 


Ada juga orang bersemangat gila, bersemangat membara tapi percayalah semangat camtu cepat hilang punya. Jadi, pandai-pandailah korang adjust time korang yer. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.






KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, April 25, 2011

Kau Kantoi Menipu Dalam Exam

Selamat Pagi. Harap korang semua sihat-sihat je ek. Kalau tak sihat tu, pandai-pandailah korang selesaikan. Korang pun dah besor panjangkan. Bukan budak-budak lagi. Hmmm, korang buat ape tu?? Study ek?? wah..bagus2. *aku syuker aku syuker*. Final exam pun dah dekat kan. Samalah ngan aku. 1st paper aku esok. Rasa tak sabar jer nak jawab.hahaha.

Untuk semester ni aku nak jwab betul-betul dalam final exam. Nak 'up' kan lagi aku punya pointer dari semester lepas. So kena study giler-giler nih. *yelah tu..padahal kau asyik nak berblogging jer*. Jadi kepada kawan-kawan yang menduduki peperiksaan sekarng ni aku ucapkan GOOD LUCK. Tapi perlu diingat jangn sesekali bawak 'toyol' dalam menjawab peperiksaan nanti. Itu menipu namanya...nanti kantoi. Padan muke kau. hahaha.

Ok lah, aku nak p sambung study lagi nih. Sebelum tu korang dengar dulu apa nasihat mamat ni nak bagitau pasal kenapa korng tak perlu menipu dalam exam. Bagus gak nasihat dia nih. Apa yang baik itu kita jadikan pengajaran dan apa yg tak elok tu...kito bakor je!!!. Bye. Jumpa lagi.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, April 18, 2011

Jangan, Jangan Dan Jangan

Menjadi seorang manusia yang sempurna adalah sesuatu yang amat sukar untuk dicapai. Tetapi sebagai manusia juga, kita perlu berusaha untuk menjadi seorang yang sempurna. Di sebalik pencarian menjadi seorang yang 'perfect' itu perlu ada kekangan yang harus dilalui. Nak tau apa?? Jom bace kat bawah ni.
  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah Kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)..
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama Dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
  • Jangan baca saja, tetapi hendaklah disusuli dengan amal. Ilmu tanpa amal seumpama pohon yang tidak berbuah.
Baiklah, sama-sama kita fikirkan dan selamat beramal ye kawan-kawan.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, April 11, 2011

Cinta Permainan Perasaan Yang Indah


*play diz song while you read diz entry k*

Remaja tidak terlepas daripada dunia percintaan. Dalam pencarian untuk mendapatkan perhatian, penghargaan dan pengiktirafan, cinta seolah-olah dapat memberikan jawapan. Bagaimanapun dalam bercinta remaja perlu berhati-hati. Ia perlu dikawal mengikut akal fikiran tanpa berpandukan kepada nafsu semata-mata serta bimbingan ibu bapa. Jika tidak, bertimpa-timpa masalah akan melanda bermula daripada membuang masa, sering berkhayal, berbelanja sehinggalah kepada seks bebas!

Sehubungan itu, tidaklah salah jika remaja ingin bercinta asalkan ia berpandukan kepada perkara positif seperti tidak mengabaikan pelajaran. Sebenarnya sesiapa saja dalam dunia ini mengharapkan cinta yang dibina itu kekal untuk selamanya. Tidak ada orang yang mahu bercinta kemudian berpisah sepanjang hayatnya.

Ramai berpendapat cinta pada zaman remaja ialah cinta monyet iaitu cinta yang tidak kekal. Bagaimanapun, ada remaja yang sememangnya sudah menemui cinta sejati tatkala di bangku sekolah. Buktinya ramai pasangan berkahwin mengaku mereka sudah bercinta sejak bersekolah. Bagaimanapun untuk bertemu dengan pasangan yang benar-benar sesuai dengan anda bukanlah mudah. Ada pasangan yang sudah menjalin hubungan bertahun-tahun tetapi putus juga di tengah jalan.

Jika anda sedang bercinta, panduan di bawah mungkin sesuai untuk mengetahui sama ada si dia itu pasangan tepat bagi anda. Cuma sebagai remaja, anda juga perlu memikirkan masa depan bersama dan jangan hanyut dengan cinta.

* Rasa serasi*
Walaupun baru mengenalinya, anda terasa seperti sudah mengenalinya sepanjang hayat. Anda boleh berbual apa saja topik dengannya dan anda juga yakin bahawa dialah pasangan yang anda cari selama ini.

* Ketawa bersama*
Setiap kali bertemu, anda berdua pasti ketawa dan gembira. Apa saja perkara lucu yang dibualkan, anda pasti ketawa bersama. Itu menunjukkan anda berdua mempunyai banyak persamaan dalam pelbagai perkara.

