Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

5 SEBAB MINUM AIR PUTIH SEBAIK BANGUN TIDUR






Salahsatu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pada pagi hari setelah bangun tidur. Ini adalah sebab-sebabnya:

Seimbangkan sistem buah pinggang
Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan.

Kulit lebih berseri
Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan racun di dalam tubuh seterusnya menjadikan kulit lebih berseri. Bahkan, ia dapat membantu membersihkan racun dalam darah.

Melangsingkan tubuh
Cuba minum dua gelas air setiap bangun tidur. Rajin-rajinlah minum air pada pagi hari dan boleh meningkatkan metabolissme tubuh sebanyak 24 peratus.

Menambah darah
Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi. Ia membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot.

Membersihkan usus 
Minum air ketika perut kosong membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudianya.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, February 19, 2013

MINUMAN BERKARBONAT JEJAS KESIHATAN







Semua tahu minuman berkarbonat tidak elok untuk kesihatan. Sebabnya?? Walaupun bahan asasnya air, ia mengandungi banyak gula iaitu sehingga 10 sudu the dalam satu tin 250ml.

Untuk sedap, ia diberikan pelbagai perisa seperti limau, vanilla, oren dan kadangkala dicampur sedikit pewarna. Kemudian gas karbon dioksida dimasukkan supaya ia berbuih.

Ada minuman berkarbonat mengandungi kafein yang juga tidak elok untuk kesihatan.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, June 6, 2011

Senaman Cara Mudah Dapat Badan Cantik

Semua orang inginkan bentuk badan yang menarik dan ideal. Siapa tak nak kan? Mudah je caranya. Lakukan dua-tiga kali sehari selama 30 minit dalam masa beberapa minggu, insyaAllah korang akan badan yang korang idamkan. Cubalah buat apa yang mamat bagitahu dalam video ni. Aku pun dalam proses mencuba ni. Hehe. Semoga berjaya.



p/s: lepas praktik lapar la pulak..makan banyak-banyak, konfem tak jadi.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, June 4, 2011

Istimewanya Buah Epal Hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.


Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit. Selamat mencuba dan beramal.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, June 3, 2011

Aku Tak Terlalu Obses Dengan Rokok

Satu fakta yang patut korang tahu mengenai dunia orang yang merokok sekarang. Sama-samalah kita jauhi rokok. Amakan gaya hidup yang sihat. Rokok pembawa maut dan pembunuh tanpa disedari. Ingatlah dengan satu sedutan sahaja tidak membawa sebarang keuntungan apa-apa. Katakan TIDAK pada rokok.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, May 31, 2011

Elakkan Bau Badan



Bau badan adalah kombinasi di antara peluh dan bakteria. Untuk pengetahuan anda peluh sebenarnya tidak berbau, namun bakteria yang terhasil daripada peluh yang mengakibatkan badan berbau. Badan manusia menghasilkan dua jenis peluh yang diistilahkan sebagai apocrine dan eccrine. Kebiasaannya peluh jenis eccrine menurunkan suhu badan terutama ketika kita sedang bersenam. Manakala apocrine pula adalah pengaliran keluar peluh di bahagian bawah ketiak, tangan, kaki dan pangkal peha.


Kawal Bau Badan Anda !!

Mandi
Mandi dengan sekerap mungkin iaitu sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Lebih kerap anda mandi sebenarnya and akan kelihatan lebih segar. Dan masalah bau badan pasti tidak akan bersama anda. Ingat bakteria tidak akan singgah ditempat yang bersih !!.

Deodoran
Kebanyakan produk deodoran hanya menghalang bahagian ketiak berbau. Namun buat anda yang menghadapi masalah bau badan yang serius, pastikan anda memilih deodoran yang menghalang aktiviti bakteria daripada bertindakbalas dengan permukaan kulit. Produk seperti sabun akti-bakteria juga mampu melawan masalah bau badan.

Cara Pemakanan
Kurangkan pengambilan kafin, cola dan coklat serta makanan yang berzink. Ini adalah kerana makanan begini akan bertindakbalas menghasilkan peluh jenis apocrine. Banyak meminum air putih kerana ia dapat meneutralkan sistem penghadaman anda.

