Wednesday, November 28, 2012

MALAKOFF UTM ECO RUN 2012 KEMENANGAN BERGANDA




Alhamdulillah sempat juga aku update pasal larian yang aku join ahad lepas. Tahun ni merupakan kemenangan aku yang kedua selepas join larian yang sama pada tahun lepas kat utm skudai. Kemenangan kali ni tidak disangka sebab ramai gak yang join dan tidak menaruh harapan tuk menang tetapi berkat training hari2 sebelum event larian, inilah hasilnya yang aku dapat dengan dapat tempat pertama lagi dengan catatan masa terbaru 1 jam 07 minit untuk jarak larian 15km. In Shaa Allah kalau ade rezeki tahun depan ikot lagi. Hehehe


saja amek mood nak lari sehari sebelum pertandingan..hehe


peta larian pon dah berubah dari tahun lepas..masuk hutan utm woooo


team track & field uthm dah abes lari...yeahhhh dpt medal!!


yeahhhh...prize nak sikit dari tahun lepas..tak sangka plak..hehe


itu warna emas ok...suke kaler hijau..hehe





KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, November 27, 2012

TEKNIK PENYAMARAN BURUNG HANTU




Nice kan bila tengok burung hantu ni wat penyamaran diri? Serius ohsem. Siap ikot warna pokok tu lagi. Teringin plak nak bela burung hantu ni. Hahaha.










KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, November 14, 2012

LUKISAN PALING MENGKAGUMKAN DARI PELUKIS BELANDA




Cuba korang tengok gambar kat bawah ni. Nampak seakan-akan gambar yang diambil dengan menggunakan kamera bukan?? Sebenarnya gambar ni adalah hasil lukisan dari pelukis berbakat dari Belanda Tjalf Spaarnay. Beliau telah menggunakan bakat yang ada dengan melukis makanan yang nampak seperti real dan menjualnya dengan harga $36,000 pound sterling setiap satu.













KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, November 6, 2012

LIVE GREAT EASTERN RUN 2012





Ahad lepas aku join Live Great Eastern Run 2012 yang telah dijalankan di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE Kuala Lumpur. Pengalaman yang sangat best walaupun pada pagi sebelum nak pergi venue pertandingan kat Matrade hampir tersesat. Maklumlah jalan kat kolompu ni banyak sangat simpang siur. Nasib baik ada GPS menolong dari terus ke jalan kesesatan. Eh! Kalau tak memang tak dapat la nak join kan. Hahaha. 

Sampai je kat sana..fuhhh....ramai tol orang yang join larian nih. Aku pon apa lagi, bertambah semangat la nak lari. Lepas tukar baju dan wat streching sikit...pergi la ke tempat permulaan. Sampai kat tempat permulaan lagi la aku terkejut...kat situ dah ramai orang berkumpul sbelum nak berlari. Aku?? Terpaksa amek kedudukan paling belakng sekali. Adoi..sabor jelah.

Tepat jam 7.00pagi..maka larian pon bermula untuk kategori 12km lelaki dan wanita. Aku yang kat belakang sekali tu...duk jalan je la sbelum smpi kat depan tu..memang tak bole nak lari...sesak sangat. Then, bila dah lepas pintu gerbang permulaan, aku apa lagi..mcm lipas kudung lari ke depan. Elak sana elak sini. Dugaan betul. Macam nak main langgar je. tapi tu la..kesabaran masih kuat dalam diri ini. Chewwahhhh. Lari punya lari smapi 5 km pertama...baru rasa selesa sikit sebab dah tak banyak orang. Pancit letew..haha

Larian Live Great Eastern ni unik sikit sebab masa lari tu, nanti kitorang akan jumpa 2 halangan berbeza. Pertama akan jumpa penghadang jalan dan pelari-pelari kena lompat atau melangkah untuk melepasi halnngan tu dan halangan kedua adalah penghadang jalan yang bersimpang siur. So far masa aku lari tak perlu nak rebut-rebut sebab tak ramai orang..so xyah nak gelojoh sangat kan. Akan tetapi cabaran yang paling dalam larian kali ini adalah jalannya yang berbukit. Fuhhhh...memang penat giler time lari naik bukit. Kalau training tak cukup kuat memang jalan kaki lah jawabnya.

