Monday, January 31, 2011

Eh, Apsal Kau Ni



"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."


Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.


"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi mandi!"emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

p/s:Jangan tidur selepas Asar dan bila matahari hendak berlabuh kerana syaitan berkeliaran ketika itu.

25 comments:

RuBiE ZaiNuDdin said...

haha...sabar je la...
igt btol2 td..suami mati..
rupenye mimpi..hehe..

Unknown said...

@rubie: sabar je kan....haha

cik-terompah said...

oh.. 2 sec tuk paham.. hahaha.. kejam la aku ni... lol

Unknown said...

@terompah: hahaha...;p

anishusna said...

cehh!!
semangat aku bace skali mimpi!!
haishhh
=_='

Unknown said...

@anis: relek2...;p

Rain said...

mood dah feel dh ni.. spoil ah mimpi la plak.. adeh.. nk ngamuk ni hee

Anonymous said...

haaaaaaaaaaaaaa :)

Unknown said...

@rainbow: haha...elek2.

Unknown said...

@aida: hooooooooooo :)

SheNn said...

Hahaha,lawak eh,amik kau penampar free..harhar~

Syazana Zainn said...

haha.. ntah pape je.. tu la tido sampai petang :)

p/s : btw me dah penah baca yang versi laki..hihi sebijik je mcm ni. nama pun lebih kurang je if i not mistaken..

Unknown said...

@sheNn: ambek kau...haha

Unknown said...

@schaze: xtau lak yg versi laki ade...hehe

atie said...

cerpen mimpi~hehe

Unknown said...

@atie: yeah...!!

amira afiqah said...

mimpi rupanya.HAHAHA.x pasal2 kene lempang.

Unknown said...

@amira: so, jgn tido lps asar kalau takut kene lempang...haha

.:padie_eyla:. said...

grrr~ aku punye laa layann. hak3

acan ketot said...

hawaaiii..
bru feeling nk nges..
hahaha

Apple said...

saspenn aje..ahahha

Unknown said...

@eila: layan je...haha

Unknown said...

@acan: boleh je nanges tros..kahkah

Unknown said...

@apple: aah...suspen2

Faeza Suhaimi said...

hish, ada plak mcm ni =.=" haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...