Asid Borik
Antara produk untuk mengawal bau badan yang boleh anda cuba antaranya adalah produk berasaskan asid borik. Gunakannya setiap kali selepas mandi dan asid ini mampu mengawal pertumbuhan bakteria pada badan. Namun dalam kadar yang diperlukan kerana penggunaan berlebihan mampu mengakibatkan kegatalan pada kulit anda.

Rawatan Alternatif
Jika anda mengalami masalah bau badan yang terlalu serius, rawatan yang dinamakan sebagai iontophoresis ini mungkin dapat membantu. Rawatan ini akan bertindakbalas dengan rongga kulit dengan menggunakan sistem elektrik bagi membuang lebihan peluh yang mengakibatkan bau badan yang terlalu kuat.


INFO: satu kajian dilakukan di bahagian Biologi Manusia di University Pensynavia melaporkan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, February 20, 2011

Tips Miliki Bentuk Badan Idaman



Pakar gizi makanan telah sepakat, bahawa air memegang peranan utama dalam sebahagian besar program pengurangan berat badan. Kerana air sangat berperanan dalam membantu tubuh untuk menghilangkan lemak melalui faedah-faedah berikut :-

  • Air dapat menurunkan selera makan dan mengurangkan rasa lapar.
  • Membantu tubuh dalam proses pembakaran lemak yang menggumpal.Kerana hati akan mengalami kesulitan dalam menjalankan fungsinya ketika buah pinggang tidak mendapatkan air yang mencukupi.
  • Mengurangkan lebihan lemak dibadan.
  • Mengatasi masalah penyumbatan air pada saat tubuh menahan air yang ada didalamnya agar tidak kehabisan.
  • Mengurangi tumpukan sodium didalam tubuh.
  • Membantu memelihara kesihatan otot dan kelenturannya.
  • Mebersihkan kotoran-kotoran dan zat-zat beracun didalam tubuh.
  • Mengatasi kesulitan buang air besar.

Oleh itu para pakar menyarankan kita untuk minum 1-5 liter air sehari, ditambah lagi dengan 250ml sehari apabila berat badan kita bertambah 10kg.

p/s: Bangun pagi sebelum breakfast , amalkan minum air suam, elok untuk jaga badan. Cubalah amalkan.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, February 8, 2011

Aku Peduli Apa



Korang pernah pergi ke pusat-pusat kecergasan tak?? Dalam bahasa mudahnya pergi gymnasium la. Pergi gymnasium sudah pastinya nak jaga kesihatan tubuh badan. Yang lelakinya sudah semestinya menginginkan tubuh badan yang berketak-ketak manakala yang wanitanya mahu tubuhnya kelihatan langsing bak semut api. Tapi kalau korang tengok pusat kecergasan kat luar negara ni, pasti korang akan tertanya-tanya samada ini pusat kecergasan atau bukan. Serius tak bley blah punya pusat kecergasan. Korang layanlah gambar-gambar kat bawah ni.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, February 6, 2011

Buah Pisang "Low Standard"


Korang suka makan pisang tak?? Eh Sedap ke pisang ni?? Ada orang cakap pisang sebagai buah yang low standard dan buah kampung. Sebaliknya mereka menganggap buah-buahan luar negara seperti epal, anggur, strawberi lebih bagus, berkhasiat dan lebih high class…kata mereka.


Sebenarnya mereka telah silap. Pisang adalah jauh lebih baik daripada semua buah2 yang disebutkan diatas. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi yang terpenting iaitu sucrose, fructose and Glucose. Selain itu ia juga kaya dengan fiber.


Pisang dapat membekalkan tenaga yang segera kepada badan. Hasil kajian membuktikan, dengan hanya memakan 2 biji pisang,badan kita dibekalkan tenaga yang mencukupi untuk membuat kerja-kerja berat selama tidak kurang sejam setengah. Sebab itu pisang telah menjadi buah pilihan utama bagi atlit dan ahli sukan seluruh dunia.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, February 5, 2011

Sarapan Dah Siap!!



