Friday, December 31, 2010

Tetap Azam Dengan Betul



Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru. Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu ngam dengan kapasiti Anda. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi. Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam. Berikut adalah senarai 5 tips ringkas bagaimana menetapkan azam tahun baru, sesuai dengan ajaran Islam yang menjadi pegangan kita.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Korang Pasti Takkan Percaya

Dean Potter antara pejalan kaki atas tali professional dunia

Semua orang boleh tangkap gambar. Juz klik and see. Mudah kan?? Bezanya, bagaimana orang tu tangkap gambar dengan menggunakan daya kreativiti yang tinggi dengan menggabungkan imaginasi yang menarik untuk menjadikan gambar tersebut nampak cool. Maknanya kat sini, kalau kita tengok gambar tu seolah-olah adalah hasil daripada ubahsuai menggunakan photoshopped or somethin' else tetapi pada hakikatnya gambar itu adalah yang asli. Ok jom kita tengok antara gambar-gambar yang sangat cool itu yang telah ditangkap oleh jurugambar-jurugambar professional.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, December 30, 2010

Sayang Korang Semua

Hidup ini perlu ceria. Korang jangan nak sedih-sedih. Hanya tinggal berapa hari je lagi kita akan meninggalkan tahun 2010. Benda yang dah lepas tu kita abadikan lah dalam kenangan untuk tatapan masa hadapan. Lepas ni kita mulakan lembaran baru dalam naskah kehidupan di tahun 2011 nanti. Mana-mana azam korang yang belum terlaksana lagi tu, korang boleh teruskan pada tahun hadapan. Hidup kena teruskan ke hadapan bukannya masih jauh tertinggal di belakang. Ok lah, malas nak merapu dengan panjang lebar lagi. Korang bukan nak baca kan? haha. Btw, aku nak ucapkan millions of Thank You kepada korang yang sudi menjengah dan memfollow blog aku yang tak seberapa ni walaupun tak sampai pun 2 bulan blog Pezol Stylez beroperasi. Thanks for your support guys. Love You. Let enjoy diz song Firework by Katy Perry. Chill yah!!.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Pancakes Itu Sedaplah



Korang pernah makan pancakes?? Kalau dalam bahasa melayu nye kira macam lempeng la. Sedap kan? Tapi biasa kalau kat Malaysia ni, kita buat pacakes biasa-biasa je kan? Tapi, ada seorang ibu ni, namanya Jim Belosic telah membuat pancakes ini dengan bentuk yang sangat cute untuk hidangan anaknya Allie yang berusia 3 tahun. Walaupun bentuk pancakes yang dibuat oleh Jim Belosic ni seperti bermain dengan makanan tetapi ia tidak menjejaskan Jim Belosic untuk mencipta sesuatu yang baru dalam membuat pancakes bagi menarik perhatian anaknya supaya makan.Mari saya tunjukkan antara bentuk2 pancakes yang telah dihasilkan oleh mama Allie nih.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Memori Indah Penghujung 2010



Dengan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 menentang Indonesia semalam, Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengishtiharkan bahawa esok 31 Disember 2010 merupakan cuti peristiwa sempena meraikan kemenangan yang penuh bersejarah ini. Semoga dengan cuti yang telah diberikan ini dapat digunakan sebaik yang mungkin bagi kita dalam menghargai pasukan bola sepak tanah air. Selamat bercuti semua.(ade gambar lagi kat bawah kalau nak tengok)


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010



MALAYSIA BOLEH !!! Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana telah berjaya menjadi Juara Piala AFF Suzuki 2010 sebentar tadi. Walaupun pasukan Malaysia tewas tipis dengan pasukan Indonesia dengan 2-1 tetapi pasukan Malaysia layak menjulang piala AFF Suzuki dengan kemenangan agregat 4-2 setelah menumpaskan Indonesia dengan 3-0 di perlawanan final pertama di Stadium Bukit Jalil.. Syukurlah segala-galanya telah berakhir dengan satu kepuasaan dan kebanggaan buat rakyat Malaysia.


