Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Friday, March 1, 2013

LARANGAN BERMADU KASIH SEBELUM KAHWIN








Berbeza kini, zaman siber memberi pilihan kepada anak-anak memilih pasangan sendiri. Pasti setiap pasangan ada cerita menarik detik awal perkenalan sehingga diijab kabulkan. Jika menuntut di menara gading, pastinya banyak kenangan manis bagi pasangan bertemu jodoh. Ada yang bermula dengan meminjam nota pelajaran sehingga menerbitkan perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Ada sebahagian yang ‘kuat’ jodohnya sejak zaman persekolahan, walaupun banyak pilihan di kampus, si dia tetap menjadi pasangan ke jenjang pelamin. Begitulah hebat tarikan kasih sayang antara lelaki dan wanita.

Setiap pertemuan itu pastinya dari ‘mukadimah’ cinta iaitu mengurat. Tetapi, apakah Islam membenarkan umatnya melakukan perbuatan mengurat? Cinta itu sebagai permulaan (mukadimah) kepada perkahwinan.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, February 28, 2013

KISAH RASULULLAH S.A.W. BERSAMA KUCING KESAYANGANNYA







Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, June 14, 2012

ISTERI SOLEHAH TUNJANG KEHARMONIAN KELUARGA BAHAGIA








Mungkin ini boleh dijadikan sebagai panduan buat wanita-wanita di luar sana apabila menjadi seorang isteri kepada sang suami tercinta.  Menjadi seorang isteri yang baik dan solehah adalah menjadi impian sang suami dalam mencari keluarga yang sakinah. Wanita mrupakan tunjang utama dalam menghidupkan suasana mahabbah di kalangan ahli bait dalam sesebuah keluarga. Apa yang patut seorang isteri buat dalam mewujudkan suasana yang harmoni di dalam sesebuah keluarga?? Nak tahu? Jom.




Enam Pesanan oleh Ulama' Muktabar 

1. Jaga solat pada awal waktu 
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat,kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat. 


2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga 
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia dan akhirat. 


3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat 
Kalau takmampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah "Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini." 


4. Mendidik anak secara Islam 
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya. 

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami 
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunankepada Allah swt atas wanita tersebut. 


6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah 
Seorang isteri yang menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid atau Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. 



Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan. Apabila wanita keturunan Islam dapat menjaga perkara-perkara yang diatas, pada zaman penuh dengan tipudaya ini, pasti menjadi idaman Lelaki Mukmin. Insyaallah


kredit:Cacing69




KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, April 18, 2011

Jangan, Jangan Dan Jangan

Menjadi seorang manusia yang sempurna adalah sesuatu yang amat sukar untuk dicapai. Tetapi sebagai manusia juga, kita perlu berusaha untuk menjadi seorang yang sempurna. Di sebalik pencarian menjadi seorang yang 'perfect' itu perlu ada kekangan yang harus dilalui. Nak tau apa?? Jom bace kat bawah ni.
  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah Kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)..
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama Dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
  • Jangan baca saja, tetapi hendaklah disusuli dengan amal. Ilmu tanpa amal seumpama pohon yang tidak berbuah.
Baiklah, sama-sama kita fikirkan dan selamat beramal ye kawan-kawan.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, March 3, 2011

Kenapa Perlu Berkasar





Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengenai pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta maaf Pakcik , Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya".

Dengan rasa terharu , Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. " Terima kasih , pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat".

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu , Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .


Pengajaran :
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah , bersuka-ria tanpa kesedihan , Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan , menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

sumber: Ayu


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Penyakit Bonggol Perempuan

Macam-macam skill orang nak merosakkan Islam. Lepas satu, satu syubhah diselit masuk supaya amalan umat Islam jadi keruh dan rosak. Sebelum ni kecoh dengar pasal ‘tudung rahib’ yang melekat di leher macam batu nisan berjalan. Sekarang dah muncul pula syubhah yang baru- fesyen bonggol unta. Rasanya gaya ni dah lama muncul cuma baru-baru ni dihebahkan semula dengan lebih giat. Lebih mengejutkan bila sanggul palsu diiklankan dalam media sebagai aksesori untuk muslimah bertudung! Sebelum ni bukan tak biasa tengok sanggul palsu di kedai dua ringgit, tapi kalau sampai diiklan ke majalah dan akhbar, rasanya sanggul-sanggul ni dah bertambah fungsi.