* Tidak pernah meragui*
Biarpun si dia jauh dari mata tetapi anda yakin dia sentiasa mengingati anda. Anda juga tidak pernah ragu-ragu untuk membantunya jika dia dalam kesusahan kerana anda pasti dia juga akan bersama di saat anda memerlukannya.

* Tiada masalah*
Hubungan anda dengannya berjalan tanpa banyak masalah dan cabaran yang besar. Jika ada perselisihan faham sekalipun, ia sentiasa dapat diselesaikan dengan cepat kerana sentiasa ada pihak mengalah. Malah, apa saja yang dirancang berjalan lancar dan menjadikan anda berdua lebih bahagia.

* Membuat keputusan bersama*
Anda berdua sering membuat keputusan demi kebaikan bersama dan bukannya untuk diri sendiri. Sering mengadakan perbincangan terutama mengenai masa depan membuatkan anda lebih memahami isi hati masing-masing.


sumber asal: koleksicinta


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, April 5, 2011

Aku Single Aku Ok



Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Bagi aku, buat masa sekarang status 'single' itu lebih baik sebab aku boleh buat apa sahaja yang aku suka. Boleh keluar dengan sesiapa sahaja dan menambahkan kenalan baru. Tiada apa yang perlu difikirkan jika anda menjadi single. Anda cuma fikirkan diri anda sahaja. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!

1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang seorang diri, bersukan dan macam-macam lagi. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend/girlfriend berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Buat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend/girlfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapanya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend/girlfreind anda.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, March 29, 2011

Berhenti Mengeluh



Apa jua situasi yang tidak menyenangkan anda, apa jua situasi yang tidak memuaskan hati anda, elak mengeluh. Sikap mengeluh hanya akan menarik kenegatifan. Kesannya, anda susah untuk jadi bermotivasi. 
Anda akan susah mengubah diri ke arah pemikiran positif. Mengeluh menjadikan anda ‘mangsa’ pada situasi, bukannya ‘penguasa’ pada situasi.

Elak untuk meluah rasa tidak puas hati. Elak mengeluh pada situsi, seboleh mungkin elak dari memberitahu orang apa yang anda keluhkan. Lupakannya. Anggap ia sebagai cabaran kemudian fokuskan pada solusi. Sebagai contoh, jika anda sedang dilanda masalah kewangan, jangan mengeluh kerana anda dilanda masalah kewangan. Sebaliknya, fokuskan pada penyelesaian masalah. Fikirkan apa yang anda boleh buat untuk menyelesaikan masalah kewangan anda, fikiran jalan penyelesaian bagaimana untuk mengurangkan masalah kewangan anda.

Minta doa pada Yang Maha Esa, moga DIA kurniakan petunjuk untuk anda menghadapi situasi tersebut. Tuhan tidak menjawap doa-doa kita, mungkin sebab jauh daripadanya, sembahyang kita entah ke mana. Jadi, dekatkanlah diri anda kepada-Nya. Semoga Allah membuka pintu rezeki yang lebih luas. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, February 25, 2011

Suami Tipu Tipu Isteri Lagi

Selamat Pagi!!. Camna sihat tak arini? dah sarapan blom? ke baru bangun tido nih? wakakaka. Ok lah hari ni nak share satu citer ngn korang pasal kehidupan berkeluarga suami isteri yang aku cedok dari PakarHowto. Ada pro dan kontra di sebalik citer ni. Layannn.

Seorang bos mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra dan ber'ehem-ehem'...*korang faham2 jelah*, sampai akhirnya mereka tertidur.

Bos tersebut tersedar pada jam 10 malam. Kelam kabut dia menyarung kembali pakaiannya. Pasti isterinya akan bertanya ke mana dia pergi. Dengan lantasnya, dia menyuruh setiausahanya membawa kasutnya kelua, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur. Selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, bos itu segera pulang ke rumah.


Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang marah...

"ke mana abang pergi hah?...malam baru ingat nak balik?!"

"Abang tak mahu berbohong...sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam." , jelas bos itu, menceritakan hal yang sebenarnya.

Si isteri memandang dari atas ke bawah. Dia terpandang kasut suaminya yang kotor.

"Abang bohong!!!...ni mesti pergi main golf la kan?..."