keputusan final pertama


keputusan final ke-2


Diharapkan selepas ini, pasukan Malaysia akan terus mempamerkan aksi-aksi permainan yang mantap dan berlatih dengan lebih giat lagi untuk menghadapi perlawanan-perlawanan yang akan datang. Kepada jurulatih pasukan K.Rajagopal, tahniah buat anda juga kerana berjaya membimbing pasukan Malaysia sehingga ke tahap ini. Syabas dan tahniah sekali lagi buat pasukan bola sepak Malaysia. Semoga dengan kemenangan ini akan menaikkan lagi rangking pasukan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi lagi. MALAYSIA BOLEH !!!
.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Kalau Lupa Kena Tulis Sikit



Nota lekat sememangnya sinonim dengan korang yang kerja di dalam pejabat dan pelajar-pelajar IPT. Aku pun seorang student yang tak berapa nak pandai ni pun memang ada nota yang jenis lekat-lekat ni. Macam-macam aku tulis atas kertas tu pastu tampal kat dinding. Kalau malas tu tampal je depan skrin lappy. Hahaha. Kalau dulu aku tengok nota lekat ni hanya mempunyai bentuk yang biasa-biasa sahaja. Tetapi sekarang dah macam-macam bentuk pulak ye. Aku kira memang orang yang design bentuk nota kaki ini seorang yang kreatif tahap cipan la. hehe.Aku memang suka sangat. Nak tengok antara rekabentuk nota lekat yang kreatif dan cool itu?? Jom terjah kat bawah ni.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Senaman Untuk Perut Berotot

Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan menyegarkan, korang perlulah bersenam. Jangan terlalu asyik nak buat senaman 'blogwalking' sahaja. Korang perlu jugak keluarkan peluh. Tak payah ambil masa yang lama, cukup antara 20-30 minit sehari. Baiklah, bagi sesiapa yang menginginkan perut yang berotot six-pack, korang bolehlah follow langkah-langkah yang ditunjukkan di dalam video ini. Mungkin pada awal korang mengikuti senaman adalah sangat susah, korang boleh buat slow-slow ea. Korang nak perut yang cantik kan?? So kenalah bersusah-susah dahulu dan hasilnya korang tengoklah di kemudian hari. Ok. Selamat bersenam.






KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Ketahuilah 4 Perkara Itu



Hidup saling ingat memperingati antara satu sama lain merupakan satu tanggungjawab bagi setiap orang muslim. Kerana dengan memberi peringatan itu amat berguna bukan sahaja kepada orang yang memberi peringatan bahkan untuk kegunaan orang yang diperingati juga. Tiada apa yang kita harapkan melainkan untuk mendapat keredhaan dan kerahmatan dari-Nya untuk ke sekalian umat di muka bumi ini. Nak tahu empat perkara yang perlu korang ketahui? Teruskan membaca di bawah.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Laluan Jalan Raya Paling Merbahaya Di Dunia



Laluan jalan raya adalah satu jalan yang menjadi penghubung antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Tak kisahlah samada jalan itu senang atau sukar untuk dilalui, ia akan menjadi satu alternatif jalan yang penting untuk menuju ke satu destinasi. Terdapat banyak laluan jalan raya yang sangat  merbahaya untuk dilalui di dunia ini. Mungkin korang akan mengambil masa yang agak lama apabila memandu di kawasan macam ini untuk sampai. Ok lah, jom kita tengok antara laluan jalan raya di dunia ini yang dianggap sangat merbahaya untuk dilalui itu. Jom!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, December 28, 2010

Haiwan Kalau Obesiti Nampak Comel Je




Masalah obesiti sering kali dikaitkan dengan menusia yang mempunyai berat badan yang melampau. Mempunyai berat badan yang tidak seimbang banyak mengundang masalah kepada individu yang mengalami masalah ini dan obesiti merupakan salah satu penyakit yang amat berbahaya jika tidak diambil langkah untuk mencegahnya. Tetapi bagaimana pula dengan haiwan ek? Bagaimana dengan bentuk fizikalnya apabila mengalami masalah obesiti ini?? Bagi aku haiwan yang obesiti ini adalah haiwan yang sihat, tidak bagi manusia. Nak tengok?? Jom !!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Apabila Ulat Pelik Serang Kereta