Makin membimbangkan bila gaya ni turut dipopularkan oleh TV. Umat Islam sangat bersyukur bila TV-TV dapat hidayah nak ambil pengacara bertudung. Dari siaran berita ke bual-bicara, alhamdulillah sejuk hati memandang muslimah-muslimah cun berbalut hijab. Tapi tak sampai lima tahun cara hidup yang indah ni mula dicemari anasir tersembunyi. Pengacara yang lawa2 ni tetiba tumbuh biji di kepala. Rupa masing-masing dah xmacam pakai tudung, tapi macam pakai topi pari-pari dalam citer fairytale yang ada kain terjulur di belakangnya.

"Alah, sanggul…. apa sangat. Simple je. Kecoh la ngko ni Joyah"

"Cik kak, kalau benda yang simple ni buat ko masuk neraka camne?Kot murtad @ berzina,faham la jugak. Dosa besar. Ni sebab sanggul seco’et ngko kene panggang jadi biskut. Tak berbaloi!"

1400 tahun yang lalu, penyakit bonggol unta ni dah dikhabarkan dek junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Penyakit ni disebut sebagai salah satu ciri @ kelayakan ahli neraka. Sebuah hadis baginda yang masyhur dalam Sohih Muslim telah menyebutkan, mafhumnya ; 


"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)


Selain mendapat keahlian neraka secara percuma, Nabi s.a.w turut menyebutkan bahawa golongan ini tidak akan dapat menghirup harumnya syurga, sedangkan ia dapat dicium dari sekian jarak yang amat jauh.

Allahuakbar….sanggul secuit punya pasal…



Tapi…kenapa sanggul?

Kita tinjau semula rangkuman aurat perempuan ialah seluruh tubuh, dari akar rambut sampai hujung kaki. Bukan sahaja warna aurat itu yang perlu dijaga, tetapi juga bentuknya. Kerana itulah disyariatkan memakai pakaian yang longgar. Gaya bonggol unta ini termasuk dalam kategori mempamerkan bentuk tubuh, cuma Rasulullah s.a.w menyebutkan larangannya dengan lebih khusus kerana caranya ‘pameran’nya berbeza dari anggota tubuh yang lain. Jika bentuk dada dan punggung dizahirkan dengan pakaian ketat, ‘bonggol unta’ pula dizahirkan dengan gaya ikatan rambut yang tinggi menjolok langit. Andaikan Baginda tidak menyebut dengan khusus, manusia-manusia yang berhati sakit akan sewenang-wenangnya berhelah : “Kami tak pakai tudung ketat, cuma ikat rambut tinggi je”. Lantas ancaman yang jelas lagi keras ini memotong habis segala tipudaya golongan penghidap penyakit bonggol ni. Takde dolak-dalih.


Tapi, kalau dah rambut memang panjang macam Rapunzel, takkan nak lilit kat leher pulak. Kang abis la berkurap…

Pandai-pandai la seimbangkan antara tuntutan naluri dengan tuntutan syar’ie. Islam agama fitrah. Takdenye yang rambut panjang nak disuruh potong jadi tomboy. Ikat la kut mana pun asalkan tak langgar garis yang diletak, jangan sampai rambut yang cantik jadi bonggol unta. Ikat rendah-rendah je kan boleh. Yang jadi isu sekarang ni ialah sanggul buat-buat. Bila tanggal tudung, sanggulnya pun tanggal. Boleh beza sangat antara sanggul betul dengan tipu ni. Orang Melayu rambutnya takde la tebal macam Arab @ India. Takde modal la nak kata yang terbonjol tu rambut asli, melainkan sengaja dibonjol2kan.





Mungkin muslimah di luar sana tak tahu pasal larangan ni. Nampak fesyen cambest kat IFF terus je ikut. Tak apalah yang tak tahu, yang tahu kenalah bagitahu. Yang tak tahu ni, bila dah tahu kenalah beramal…selamatkanlah kepala anda dari menjadi sate di neraka.

Kesimpulannya seluruh aurat mestilah ditutup dengan sempurna…warna dan bentuk rupa. Macam mana lima waktu solat kena buat xbleh pilih2, macam tu jugak seluruh aurat kene tutup xbleh celup2. Menutup aurat, antara lambang ketaatan seorang perempuan Islam kepada Allah s.w.t yang menciptakannya. Kalau nak tau, ajaran kitab Injil yang sebenar pun ada perintah menutup aurat kepada perempuan Nasara, tapi tengok la sekarang perempuan kat gereja je yang tutup kepala. Tu pun lutut terbukak…




Berbeza dengan suruhan kepada perempuan Islam. Allah s.w.t dengan penuh kasih sayang terhadap muslimah, telah menyebut dengan jelas dalam surah Al-Ahzab, sebab kenapa Dia suruh kita tutup harta kita yang indah ni. Firman Allah, mafhumnya ;


