Cinta sesama insan yang tersayang merupakan satu perkara yang amat membahagiakan dalam hidup seseorang. Siapa yang tidak mahu disayangi dan dikasihi oleh pasangannya kan? Kalau boleh setiap saat dan ketika, hanya ingin bersama dengan si dia sahaja. Makan bersama, main bersama, shopping bersama, study kat library bersama, makan aiskrim bawah pokok bersama dan segala-galanya adalah bersama. Mesti best kan?? Tapi korang pernah dengar tak, pasangan yang bercinta bertahun lama pastu putus di tengah longkang jalan?? Pasti mereka ada buat kesilapan di dalam bercinta ni. Korang nak tau?? Jom ikut aku sekodeng jap. Hehehe.
1. Bercinta kerana harta
Tidak ada gunanya hidup dilimpahi dengan harta tetapi tanpa cinta. Harta datang dan pergi setiap saat. “Cinta” yang sesat dan sesaat dapat diperoleh setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.
2. Bercinta kerana perasaan asmara
Rasa tertarik dan simpati merupakan asmara yang sering disalah ertikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara dapat cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan uji. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.
3. Bercinta kerana desakan usia
Bila usia sudah menjelang senja dan rakan-rakan sudah berpasangan kamu mula gelisah (terutama pada wanita). Akhirnya asal sahaja ada yang datang kamu terima tanpa memikirkan faktor-faktor lain. Hindarilah tindakan tersebut. Tawakal dan yakinilah bahawa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk kamu. Jadi usahalah untuk mencarinya.
4. Bercinta untuk membalas jasa
Orang yang telah berbuat baik perlu dibalas budinya, tetapi jangan dengan cinta. Harus sentiasa diingat, jangan bercinta tanpa pengertian dan keikhlasan. Daripada mengundang derita, lebih baik mengelaknya. Banyak lagi cara lain yang lebih ikhlas untuk membalas budi jangan memaksa diri untuk menerima seseorang yang bukan pilihan kita.
5. Jangan menikah untuk kepuasan seks saja
Memang seks suci dan penting dalam hubungan suami-isteri, namun tidak boleh menjadi tujuan utama dari pemikahan. Seks hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri.
6. Jangan menikah kerana paksaan keluarga
Seorang anak harus berbakti kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal nikah, kalau mereka memang salah dan anda benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka, jangan dengan kekerasan.
7. Jangan menikah kerana rasa kasihan
Rasa kasihan memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidak boleh menjadi dasar pemikahan. Kasihan dapat habis, tapi kasih tidak berkesudahan. Dasar pernikahan adalah kasih, bukan kasihan.
11 comments:
ohoooo~
@ishiko: hehe
no. 3 tu harus
cinta wajib dicari
then tawakal kepada ALLAH
Sebab Mengapa HARIMAU MALAYA Tidak Boleh Ditukar Kepada HARIMAU MALAYSIA !!
NUFFANANG: Apa itu CPC, BE, ME dan Ad ?
@momoy: betul itu....;p
Thanks sb info ni
@ammar: sme2...;p
good entry! =)
@areteacar: thnx!!
yup..rite..tp kdg2 tlalu pcaya pun slh 1 ksilapan bcinta....
slagi dia bkn sah milik kita..bhati2 la...watever..jodoh dtanganNYA....
@mieza; betul tu awk eh..aku sokong 100%
Jodoh ditangan tuhan =) hehe...
Post a Comment