********************

Moralnya:

  1. Jangan sesekali berzina kerana ia adalah BERDOSA BESAR. Hukuman rejam sampai mati bagi orang yang dah kahwin.
  2. Jangan berbohong dalam apa jua keadaan kerana ia adalah satu dosa. ALLAH murka kepada orang yang menipu.
  3. Jangan balik lambat ke rumah kalau tiada apa-apa hal yang penting. Ingat, anak dan isteri anda senanti menanti kepulangan anda. Pulanglah segera menemui mereka kerana mereka sentiasa merindui dan memerlukan anda.
  4. Isteri jangan tengking atau marah suami sangat. Kalau ya pun suami ada buat silap, cakap lah dengan baik dan cari masa yang sesuai.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, February 18, 2011

Setiap Hari Adalah Cinta



*play diz song while you read diz entry k*


Hari Valentine adalah hari ‘special’ untuk orang-orang bercinta. Tapi kan, kenapa nak tunggu Hari Valentine selama setahun semata-mata untuk meraikan hari ‘special’ meraikan cinta ? Sebenarnya setiap hari yang korang lalui, hari-haripun boleh dijadikan Hari Valentine lah.

Isu paling hangat tiap kali tiba Hari Valentine ni adalah isu halal atau haram menyambutnya. Hari Valentine hanya nama kepada sebuah hari, yang jika dikaji dari sejarahnya diambil dari nama seorang Paderi Kristian. Tak salah nak sambut, juga tak salah jika tak sambut. Salah atau tak salah, terpulang pada korang nak sambut bagaimana.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, February 7, 2011

Buat Yang Terbaik



Hari ni dah start kuliah setelah bercuti sempena Tahun Baru Cina. Yay!! Rasa sangat happy jer sebab bley jumpa dengan kengkawan seperjuangan untuk menuntut ilmu. *padahal sedih sbb cuti dah abes...huhu* Tiap kali tahun baru mesti korang ade azam baru kan. *eh bukan tahun baru dah lama ke sambut* Yang ni azam sempena tahun baru cina lak. hehehe. Sempena tahun baru ni, azam aku ingin menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam menambah ilmu pengetahuan. Sebagai seorang student, kenapa perlu berjaya? Eh nak tanya korang lah. Kenapa orang berjaya sentiasa mahu menambah ilmu? Sebab apa?


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, January 31, 2011

Eh, Apsal Kau Ni



"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, January 26, 2011

Aku Mahu Gembira Hari Ini




*play diz song while you read diz entry k*


Sudah pasti korang ada matlamat sekarang ni. K
orang mahu berjaya, mahu bahagia. Kali ni, usah terlalu struggle lagi. Tak perlu mengerah minda bersusah-payah berusaha. Itu cara dulu. Sekarang, kita guna cara yang baru. 

Wujudkan kegembiraan digabung dengan kerajinan berusaha. Dengan kegembiraan itu, korang akan bersemangat. Setiap kali korang gembira, setiap kali itu jugalah korang akan bersemangat. Buat apa pun makin menjadi, dalam apa jua perkara yang korang usahakan.

Pasang matlamat mahu gembira setiap hari. Ini caranya. Ambil sekeping kertas dan pen. Tarik nafas dalam-dalam. Tenagkan fikiran. Bebaskan dari memikirkan hutang, masalah dan segala jenis musibah. Lupakan. Let it go!

Selepas tu, tuliskan matlamat korang mahu gembira setiap hari. Tuliskan begini “Aku mahu gembira hari ini“. Bila dah buat begini, samalah macam korang dah tanam benih. Selepas tu, bila benih dah tumbuh jadi anak pokok dan semakin membesar, kena siram dan baja selalu.

Bajai dan sirami benih kegembiraan di hati korang dengan cinta, kesyukuran dan kemaafan. Hargai orang yang korang cintai.

Ucap terima kasih pada si dia kerana dia mencintai korang, walaupun selama ni korang dah hidup bersama-sama dengan si dia sebagai suami isteri 17 tahun lalu! Bukan buang tebiat, tapi untuk nak hargai isteri atau suami korang, supaya dari situ korang akan kekal bersemangat.

Kekalkan yang baik, kurangkan masa yang lalu, hapuskan yang buruk-buruk di fikiran. Barulah kegembiraan kekal di hati . Bila dah gembira, apa saja yang korang buat akan senang jadinya. Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Yeah!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, January 24, 2011

Mulakan Sesuatu Yang Baru



Kata orang sebelum mengajarkan sesuatu, anda perlu menjadi ‘somebody’ terlebih dahulu. Anda perlu ada kelulusan dan pengalaman.

Tapi di dalam arena blogging, itu tidak penting. Yang penting adalah sumbangan anda. Berapa banyak dan berapa bagus maklumat yang anda sampaikan kepada masyarakat?

Sebab utama kenapa ramai orang tidak mula memberikan ilmu yang berguna adalah kerana takut di kata tidak ada pengalaman dan tidak ada kemahiran.

Jadilah seorang penyampai.

Usah terlalu banyak bercerita tentang diri anda sebaliknya banyakkan bercerita tentang ilmu yang anda mahu sampaikan.