So, dengan semangat kental membara, akhirnya dapat juga aku habiskan larian ni dengan jayanya dengan mendapat di kedudukan ke-45 dari 1735 dlm kategori lelaki terbuka dan berada di kedudukan ke-88 dari keseluruhan peserta yang join. Difahamkan dalam larian Live Great Eastern ni jumlah peserta yang join adalah 2155 orang. Memang ramai la kan. Alhamdulilllah, walaupun tak dapat top 10 tapi aku berbangga dengan keputusan catatan masa yang aku buat. Kepuasan dalam berlari itu sangat sukar digambarkan apabila berjaya menamatkan larian sepanjang 12km ni.

InsyaAllah, kalu ada event lagi anjuran Syarikat Great Eastern ini..pasti akan join lagi.

Nak tau aku kat mana masa mula nak lari?? Belakang sekali ok...amek kau !!


Keputusan larian. Alhamdulillah lepas target top 50..ngee2


Medal larian *pandangan depan*

Medal larian *pandangan belakang*

MATRADE...tempat pertandingan

Muka macam nak kena lempang je...haha





KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, November 2, 2012

PAYUNG DIREKABENTUK SEAKAN SAYUR CIPTAAN UNIK




Bagi penggemar sayuran mesti suka dengan payung ni?? "Vegetabrella" gabungan daripada dua nama Vegetarian dengan Umbrella. Satu rekaan yang sangat unik yang telah dihasilkan oleh Yurie Mano dari Jepun. Menarik bukan??







sumber



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

UTHM DIIKTIRAF TIER 5 CEMERLANG DALAM PENARAFAN SETARA MQA





Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima pengiktirafan cemerlang atau Tier 5 menerusi penilaian Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) bagi tahun 2011 yang dikendalikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu sidang media sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-5 MQA yang diadakan di Shah Alam pada 1 November 2012. Penarafan SETARA 2011 merupakan lanjutan dari SETARA 2009 dan 2007 bagi mengukur kualiti, kebertanggungjawaban dan prestasi setiap institut pengajian tinggi (IPT) seluruh Malaysia dengan memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran pada peringkat ijazah pertama. 

Seperti tahun terdahulu, penilaian sistem penarafan SETARA dibuat menggunakan kaedah enam peringkat iaitu Tier 1 sebagai ‘Lemah’ manakala Tier 6 sebagai ‘Terbilang.’ Ini bermakna kedudukan pencapaian setiap IPT akan diukur berdasarkan skor pemarkahan masing-masing. Penilaian ini merupakan salah satu usaha berterusan Kementerian Pengajian Tinggi dalam meningkatkan budaya penambahbaikan kualiti secara berterusan dan sistem negara yang melengkapi jaminan kualiti MQA.

Keputusan penarafan SETARA bagi tahun 2009 sebelum ini meletakkan UTHM berada di kedudukan Tier 4 iaitu pencapaian Sangat Baik. Sebagai sebuah universiti yang sedang membangun, peningkatan satu anak tangga daripada Tier 4 ke Tier 5 merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan.

Kejayaan mencapai tahap cemerlang ini akan membolehkan universiti ini menikmati banyak manfaat termasuk tajaan kerajaan bagi pengambilan pelajar dalam dan luar negara, boleh memohon dan menerima geran penyelidikan dan layak mendapatkan status universiti penyelidikan serta menambah program pelajar pra dan pasca siswazah.

Bagi UTHM, kejayaan ini membuktikan bahawa universiti ini sememangnya diiktiraf setanding dengan universiti ternama yang lain. Kejayaan ini juga akan menjadi pendorong kepada UTHM untuk terus mencipta kecemerlangan sehingga dapat mencapai tahap Terbilang atau Tier 6 pada penilaian akan datang.





KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, November 1, 2012

FESYEN RAMBUT TERBARU MANA PILIHAN ANDA




Korang suka gaya rambut macam mana?? Labah-labah atau cicak ??? Pilih2 !! hehe








KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...