Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

BIARKAN AKU JADI MATAHARIMU




*nak feeling lebih play kagu nih*

Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya….^_^




KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, December 14, 2011

CINTA HINGGA DI AKHIR NYAWA




****************************


Gadis : hari ni sy jalani pembedahan jantung .
Lelaki : sy taw :') I love you .
Gadis : I love you too .♥


(Bile sedar dari pembedahan , gadis tengok bf die takde . Tp ayah die je yg ade)


Gadis : mane bf sy ayah ?
Ayah : Siti taw tak sape dermakan jantung untuk siti ?
Gadis : apaaaaa ? ( Terus menangis ) T_T
Ayah : hehe takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas XD


baru nak touching ! :'| HAHA :DD




****************************

moral of the story: sayangi lah teman hidup anda dengan sebaiknya



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, April 5, 2011

Aku Single Aku Ok



Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Bagi aku, buat masa sekarang status 'single' itu lebih baik sebab aku boleh buat apa sahaja yang aku suka. Boleh keluar dengan sesiapa sahaja dan menambahkan kenalan baru. Tiada apa yang perlu difikirkan jika anda menjadi single. Anda cuma fikirkan diri anda sahaja. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!

1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang seorang diri, bersukan dan macam-macam lagi. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend/girlfriend berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Buat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend/girlfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapanya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend/girlfreind anda.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, March 22, 2011

Tanda-Tanda Anda Dah Jatuh Cinta


Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.





sumber: CINTA


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, March 3, 2011

Aku Cinta Aku Sayang Aku Suka



*play diz song while you read diz entry k*


Saat kau MENYUKAI seseorang,
kau ingin memilikinya untuk keegoanmu

sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau MENYAYANGI seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kau MENCINTAI seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, February 23, 2011

Kita Berpisah Jua Akhirnya



telah ku lakukan apa yg ku bisa…
telah kuberikan semua yg ku punya…
aku menyayangimu lebih dari ku menyayangi diriku sendiri….


ketika cintaku di uji dengan wanita…
aku memilihmu…
ketika cintaku di uji dengan harta…
aku memilihmu…


tetapi tidak dengan mu...
kau buat ku kecewa...
kau buat ku berduka...


kau dustakan semua cinta...
kau dustakan semua kasih…

kenangan seketika bersamamu...
pasti ku semat di kotak fikiranku...
selamat tinggal...

p/s: khas tuk org baru putus cinta ngn seseorang...susah tau aku karang ayat ni....huhu


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, February 18, 2011

Setiap Hari Adalah Cinta



*play diz song while you read diz entry k*


Hari Valentine adalah hari ‘special’ untuk orang-orang bercinta. Tapi kan, kenapa nak tunggu Hari Valentine selama setahun semata-mata untuk meraikan hari ‘special’ meraikan cinta ? Sebenarnya setiap hari yang korang lalui, hari-haripun boleh dijadikan Hari Valentine lah.

Isu paling hangat tiap kali tiba Hari Valentine ni adalah isu halal atau haram menyambutnya. Hari Valentine hanya nama kepada sebuah hari, yang jika dikaji dari sejarahnya diambil dari nama seorang Paderi Kristian. Tak salah nak sambut, juga tak salah jika tak sambut. Salah atau tak salah, terpulang pada korang nak sambut bagaimana.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, February 14, 2011

Mana Yang Kamu Cintai



sumber: iloveislam


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, January 9, 2011

Kesilapan Dalam Bercinta



Cinta sesama insan yang tersayang merupakan satu perkara yang amat membahagiakan dalam hidup seseorang. Siapa yang tidak mahu disayangi dan dikasihi oleh pasangannya kan? Kalau boleh setiap saat dan ketika, hanya ingin bersama dengan si dia sahaja. Makan bersama, main bersama, shopping bersama, study kat library bersama, makan aiskrim bawah pokok bersama dan segala-galanya adalah bersama. Mesti best kan?? Tapi korang pernah  dengar tak, pasangan yang bercinta bertahun lama pastu putus di tengah longkang jalan?? Pasti mereka ada buat kesilapan di dalam bercinta ni. Korang nak tau?? Jom ikut aku sekodeng jap. Hehehe.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, December 24, 2010

Tanda Lelaki Ingin Putuskan Hubungan


Lelaki mungkin sukar untuk melafazkan kata putus, tetapi bila si dia mulai menjauhkan diri, itulah tandanya si dia mulai jauhkan diri dari anda. Hati-hati dengan perubahannya dan lihat di cermin kesilapan dalam sedar atau tidak yang anda lakukan sehingga mengguris perasaannya. Lelaki juga sentitif…Nak tau tanda-tandanya?? Jom ikut aku.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, December 16, 2010

9 Wanita Yang Perlu Dijauhi Lelaki




Di dalam memilih teman hidup, seorang lelaki kena menjadi seorang yang bijak di dalam memilih wanita. Orang lelaki perlu mengetahui antara kriteria wanita yang perlu dijauhi dalam mengelakkan diri daripada menjadi mangsa dambaan seorang wanita yang tidak selayaknya menjadi teman hidup seorang lelaki. Jom kita tengok apa antara ciri-ciri wanita yang perlu dijauhi oleh lelaki.


1. Perasan cantik
Wanita ini, beranggapan amat mudah mencairkan hati lelaki dengan kecantikan yang mereka ada. Lebih malang, ada yang menjadikan wajah cantik sebagai aset dan bergelar pisau cukur dengan mengikis harta lelaki kaya yang begitu mendambakan layanan wanita cantik. Biasanya golongan cantik ini percaya, wajah mereka boleh memberikan mereka apa saja termasuklah cinta.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...