Anda tidak perlu menjadi seorang cikgu untuk mengajar, tapi ajarlah sesuatu lebih baik dari cara seorang cikgu mengajar. Renung-renungkan dan selamat beramal.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, January 18, 2011

Kita Tahu, Tidak Tahu



Semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak yang kita tidak tahu. Beg
itulah adat menuntut ilmu bagi orang yang mahu memajukan diri. Orang yang positif fikirannya, akan terus ambil tahu tahu dan tidak menunjuk-nunjuk yang dia sebenarnya banyak perkara.

Masalah kita ni, dek nak ambik perhatian orang, dek nak tunjukkan kita punya konfiden, kita berlagak tahu. Terutamanya soal isu-isu semasalah. Kita mengkritik ikut suka hati kita.

Kita mengomen ikut sedap mulut kita tanpa kita sedar orang sekeliling menilai diri dalam diam. Dah tentu diorang kata kita ni jahil. Sebab? Kita cuba menutup kejahilan dengan berlagak tahu, buat-buat tahu.

Makin banyak kita berlagak tahu, sebenarnya makin banyak kita tidak tahu. Oleh kerana kita  tidak tahu, kesannya kita buat-buat tahu supaya kita tak malu.

Jadilah orang yang suka belajar – belajar dari persekitaran, dari orang-orang sekeliling, belajar dari alam. Orang yang belajar ni biasanya pendiam. Diamnya bukan diam sembarang. Diamnya diam berisi.

Diam berisi lebih baik dari bising yang kosong tanpa apa-apa pencapaian yang boleh dibanggakan. Jadi, fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. 


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, January 13, 2011

Bersemangat Dalam Bekerja


Di kala anda bangun setiap pagi untuk pergi bekerja, bersihkanlah hati anda dengan istighfar. Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal kerja anda. Jangan bercakap dan jangan fikir pasal apa jua keburukan di tempat kerja anda. Keburukan akan menarik keburukan. Kebaikan akan menarik kebaikan. Penuhkan fikiran dengan memikirkan hal-hal yang baik yang anda nampak pada diri rakan-rakan sekerja. 


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, January 5, 2011

Menjadi Lelaki Muslim Yang Gentlemen



Entry kali ini adalah lebih berkisar kepada lelaki sahaja. Tetapi wanita pun boleh juga kalau nak ambil tahu. Apa sebenarnya definasi lelaki Muslim gentleman ? Ops, bukan lelaki gatalman ok! Kita boleh tafsirkan , lelaki gentleman adalah lelaki yang mempamerkan keperibadian seperti Nabi Muhammad s.a.w. Korang tahukan, Rasulullah s.a.w merupakan salah satu contoh model yang perlu kita contohi kerana beliau mempunyai perwatakan yang sangat mulia di atas muka bumi ini. Korang nak tahu bagaimana untuk menjadi seorang lelaki yang gentelman, maskulin serta berkarisma. Jom ikut aku menerokai antara tips-tips yang boleh korang praktikkan dalam kehidupan korang yer untuk menjadi seorang muslim yang gentlemen, berkarisma dan maskulin.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, December 31, 2010

Tetap Azam Dengan Betul



Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru. Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu ngam dengan kapasiti Anda. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi. Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam. Berikut adalah senarai 5 tips ringkas bagaimana menetapkan azam tahun baru, sesuai dengan ajaran Islam yang menjadi pegangan kita.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, December 23, 2010

Tip Hilangkan Rasa Boring


Apakah rasa boring? Dalam bahasa Melayu, ia adalah rasa bosan. Rasa bosan  timbul apabila anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa boring timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas, boring petanda besar anda adalah orang yang tidak ada matlamat.

Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa boring:

1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa nak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa boring cari sesuatu disekeling yang boleh anda lakukan.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, December 21, 2010

Anugerah Dari Kegagalan




Pernahkan anda mengalami kegagalan dalam hidup? Berapa kalikah anda gagal? Apakah kesan dari kegagalan itu? Apakah langkah anda untuk mengelak dari terus gagal? Inilah persoalan yang selalu timbul. Tapi pernahkah anda terfikir hikmah di sebalik kegagalan itu..


* Kegagalan sebenarnya adalah guru dan pembimbing kepada kejayaan akan datang. Tidak semua perkara positif menjadi rangsangan terbaik untuk kita semua. Adakalanya sesuatu yang negatif seperti kisah kegagalan, kesusahan akan menjadi pendorong yang lebih baik untuk mengubah kehidupan kini agar lebih baik dari semalam.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, December 8, 2010

Petua Mendapatkan Pasangan Part 2



Dalam part 1, aku dah post 30 petua dalam mendapatkan pasangan. okey kali ni aku nak bagi 30 lagi petua tuk korang dalam menambahkan lagi pengetahuan dalam mencari pasangan korang. Baca elok-elok tau. Selamat beramal.


31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.


32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.


33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, November 26, 2010

Petua Mendapatkan Pasangan Part 1






1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...