Showing posts with label muzik. Show all posts
Showing posts with label muzik. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

Dah Makin Popular Dia Sekarang

Korang kenal tak ngn Charice Pempengco?? Seorang artis kecil molek berasal dari negara Filipina yang sangat berbakat besar dalam bidang seni suara. Beliau mempunyai suara yang sangat 'power' dan aku rasakan dia lah artis yang mempunyai suara yang sangat mantap pada abad ini mengalahkan artis-artis yang lain. Bagi aku lah. Tak tahu lah korang. 

Walaupun Charice banyak membawakan lagu-lagu popular daripada idol sendiri seperti Mariah Carey, Celine Dion dan Whitney Hudson tetapi aku rasa Charice membawakan lagu mereka dengan lebih baik lagi. Dengan gaya suaranya yang begitu lantang menyebabkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Charice sangat 'ummp' dan 'lemak berkrim' berbanding dengan penyanyi asal. 

Mungkin inilah tuah yang terdapat pada diri Charice setelah mengalami pergolakan dalam keluarganya semasa beliau masih kecil. Apa-apa pun, Charice Pempengco merupakan antara artis baru yang meningkat naik dari hari ke hari dengan bantuan komposer terkenal David Foster. Ok lah...nak tau kehebatan suara artis dari Filipina ni?? Jom sama-sama kita dengarkan All By MySelf oleh Charice Pempengco.Enjoys. 



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, February 6, 2011

Malam Pesta Muda Mudi

Tetiba je rasa cam nak karok je malam-malam ni. Yelah cuti sempena tahun baru cina pon dah abes. Esok pun dah start kuliah macam biasa. Hehehe. Tak sabar je rasa nak bukak buku lagi. *eeeew...poyo nyew* Maklumlah time2 cuti memang tak bukak buku langsung. Dah nama cuti kan. Makanya haruslah kena bercuti. Cuti-cuti jugak tapi blogging memang tak tinggal langsung. hahaha. Ok lah..sapa-sapa yang nak karok ngan aku ni, silalah yer. Karok ramai-ramai baru besh. Tak gitu. Orait guys. Lets sing together Grenade by Bruno Mars. 



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, February 2, 2011

Rindu Pulak Kat Dia

Takda apa nak dikata. Tetibe je teringat kat si dia. Siapakah si dia itu?? Abaikan. Biarlah ia menjadi misteri antara aku dan dia saja. hehehe. Biarlah suatu hari nanti aku dijodohkan dengan si dia. Have a beautiful day guys!! Mulakan pagi rabu ini dengan hati yang ceria. Hehehe.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, January 23, 2011

Selamat Malam

Mataku dah semakin mengantuk dah ni. Tapi aku gagahi jua untuk menulis entry ucapan selamat malam untuk korang yang aku sayangi.So, kejap lagi aku nak gi tido dulu. Esok kita jumpa lagi jika diizinkan dan tidak ada aral yang melintang. Terima kasih kepada semua yang sudi bertandang ke blog aku Pezol Stylez yang tidak seberapa ini. Semoga ikatan ukhwah di antara kita akan terus terjalin dan terikat erat sampai bila-bila. Amin. Baiklah selamat malam semua dan sebelum itu korang layan lah lagu ni Goodnight Goodnight by Maroon 5.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, January 21, 2011

Demam Akademi Fantasia Kembali

Demam Akademi Fantasia 9 sudah kembali lagi. Setakat pukul 8.00 malam hari ni terdapat lebih kurang 50 video telah diupload untuk diperdengarkan kepada pihak pengurusan Akademi Fantasia sejak 13 Januari 2011 yang lalu. Dengan pendekatan ujibakat yang cukup unik iaitu secara online menjadikan para peserta boleh menghantar video nyanyian dengan lebih cepat, pantas dan efisyen. Ujibakat secara online ini akan berakhir pada 26 Januari 2011. Walaupun bagaimanapun sesi ujibakat secara live juga ada diadakan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Jadi, korang2 yang mempunyai suara yang mantop2 tu boleh mencuba nasib macam akak Amira Nasyrah ni. Sedap giler suara akak ni. Undi Amira!!! Semoga terpilih ye kak.