Ulat serang kereta?? Pelik kan? Aku pun tak tahu kenapa ulat-ulat ni serang kereta tu jadi 'markas' mereka. Ada apa la dengan kereta tu sampaikan ulat-ulat ni hinggap kat kereta tu. Kereta tu kan logam. Ulat sekarang dah pandai makan logam ke?? Konfius aku dibuatnya. Aku pasti pemilik kereta ni pasti akan terkejut beruk apabila kereta dia di'serang' oleh ulat-ulat ni. Nak tengok lebih lanjut...? Jom teruskan.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

10 Pulau Rahsia Terbaik Di Dunia

Pulau Socotra - Yemen


Dunia kita mempunyai banyak pulau yang indah dan ada sesetengah pulau ini sememangnya sudah terkenal yang penuh dengan sumber alam semulajadi dan mineral dan menjadi tarikan pelancong untuk beristirehat. Tetapi, tahukah korang bahawa terdapat beberapa pulau yang masih belum diterokai dan diselidiki? Bahkan masih ramai lagi di antara manusia di dunia belum mengetahui akan kewujudan pulau-pulau ini. Mempunyai kebudayaan dan gaya hidup tersendiri menjadikan pulau-pulau ini sangat unik untuk korang kunjungi. Nak tahu di manakah lokasi pulau-pulau rahsia terbaik di dunia? Jom ikut aku meneroka pulau-pulau tersebut.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, December 27, 2010

Wartawan Cilik Yang Cool

Joey, seorang wartawan kanak-kanak berusia 5 tahun untuk Blackhawks TV, yang mana Joey akan memberikan liputan secara profesional dalam satu pertandingan hoki kebangsaan di sana. Baru-baru ini, Joey telah menemuramah beberapa soalan kepada beberapa bintang Blackhawks seperti Jonathan Toews, Patrick Kane dan banyak lagi. Budak ini memang cool lah nak habaq kat hangpa semua. Lawaknya apabila salah seorang pemain Blackhawks bertanya satu soalan kepada Joey iaitu berapa lama Joey sudah berkecimpung dalam dunia wartawan dan dengan penuh konfidennye si Joey ni ckp dah 6 tahun padahal umo dia pada masa tu baru je 5 tahun. hahaha.Ok lah, nak tahu apa soalan yang Joey tanya kepada player2 Blackhawks? Jom saksikan video ini. Check this out !!




KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Syabas Malaysia !!



Tahniah !! Tahniah !! Tahniah !! Malaysia 3 - Indonesia 0. Satu kejayaan yang amat membanggakan buat pasukan Malaysia dengan kemenangan di dalam perlawanan final pertama Piala AFF Suzuki semalam di Stadium Bukit Jalil. Gol pasukan Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali dengan 2 gol dan satu lagi oleh Ashaari Samsudin. Ini merupakan satu langkah pertama buat pasukan Malaysia untuk bergelar JUARA Piala AFF Suzuki 2010. Pasukan Malaysia kena terus berusaha sehabis yang baik untuk men'ganyang' sekali lagi pasukan Indonesia untuk perlawanan final kedua di negara Indonesia nanti. Tunjukkan kepada mereka sememangnya MALAYSIA BOLEH!! Yeah !! All the best Tiger !! Auummm!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, December 26, 2010

Soalan Maut Encik Rahman [18SX]


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Siapa Bilang Hisap Shisha Tidak Berbahaya??



LONDON - Kajian yang dilakukan kerjasama Department of Health and the Centre for Tobacco Control, termasuk fakta yang menyebutkan menghisap Shisha sama berbahayanya dengan menghisap merokok tembakau.


