Wednesday, January 5, 2011

Menjadi Lelaki Muslim Yang Gentlemen



Entry kali ini adalah lebih berkisar kepada lelaki sahaja. Tetapi wanita pun boleh juga kalau nak ambil tahu. Apa sebenarnya definasi lelaki Muslim gentleman ? Ops, bukan lelaki gatalman ok! Kita boleh tafsirkan , lelaki gentleman adalah lelaki yang mempamerkan keperibadian seperti Nabi Muhammad s.a.w. Korang tahukan, Rasulullah s.a.w merupakan salah satu contoh model yang perlu kita contohi kerana beliau mempunyai perwatakan yang sangat mulia di atas muka bumi ini. Korang nak tahu bagaimana untuk menjadi seorang lelaki yang gentelman, maskulin serta berkarisma. Jom ikut aku menerokai antara tips-tips yang boleh korang praktikkan dalam kehidupan korang yer untuk menjadi seorang muslim yang gentlemen, berkarisma dan maskulin.


1. Cuci hati selalu.
Elakkan bersangka buruk, memandang rendah atau merasa diri lebih baik, lebih baik, lebih bagus. Cuci hati dengan menghadirkan rasa kehambaan, rajinkan beristighfar meminta ampun atas dosa-dosa anda sama ada besar atau kecil, syukuri segala apa yang anda ada hari ini.


2. Pamerkan Kesyukuran sepanjang masa.
Anda perlu upgrade energi anda. Energi positif membuat anda sentiasa bersemangat. Karisma serta aura anda akan terserlah dari sini. Untuk melatih diri anda menjadi orang bersyukur, tuliskan 100 perkara yang anda syukuri hari ini. Senarai ini adalah senarai perkara-perkara yang anda ucapkan terima kasih pada Tuhan kerana memberi anda ada semua tu. Mulakan dengan diri anda sendiri. Misalnya, tuliskan rasa bersyukur kerana anda dapat bersarapan pagi, ucapkan rasa syukur kerana anda ada kerja anda untuk mencari rezeki, ucapkan perasaan syukur kerana anda ada kawan-kawan berkualiti. Amalkan tiap hari.


3. Perkemaskan Pakaian, Sesuaikan Dengan Situasi.
Pakaian melambangkan peribadi anda. Untuk menjadi lelaki gentleman, pakaian anda kena sentiasa kemas, bersih serta harum. Bukan nak bergaya, tapi untuk kemas sepanjang masa. Tak semestinya otot lengan kena berketul-ketul untuk jadi lelaki gentleman. Jika ada, itu satu kelebihan. Sesuaikan pakaian dengan situasi di mana anda berada. Jadi lelaki Muslim genteleman, tak semestinya kena pakai kopiah sepanjang masa berserta baju ala-ala Raihan sepanjang masa. Pakaian kena disesuaikan dengan keadaan,barulah senang untuk diterima bergaul dengan sesiapa saja.


4. Jaga sembahyang, kawal kata-kata.
Kawal kata-kata anda. Jangan bercakap perkara yang anda tak tahu untuk menampakkan seolah-olah anda tahu. Jangan biasakan diri mencelah perbualan, kerana anda dianggap biadap serta tidak bersopan. Jangan cuba untuk menonjol dengan ketawa kuat, bersuara kuat atau bergaya lebih hebat. Jangan. Lelaki gentleman  adalah lelaki yang menjaga sembahyangnya, mengawal kata-kata di mulut, di hati dan fikiran. Katalah perkataan baik-baik, fikir baik-baik,memuji dengan ikhlas, memberi semangat beserta dorongan dengan ikhlas, bukan sebagai sindiran.


5. Anggap setiap orang ada potensi.
Anggap setiap orang di sekeliling anda ada potensi untuk berjaya dalam hidupnya, walau dia cuma tukang sapu sekalipun. Pandang setiap orang dengan rasa kagum,kerana setiap orang ada kelebihan masing-masing diciptakan untuknya. Seperti dikatakan sebelum ini, jangan pandang rendah sesiapa dan elak perasan bagus. Amalkan ini selalu, kesannya karisma serta sikap genteleman akan terbina dengan sendirinya.


6. Lakukan sesuatu bukan kerana duit, bukan kerana pangkat,bukan kerana darjat.
Bekerjalah bukan untuk cari duit, tapi untuk berbakti. Berniagalah bukan untuk mencari untung, tapi untuk memberi khidmat. Belajarlah, bukan untuk muncul menjadi cemerlang dalam peperiksaan tapi untuk menguasai ilmu sedalam mungkin. Menyanyilah bukan untuk jadi popular, tapi untuk menghiburkan orang. Tolonglah seseorang bukan kerana mahukan sesuatu,tapi untuk meringankan beban.





15 comments:

adwafarahin said...

okey skrng misi utk mencari lelaki muslim yg gentleman la
hehe

daylachan said...

kalau gentleman + beriman mmg calon suami terbaik;p

Pezol Stylez said...

@adwa: bagus..teruskan usaha anda!

Pezol Stylez said...

@daylachan: betui3...;p

aNnE said...

hee bagusnya alahai lelaki yang macam ni..tp susah nak cari..haha

Pezol Stylez said...

@anne: kne usaha lebey cket...pasti juper...;p

ferry said...

anne@ i'm available...ahaks!

nub said...

nice!! lelaki sejati.. hehhe

Pezol Stylez said...

@ferry: haha...ok la tu...

Pezol Stylez said...

@nub: yup..

cemomoi said...

lelaki melayu terakhir? rentikan leee

Pezol Stylez said...

@cemomoi:haha

zmah said...

Setuju sangat tulisan diatas...!

Pezol Stylez said...

@zmah: tq

iron-ejan said...

pezol...nk kongsi kt blog sy boleh?
bgs ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...