Korang sarapan suka makan apa ek?? nasi lemak?? mee goreng?? kuih-muih?? roti?? Whatever korang makan ape waktu sarapan tapi korang JANGAN tinggal tau sarapan. Dengan bersarapan lah akan membekalkan tenaga untuk korang bekerja di pagi hari.

Sarapan pagi ni bagus untuk kesihatan korang tapi kena lah makan makanan yang sesuai. Jangan ikut macam aku ni, makan ubi kentang goreng *ntah papelah punya sarapan*. hahaha. Sangat tak berkhasiat langsung. Takpelah, yang penting makan jugak kan dan bagi aku tenaga untuk berblogging pagi ni. Hahaha. 



Ok lah. Bersarapan lah korang sebelum korang disarapankan. Jadikanlah aktiviti bersarapan ini sebagai salah satu rutin hidup korang pada masa-masa yang seterusnya. Banyak kebaikannye yang akan korang dapat nanti. Percayalah cakap aku. Adios!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, February 4, 2011

Tak Mahu Minum Susu Lah




Kajian khusus telah dilakukan ke atas kesan kacang soya terhadap kesihatan manusia. Manfaat kacang soya kepada kesihatan semakin diakui pada masa kini.

Pengambilan 25g protein soya sehari adalah disyorkan untuk setiap individu untuk membantu mengurangkan kolestrol darah.

Nikmatilah kebaikan semulajadi susu kacang soya sebagai minuman berkhasiat untuk pemakanan dan gaya hidup anda. Jom minum!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Aku Penagih Tegar Berlari



Berlari atau jogging merupakan sejenis senaman kardiovaskular yang melibatkan penggunaan otot otot besar seperti peha, betis dan sebagainya dan juga mengakibatkan peningkatan pada kadar degupan jantung. 
Berlari akan membantu menambah efisiensi sistem kardiovaskular, yang terdiri daripada jantung, darah dan juga pembuluh darah. Tidak dapat dinafikan, berlari akan membantu meningkatkan tahap kercergasan dan kecergasan, serta membantu mengekalkan kesihatan pada tahap yang optimum.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, December 29, 2010

Senaman Untuk Perut Berotot

Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan menyegarkan, korang perlulah bersenam. Jangan terlalu asyik nak buat senaman 'blogwalking' sahaja. Korang perlu jugak keluarkan peluh. Tak payah ambil masa yang lama, cukup antara 20-30 minit sehari. Baiklah, bagi sesiapa yang menginginkan perut yang berotot six-pack, korang bolehlah follow langkah-langkah yang ditunjukkan di dalam video ini. Mungkin pada awal korang mengikuti senaman adalah sangat susah, korang boleh buat slow-slow ea. Korang nak perut yang cantik kan?? So kenalah bersusah-susah dahulu dan hasilnya korang tengoklah di kemudian hari. Ok. Selamat bersenam.






KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, December 26, 2010

Siapa Bilang Hisap Shisha Tidak Berbahaya??



LONDON - Kajian yang dilakukan kerjasama Department of Health and the Centre for Tobacco Control, termasuk fakta yang menyebutkan menghisap Shisha sama berbahayanya dengan menghisap merokok tembakau.


Menurut hasil penelitian, seperti dikutip dari BBC, Khamis (27 / 8) waktu setempat, masyarakat yang menghisap merokok shisha atau tembakau herba akan berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. Hal itu disebabkan, dalam satu sesi menghisap merokok shisha memiliki kecenderungan 4-5 kali lebih tinggi kandungan karbon monoksida dalam badan berbanding semasa menghisap merokok tembakau. Tingginya kadar kabon monoksida ini nantinya berpotensi menyebabkan kerosakan otak dan keadaan tidak sedar.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, November 19, 2010

Kenali Personaliti Melalui Buah




Dalam satu kajian yg telah dilakukan oleh Dr.Barnett,beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semulajadi.Menurutnya lagi,kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing-masing. Kaedah ini juga dikenali sebagai Science of Fructology.Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia. Jom kita tengok apa dia...


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...