Menurut hasil penelitian, seperti dikutip dari BBC, Khamis (27 / 8) waktu setempat, masyarakat yang menghisap merokok shisha atau tembakau herba akan berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. Hal itu disebabkan, dalam satu sesi menghisap merokok shisha memiliki kecenderungan 4-5 kali lebih tinggi kandungan karbon monoksida dalam badan berbanding semasa menghisap merokok tembakau. Tingginya kadar kabon monoksida ini nantinya berpotensi menyebabkan kerosakan otak dan keadaan tidak sedar.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, December 25, 2010

Nak Menang Wang Tunai RM300??


Klik banner untuk masuk !!



Hi korang !! Nak menang wang tunai RM300?? Senang saja. Pastikan korang mempunyai kekreatifan di dalam merekabentuk baju tee. Korang lukislah apa sahaja dan hantar design baju korang kat SINI. Untung-untung baju yang korang design boleh dijual pula. Best kan?? Jadi bagaimana?? Mudah saja kan?? Korang hendak cuba?? Rekalah tee-shirt korang sekarang. Jangan tunggu lama-lama. Semoga berjaya.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Mari Mendekorasikan Makanan



Aku memang seorang yang pantang nampak makanan sedap, pasti akan buat entry terus. Tak kisahlah samada korang rasa sedap atau tak. Bagi aku semuanya sedap. Kita memerlukan makanan untuk hidup kan?? Jadi nampak je makanan yang pelik2 atau kreatif  pasti aku akan terus teruja untuk mencarinya. hehehe. Saja untuk kepuasaany sendiri sebenarnya. Jom ikut aku tengok antara makanan yang unik dan kretif yang digubah menjadi sesuatu yang menarik. Jom


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, December 24, 2010

Tanda Lelaki Ingin Putuskan Hubungan


Lelaki mungkin sukar untuk melafazkan kata putus, tetapi bila si dia mulai menjauhkan diri, itulah tandanya si dia mulai jauhkan diri dari anda. Hati-hati dengan perubahannya dan lihat di cermin kesilapan dalam sedar atau tidak yang anda lakukan sehingga mengguris perasaannya. Lelaki juga sentitif…Nak tau tanda-tandanya?? Jom ikut aku.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Awek Sape? Baik Mengaku Cepat !!



^_________^


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Korang Makan Apa Tengahari



Makan tengah hari adalah sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Sebab apa ek?? Setelah korang banyak menggunakan tenaga untuk bekerja di waktu pagi, jadi badan memerlukan tenaga iaitu melalui makan pada waktu tengahari. Korang pernah tak bawa bekal makanan kalau korang pergi mana-mana? Pernah tak korang terpikir nak buat sedikit hiasan kat bekal makanan korang tu dengan hiasan seperti orang ke, gajet ke, binatang ke atau watak pelakon kegemaran korang?? Hahaha. Tak pernah? Jom ikut aku tengok antara dekorasi yang sangat cantik untuk makanan tengah hari ni.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, December 23, 2010

Ronda-Ronda Atas Jambatan



Di dunia ini terdapat pelbagai jenis jambatan yang direkabentuk untuk kemudahan pengguna dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tanpa adanya jambatan sebagai penghubung sudah pasti akan menimbulkan pelbagai masalah kepada penggunannya. Jom kita tengok antara jambatan yang mempunyai rekabentuk yang sangat unik dan canggih. Jom.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tip Hilangkan Rasa Boring


Apakah rasa boring? Dalam bahasa Melayu, ia adalah rasa bosan. Rasa bosan  timbul apabila anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa boring timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas, boring petanda besar anda adalah orang yang tidak ada matlamat.

Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa boring:

1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa nak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa boring cari sesuatu disekeling yang boleh anda lakukan.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, December 22, 2010

Award Ke-4




Award ni dihadiahkn oleh saudari Cik Tiniey sbb aku ni merupakan follower bertuah bagi blog beliau. Sangat2 menghargai pemberian award yg sungguh tak ternilai ini. Thanks a lot.



[1] Ucapan anda;
Juz wanna to say, tengkiu very much for the wonderful award. Sgt2 x percya, dlm2 byk blogger, blog aku juga yg dapat. hehe. Thanks tau.