“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka tutupi seluruh tubuh dengan jilbab mereka, demikian itu agar mereka mudah dikenal dan tidak diganggu, Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 
(Al-Ahzaab, 59)



Allah s.w.t yang menciptakan lelaki dan perempuan, maka Dia lebih tahu betapa berminatnya kaum lelaki ni kepada kaum perempuan. Nah, sekarang dah banyak kita tengok akibat tak menutup aurat ni kan? Rock-all lah, rubber lah, sumbang mahram, anak tak sah taraf… bukan yang ‘tak tutup’ je punya pasal, yang ‘tertutup’ pun bersalah jugak tak menegur. Ingat diri sendiri dah selamat, sekali esok lusa insan-insan yang tak sah taraf ni jadi menantu awak. Baru tau…..


Sama-sama muhasabah diri, sama-sama perbaiki umat kita. Sesungguhnya manusia itu rugi kecuali yang beriman, beramal soleh dan melaksanakan amar makruf nahi munkar


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, March 2, 2011

Wanita Pertama Masuk Syurga

Rasulullah s.a.w pernah memberitahu puteri kesayangannya Fatimah, bahawa beliau bukanlah wanita pertama yang akan masuk ke syurga. Hal itu sangat membuatkan Fatimah berasa dukacita dan cemburu lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Rasulullah s.a.w memberitahu kepada puterinya itu supaya beliau pergi ke rumah wanita itu dan melihat sendiri amalan wanita tersebut.


Lalu, Fatimah pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah wanita yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Siti Muti'ah itu, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana suami wanita tersebut tiada di rumah dan beliau tidak mendapat keizinan daripada suaminya untuk membenarkan tetamu masuk.


Maka, Fatimah pulang kembali ke rumahnya dan akan datang semula ke rumah tersebut pada keesokan harinya. Pada hari berikutnya, Fatimah datang kembali dengan membawa dua orang puteranya, Hassan dan Hussin. Malang lagi menimpa Fatimah kerana Siti Muti'ah tidak membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana beliau hanya meminta izin dari suaminya supaya Fatimah seorang sahaja yang boleh masuk ke rumahnya manakala Hassan dan Hussin tidak boleh masuk tanpa kebenaran suaminya. Sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat melihat amalan wanita tersebut.


Pada hari yang ketiga barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam rumah Siti Muti'ah. Pada pandangan Fatimah setelah pertemuannya dengan Siti Muti'ah, tiada apa-apa yang istimewa pada wanita tersebut yang melayakkan beliau menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Sedang asyik Fatimah berbual dengan Siti Muti'ah, tiba-tiba Siti Muti'ah bangun dari duduknya dan segera bersiap-siap membuatkan Fatimah kehairanan. Rupa-rupanya wanita tersebut menyiapkan dirinya untuk menyambut kepulangan suaminya.


Sewaktu menyambut kepulangan suaminya, Siti Muti'ah menyediakan air dan menghidangkan sedikit makanan untuk suaminya. Beliau juga dilihat menyediakan sebuah tongkat yang akan digunakan oleh suaminya bagi menghukum Siti Muti'ah sekiranya didapati beliau melakukan kesalahan sepanjang pemergian suaminya. Siti Muti'ah juga memakai pakaian yang menarik untuk menghiburkan suaminya.


Setelah melihat adegan itu, Fatimah pulang dengan perasaan yang cukup kagum dan terharu dengan layanan yang sangat istimewa yang diberikan oleh Siti Muti'ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan ayahandanya Rasulullah s.a.w dan menceritakan tentang peristiwa yang dilihatnya di rumah Siti Muti'ah. Dengan penuh rasa rendah diri, Fatimah memberitahu kepada Rasulullah bahawa sememangnya Siti Muti'ah sememangnya layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya itu.



ehsan dari: iLoveIsLam


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, February 18, 2011

Setiap Hari Adalah Cinta



*play diz song while you read diz entry k*


Hari Valentine adalah hari ‘special’ untuk orang-orang bercinta. Tapi kan, kenapa nak tunggu Hari Valentine selama setahun semata-mata untuk meraikan hari ‘special’ meraikan cinta ? Sebenarnya setiap hari yang korang lalui, hari-haripun boleh dijadikan Hari Valentine lah.

