Semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak yang kita tidak tahu. Begitulah adat menuntut ilmu bagi orang yang mahu memajukan diri. Orang yang positif fikirannya, akan terus ambil tahu tahu dan tidak menunjuk-nunjuk yang dia sebenarnya banyak perkara.
Masalah kita ni, dek nak ambik perhatian orang, dek nak tunjukkan kita punya konfiden, kita berlagak tahu. Terutamanya soal isu-isu semasalah. Kita mengkritik ikut suka hati kita.
Kita mengomen ikut sedap mulut kita tanpa kita sedar orang sekeliling menilai diri dalam diam. Dah tentu diorang kata kita ni jahil. Sebab? Kita cuba menutup kejahilan dengan berlagak tahu, buat-buat tahu.
Makin banyak kita berlagak tahu, sebenarnya makin banyak kita tidak tahu. Oleh kerana kita tidak tahu, kesannya kita buat-buat tahu supaya kita tak malu.
Jadilah orang yang suka belajar – belajar dari persekitaran, dari orang-orang sekeliling, belajar dari alam. Orang yang belajar ni biasanya pendiam. Diamnya bukan diam sembarang. Diamnya diam berisi.
Diam berisi lebih baik dari bising yang kosong tanpa apa-apa pencapaian yang boleh dibanggakan. Jadi, fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.
10 comments:
btollll....~~
@silah: yup...;p
diam2 ubi berisi.. so, lagi bagus kalau kite diam dan memerhati.. :)
'Kita mengomen ikut sedap mulut kita tanpa kita sedar orang sekeliling menilai diri dalam diam'....ayat ni ske sy....
@zoe: aah...betul2
@farhana: same lah kiter...hehe
btol tu pezol..
@mamat: tenkiu....;p
betol3...jgn terlalu mengkritik sampai lupakan kekurangan diri..lebih baik setiap kritikan itu diingatkan juga pada diri sendri :-) ..neway dlm sesetengah ilmu..cthnya isu hukum hakam, jika seseorang itu mempunyai ilmu dan memahaminya..perlulah disebarkan..=_=
@sky: b'sederhanalah dlm segala tindakan....;p
Post a Comment