[2] Berikan 4 ciri lelaki / wanita idaman anda untuk dijadikan suami / isteri; 
Seorang yang taat kepada perintah agama, taat kepada orang tua dan yang paling penting kena pandai memasak la..hehe.



[3] Berikan 1 tips untuk mengekalkan hubungan dengan pasangan anda;
Saling mencintai antara satu sama lain dengan berlandaskan iman dan takwa kepada ALLAH s.w.t.



[4] Pernah anda terjumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta;
Pernah. Tiap2 hari kot bace.



[5] Letakkan 10 link pilihan anda dan beritahu mereka bahawa mereka telah memenangi award ni;
Blog-blog yang bertuah untuk menerima award ini adalah:




Tahniah kepada penerima-penerima award dari aku coz korang sememangnya follower aku yg bertuah hari ini. Ok nak out dulu. vavay!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Kenapa Perlu Menyiksa Diri Sendiri



Aku berasa sangat pelik, orang zaman sekarang suka sangat mengubah bentuk fizikal yang sedia comel molek, cantik, dan yang tiada cacat celanya. Adakah kerana fesyen?? atau sekadar suka-suka?? ataupun sebagai satu kepercayaan mereka. Perlukah kita menyakiti anggota badan kita, hanya untuk kelihatan cantik atau menakjubkan? Semua ini adalah perbuatan yang kita tidak perlu ikuti. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan dan tanggungjawab kita adalah menjaganya dengan baik. Meh ikut aku tengok antara gambar2 yang korang tidak boleh ikuti.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, December 21, 2010

Fesyen Gaun Memang Hot




Dunia fesyen dari hari ke hari, memang ada saja gaya terbaru yang akan ditampil. Para pereka sememangnya dikurniakan banyak idea untuk menjadikan satu benda itu nampak lebih menarik apabila diolah dengan baik. Fesyen gaun antara fesyen terkini yang menjadi kegilaan wanita sekarang untuk tampak lebih elegen, cantik dam memukau pandangan. Itulah kuasa fesyen. Jom kita tengok antara rekaan gaun yang sangat unik dan menarik untuk dipakai. Jom !!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Anugerah Dari Kegagalan




Pernahkan anda mengalami kegagalan dalam hidup? Berapa kalikah anda gagal? Apakah kesan dari kegagalan itu? Apakah langkah anda untuk mengelak dari terus gagal? Inilah persoalan yang selalu timbul. Tapi pernahkah anda terfikir hikmah di sebalik kegagalan itu..


* Kegagalan sebenarnya adalah guru dan pembimbing kepada kejayaan akan datang. Tidak semua perkara positif menjadi rangsangan terbaik untuk kita semua. Adakalanya sesuatu yang negatif seperti kisah kegagalan, kesusahan akan menjadi pendorong yang lebih baik untuk mengubah kehidupan kini agar lebih baik dari semalam.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Award Ke-3



Korang, hari ni aku dapat award lagi. Actually, ni award yg ke-3 aku dapat.



[1] Sape bagi award nih??
 Kali ini, award ni dihadiahkan oleh si cantek manis cik Tyra Corner. Tengkiu so much ye dik bg award nih.



[2] Apa komen anda terhadap blog yang bagi award ni??
Bagi aku, thiz blog is so nice, funky, beautiful like d onwer and i very like it.



[3] Blog yang anda selalu singgah???
Banyak sangat blog aku singgah seperti Borak Kosong, Ben Asshari, Izamir Ridzwan, Great Teacher Onizuka, Ardini Humaira dan banyak lagi.



[4] Ayat yang selalu anda tinggalkan di shout mix orang???
Jeling2, jengok2, pandang2, kenyit2, tenung2 dan byk lagi



[5] Tagkan kepada blogger lain
Kalu aku nak tag ni, byk sgt nk bagi. Tapi aku rasa nak tag semua lah. So, sape2 yg follow blog aku boleh lah amek awrd ni ea. ok. that;s it!!