*kualiti video kurang memuaskan la pulak. gelap sangat la kak*


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, January 11, 2011

Suara Budak Ni Power Lah

Abraham Mateo, seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang mempunyai suara yang sangat mantap dan meletop apabila menyanyikan lagu yang bernada tinggi dari artis terkenal Celine Dion iaitu I Surrender. Mesti korang dah pernah dengar kan lagu ni kan? Aku pon tak boleh tarik lagu tu sampai camtu sekali *eh, bile pulak aku reti menyanyi nih* tapi tidak bagi Abraham Mateo nih. Senang je dia wat tarik lagu tu tinggi-tinggi. Meremang bulu tengkok aku dengar suara budak nih. Memang terbaek sangat lah. Jelez aku dibuatnya. Hahaha. Ok malas nak story morry panjang berjela. Kalo korang nak tahu lebih lanjut pasal budak ni, korang tanya la dengan pakcik google ea. Jom kita layan bagaimana kehebatan suara adek Abraham nih. Adios!!





p/s: johor cuti arini, best nyer!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, January 10, 2011

Keputusan Anugerah Juara Lagu 25



JUARA AJL 25
Artis: ANA RAFFALI - TOLONG INGATKAN AKU 
Komposer: ANA RAFFALI
Penulis Lirik: ANA RAFFALI
Hadiah: Trofi + RM35,000


NAIB JUARA AJL 25
Artis: MEET UNCLE HUSSEIN - DRAMA KING
Komposer: TAJA
Penulis Lirik: TEJA
Hadiah: Trofi + RM15,000


KETIGA AJL 25
Artis: HAFIZ AF7 - NOKTAH CINTA
Komposer: AJAI
Penulis Lirik: SHEIKH QALAM
Hadiah: Trofi + RM12,000


PERSEMBAHAN TERBAIK AJL 25
Artis: FAIZAL TAHIR - HANYUT
Hadiah: RM10,000 


VOKAL TERBAIK AJL 25
Artis: HAFIZ AF7 - NOKTAH CINTA
Hadiah: RM10,000


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, December 30, 2010

Sayang Korang Semua

Hidup ini perlu ceria. Korang jangan nak sedih-sedih. Hanya tinggal berapa hari je lagi kita akan meninggalkan tahun 2010. Benda yang dah lepas tu kita abadikan lah dalam kenangan untuk tatapan masa hadapan. Lepas ni kita mulakan lembaran baru dalam naskah kehidupan di tahun 2011 nanti. Mana-mana azam korang yang belum terlaksana lagi tu, korang boleh teruskan pada tahun hadapan. Hidup kena teruskan ke hadapan bukannya masih jauh tertinggal di belakang. Ok lah, malas nak merapu dengan panjang lebar lagi. Korang bukan nak baca kan? haha. Btw, aku nak ucapkan millions of Thank You kepada korang yang sudi menjengah dan memfollow blog aku yang tak seberapa ni walaupun tak sampai pun 2 bulan blog Pezol Stylez beroperasi. Thanks for your support guys. Love You. Let enjoy diz song Firework by Katy Perry. Chill yah!!.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, December 10, 2010

Ku Petik Gitar



Gitar merupakan alat muzik yang sangat diminati oleh peminat-peminat muzik. Aku tahu korang pon mesti ade yang minat main gitar kan?? Even aku tak reti main gitar tapi aku sangat suka tengok member2 aku main gitar. Siap nyanyi lagi tuh. Perghhh mmg hebat la mamat nih ( lam hati ckp ..eleh ngade2 nye mamat nih). Tapi korang tahu tak, gitar sekarang ada banyak jenis rekaan nya jugak tau? Aku rase gitar2 tu tuk otai-otai yang sudah expert dalam main gitar nih. Nak tengok?? Jom.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...