Isu paling hangat tiap kali tiba Hari Valentine ni adalah isu halal atau haram menyambutnya. Hari Valentine hanya nama kepada sebuah hari, yang jika dikaji dari sejarahnya diambil dari nama seorang Paderi Kristian. Tak salah nak sambut, juga tak salah jika tak sambut. Salah atau tak salah, terpulang pada korang nak sambut bagaimana.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, February 5, 2011

Jangan Lupa Ini


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, January 27, 2011

Kelebihan Asma Ul Husna




*play diz song while you read diz entry k*

Dari Abdullah bin 'Amr r.a,Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun 1 ayat..." Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafalnya akan masuk syurga." ( Sahih Bukhari )


1."Ya Allah" - apabila dizikirkan sebanyak 500x setiap malam, terutamanya selepas solat Tahajjud @ solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.


2."Ya Rahman" ( Maha Pemurah ) - apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,maka hati kita akan menjadi terang,tenang & sifat-sifat pelupa serta gugup akan hilang dengan izin Allah.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, January 13, 2011

Bersemangat Dalam Bekerja


Di kala anda bangun setiap pagi untuk pergi bekerja, bersihkanlah hati anda dengan istighfar. Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal kerja anda. Jangan bercakap dan jangan fikir pasal apa jua keburukan di tempat kerja anda. Keburukan akan menarik keburukan. Kebaikan akan menarik kebaikan. Penuhkan fikiran dengan memikirkan hal-hal yang baik yang anda nampak pada diri rakan-rakan sekerja. 


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, December 29, 2010

Ketahuilah 4 Perkara Itu



Hidup saling ingat memperingati antara satu sama lain merupakan satu tanggungjawab bagi setiap orang muslim. Kerana dengan memberi peringatan itu amat berguna bukan sahaja kepada orang yang memberi peringatan bahkan untuk kegunaan orang yang diperingati juga. Tiada apa yang kita harapkan melainkan untuk mendapat keredhaan dan kerahmatan dari-Nya untuk ke sekalian umat di muka bumi ini. Nak tahu empat perkara yang perlu korang ketahui? Teruskan membaca di bawah.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, December 9, 2010

20 Perkara JANGAN



Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara. JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.


1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, November 27, 2010

Kisah Seorang Yang Pemaaf



Pada suatu hari, sedang Nabi saw berkumpul dengan para sahabat dekat kaabah, seorang lelaki asing berjalan di hadapan mereka.Setelah lelaki itu berlalu, Nabi berkata kepada para sahabat: "Dialah ahli Syurga".Hal itu dikatakan oleh baginda hingga tiga kali.

Timbul rasa ingin tahu mengenai kenyataan Nabi di kalangan sahabat, terutama Abdullah bin Umar, yang memang dikenal sangat kritikal."Ya Rasulullah, mengapa engkau katakan itu kepada kami, sedangkan selama ini kami tidak pernah mengenalnya sebagai sahbatmu? sedang terhadap kami sendiri yang selalu mendampingimu engkau tidak mengatakan hal itu?" Tanya Abdullah.Lalu sebagai seorang contoh, Nabi memberi jawaban halus lagi bijak: "jika engkau ingin tahu, tanyalah kepadanya".


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, November 25, 2010

Bertegur Menegur Itu Bagus




HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA

Dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, diceritakan daripada seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari bahawasanya Nabi saw bersabda, 

لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث , يلتقيان فصد هذا ويصد هذا , وخيرهما الذى يبداء بالسلام

Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam. 


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, November 17, 2010

Kelebihan Ayat Seribu Dinar




Ini ayat seribu dinar namanya kalau korang nak tahu, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.


Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.


Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.


Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.


Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.




Wallahu'alam


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, November 12, 2010

Mati Itu Pasti




Sesungguhnya mati itu semamngnya telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Ia tidak akan terlambat atau terlebih walau sedetik pun. Semalam, aku tngok cerita KCB. Korang tahu x kcb itu ape?? x tahu? meh aku nk habaq kt hang. KCB itu cerita popular dari negara seberang Indonesia iaitu Ketika Cinta Bertasbih. Tahu ngak? hah tau kn. aku lyn gak citer2 mcm ni sbb citer nye ada mpunyai nilai2 moral sgt bagus tuk kite amek. Ok la berbalik pada tajuk kite hari ni. Korng mesti nk tau ape kaitan aku citer psl KCB tu ngn tajuk arini. sbb dlm citer tu ade terselit kisah seorng ulama yg trkenal telah meninggal dunia.umo ulama tu aku rse la dlm 60thn dlm citer tu. so, input yg aku dpt dr citer tu, kite kne selalu bykkn beramal soleh spy pabila hendak mati nanti kite boleh meninggal dgn aman.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...