\(^_^)/


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, December 20, 2010

Utamakanlah Kebersihan



Setiap hari, korang mesti ade benda nak dibuang kan? Tak kesahlah samada kertas, makanan, tin kosong, botol dan sebagainya. Jadi di sini, peranan tong sampah ataupun bekas sampah amatlah diperlukan sebagai tempat korang membuang sampah. Betul tak? Kebiasaanya, bekas sampah yang biasa korang gunakan seperti tong sampah atau bakul sampah hanya mempunyai rekabentuk yang biasa sahaja. Apa kata hari ini korang tukar pulak kepada bekas sampah yang lama tu kepada bekas sampah yang unik untuk korang buang sampah. Bagaimana? Jom kita tengok.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, December 19, 2010

Comel Sangat Ke Dia



Antara koleksi binatang yang membuatkan korang tak tido dengan lena pabila tiada di sisi. Hidup korang pasti akan lebih indah jika dapat berdampingan dengannya setiap masa. Dibelai dan dimanja itu sudah pasti korang akan lakukan apabila memilikinya. Korang juga pasti akan terhibur dengan telatahnya yang menghiburkan. Tiada apa yang lebih comel dari yang lain dengan apa yang korang miliki. Apa-apa pun, jom kita tengok aksinya terlebih dahulu. Jom


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Kat Tangga Pon Boleh Lah



Biasanya, sesebuah syarikat akan memasarkan produk mereka melalui tv, radio, kain rentang, surat khabar dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula kalau diorang iklankan produk mereka melalui tangga?? Apa korang rasa? Pelik atau kreatif? Aku tengok cam best jer. hehehe. Jom mari kita tengok camne mereka buat iklan melalui tangga ni. Zassss!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, December 18, 2010

Halus Sungguh Seninya




Dengan hanya menggunakan sehelai kertas, korang boleh membuat satu potongan gambar yang sangat halus seninya. Seorang artis dari Los Angelas iaitu Miss Elsa Mora telah menghasilkan beberapa potongan gambar dengan menggunakan pisau sahaja. Untuk menghasilkannya, korang memerlukan ketajaman mata untuk fokus kepada sesuatu gambar yang hendak dibuat. Aku rasa, kepada guru-guru pendidikan seni, cikgu semua bolehlah buat camni jika takde idea nak buat apa dalam subjek pendidikan seni. Nama pun dah ajar seni kan? hehehe. Ok lah, jom tengok yang lain.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, December 17, 2010

Pintu Kaca Yang Stylish



Antara koleksi siri pintu kaca gelunsur atau sliding doors yang sangat cool dan unik telah dihasilkan oleh syarkat dari Itali iaitu OTCDoors. Menggunakan elemen-elemen sorak yang kontemporari yang stylish serta moden dan ia sangat sesuai digunapakai samada di rumah mahupun di pejabat. Bukan sahaja pintu ini sangat unik bahkan ia akan dapat menjadi point of view apabila kita melihatnya. Jom kita tengok yang lain pulak.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, December 16, 2010

Terujakah Tengok Wayang




Aku sarankan bile korang ade duit lebih, korang bley la wat home theater sendiri kat umah. Tak payah lah pergi bersesak-sesak kat mall hendak beli tiket wayang. Dengan rekaan wayang mini kat umah korang , aku pasti korang akan lebih selesa dan puas hati menonton wayang kegemaran anda. Tidak kisahlah nak tengok dengan sesiapa pun. Kalau korang ada otak gila sikit, korang boleh lah bukak panggung wayang sendiri kat umah dengan mengenakan bayaran kepada kawan-kawan korang yang datang hendak tengok wayang kat umah korang. (kedekut) haha. Oklah jom kita tengok antara home theater yang korang boleh jadikan inspirasi apabila nak buat nanti.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

9 Wanita Yang Perlu Dijauhi Lelaki




Di dalam memilih teman hidup, seorang lelaki kena menjadi seorang yang bijak di dalam memilih wanita. Orang lelaki perlu mengetahui antara kriteria wanita yang perlu dijauhi dalam mengelakkan diri daripada menjadi mangsa dambaan seorang wanita yang tidak selayaknya menjadi teman hidup seorang lelaki. Jom kita tengok apa antara ciri-ciri wanita yang perlu dijauhi oleh lelaki.


1. Perasan cantik
Wanita ini, beranggapan amat mudah mencairkan hati lelaki dengan kecantikan yang mereka ada. Lebih malang, ada yang menjadikan wajah cantik sebagai aset dan bergelar pisau cukur dengan mengikis harta lelaki kaya yang begitu mendambakan layanan wanita cantik. Biasanya golongan cantik ini percaya, wajah mereka boleh memberikan mereka apa saja termasuklah cinta.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, December 15, 2010

Takut Basikal Hilang



Tak nak pisang berbuah dua kali lagi. Awasilah basikal korang dari dicuri. Sebuah basikal yang sangat berinovatif telah dicipta oleh incik Kevin Scott dengan menjadikan basikal yang diciptanya itu boleh dilipat dan seterusnya diikat di tiang lampu ataupun mana-mana sahaja yang mempunyai tiang. Senang nak cakap basikal ini adalah mempunyai rekaan yang sangat fleksibel. Dan yang paling penting, basikal korang selamat untuk ditinggalkan. hehehe. Bagaimana, hebat kan? Jom tengok gambar-gambar yang lain plak. Zasss!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Nak Makan Biskut Comel



Korang suke makan biskut tak? Kalau suka mari aku tunjukkan antara koleksi biskut yang comel dan kiut miut yang pada aku sayang pulak hendak dimakan. hehehe. Biskut ini telah dibuat oleh seorang pembakar biskut dari Jepun yang menamakan dirinya sebagai "Cookie Boy" telah mencipta biskut yang unik ini berdasarkan daripada bentuk binatang dan objek sekeliling. Biasanya biskut ni dibuat sempena untuk majlis harijadi, perkahwinan dan menyambut ulangtahun. Jadi mcm mne? korang suke tak? Jom kita tengok biskut-biskut yang lain pulak. Jom.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, December 13, 2010

Undi Blog Baru Pilihan Anda

create your own banner at mybannermaker.com!

Klik SINI untuk mengundi


Jika korang rasa blog PEZOL STYLEZ adalah Blog Baru (2010) Pilihan, tolonglah UNDI blog saya. 

Korang boleh mengundi di Blog Pilihan Malaysia  bermula 13.12.2010 sehingga 17.12.2010 

Kod undi untuk Blog Pezol Stylez adalah  Kumpulan 1 - Nombor 38


Terima Kasih dan Selamat Mengundi


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, December 12, 2010

Lambat Pulak Bas Ni




Agak-agak ada tak bas yang akan singgah kat sini?? Ada 2 perkara yang aku pelik kat gambar ni. 1st, kenapa rekaan tempat tunggu bas cenggitu? 2nd, mamat tu memang tak penah jumpa tempat tunggu bas ke ea? Huh...entahlah aku pun konfius nih. Korang pikirlah sendiri !!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Seni Ukir Buah Labu



Selalunya kalau kat Malaysia, kalau bab ukir mengukir ni, diorang buat daripada buah tembikai tapi kat negara-negara barat diorang pulak menggunakan buah labu untuk mengukir. Memang memerlukan kepakaran yang sangat tinggi dalam menghasilkan ukiran yang sangat mengkagumkan. Pesta Hallowen yang disambut setiap tahun menjadikan buah labu antara buah yang paling laku ketika itu. Memang menariklah. Jom kita tengok antara ukiran yang telah dihasilkan. Zasss!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Minum Kopi D'Espresso



Salah satu kafeteria yang sangat unik rekaannya dengan mengambil konsep ilusi. Pereka pezol Anurag Nema menjadikan kafe ini seperti sebuah perpustakaan dengan membuat sedikit 'twist' dari segi rekaannya. Dan ia kelihatan seperti terbalik  sebanyak 90darjah. WoW!!. Beliau menggunakan gambar rak buku untuk lantai dan siling dan dinding ditukar menjadi lantai. Pelik kan. Untuk pengetahuan korang jugak kafe d'espresso yang terletak di Kota New York ini juga telah banyak mendapat anugerah kafeteria terbaik dari sudut rekaannya. Hebat kan?? Jom kita tengok sudut yang lain di dalam kafe ni. Jom!.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Pandang Kanan, Kiri, Kanan, Lintas



Semasa korang hendak melintas jalan, korang mestilah pandai jaga keselamatan korang. Siapa lagi nak jaga kalau bukan korang kn? Jangan lupa apa yang telah diajar masa sekolah dulu. Pandang kiri, pastu pandang kanan, pastu pandang kanan semula. Kalau korang rasa selamat baru boleh melintas. Korang tahu kan? Apabila korang nak melintas jalan tu, gunakanlah laluan pejalan kaki yang telah disediakan. Selamat sikit kan. Baiklah malas nak citer panjang, jom kita tengok antara laluan pejalan kaki yang sangat kreatif di seluruh dunia.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, December 11, 2010

Kejar Kereta Polis



Antara koleksi kerata polis yang ter'fastest', ter'coolest' dan ter'awesome' di seluruh dunia di mana membantu anggota polis sampai di tempat kejadian tepat pada masanya. Korang nak tengok?? Jom ikut aku. Layanz.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Kenali Personaliti Wanita Melalui Bibir



Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui. Korang nak tahu?? Jom kita gi tengok apa makna di sebalik bibirnya itu. Jeng...jeng...jeng.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, December 10, 2010

Kereta Masa Hadapan



Dunia sekarang sudah maju. Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah menghasilkan pelbagai peralatan yang berteknologi canggih. Bidang permotoran seperti kereta antara yang paling menyerlah dalam pembuatannya. Dengan rekaan yang sangat awesome disamping penggunaan teknologi yang serba serbi canggih menjadikan kita bersa sungguh kecil dan harus bergerak seiring dengan peredaran masa dan zaman. Jom kita tengok antara rekaan kereta yang sangat awesome itu untuk kegunaan kita pada masa hadapan..


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Pelik!! Ikan Menyusu



Aku tersangatlah pelik!! bingung!! ntah. tak pernah terlintas di fikiran ku yang ikan pun boleh menyusu. Bukan ke ikan tu dah ada lam air. Kenapa perlu nak mnyusu lagi? Air kt dlm tu x sdap dah kot. Takpun ikan tu saja je nak tukar angin. Cuba benda baru katakan. Entahlah aku pun tak tahu. What do you think guys?? Apa-apa pun korang layan jelah gambar-gambar kat bawah nih. 


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Menarik Tentang Rokok




Info menarik mengenai rokok buat tatapan rakan - rakan: 

Jumlah penduduk dunia - 6.5 billion.

Jumlah orang-orang Islam - 1.3 billion.

Jumlah perokok di dunia - 1.15 billion.

Jumlah Muslim yang merokok - lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Ku Petik Gitar



Gitar merupakan alat muzik yang sangat diminati oleh peminat-peminat muzik. Aku tahu korang pon mesti ade yang minat main gitar kan?? Even aku tak reti main gitar tapi aku sangat suka tengok member2 aku main gitar. Siap nyanyi lagi tuh. Perghhh mmg hebat la mamat nih ( lam hati ckp ..eleh ngade2 nye mamat nih). Tapi korang tahu tak, gitar sekarang ada banyak jenis rekaan nya jugak tau? Aku rase gitar2 tu tuk otai-otai yang sudah expert dalam main gitar nih. Nak tengok?? Jom.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Blogwalkers Award




Ini adalah award yang ketiga aku dapat member2 blogger. Sangat2 cool. I very like it so much. Award ni dpt daripada cik Athirah Khairina Khairuddin aka A.K. Aku suke ngn blog cik A.K ni sbb blog yg simple dan sgt ceria dengan tulisan nye yg berwarna warni itew. Aku harap cik A.K akn terus berblogging ea. InsyaAllah kalu ade mse aku akn terus follow ur blog. \(^_^)/ ok have a nice day!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, December 9, 2010

20 Perkara JANGAN



Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara. JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.


1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...