Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

TANDA-TANDA KORANG GILA BERBLOGGING







He3, mksud gila tu bknnya gila otak ye tapi ketagihan yg melampau-lampau korg pada dunia blog ni smpai x igt dunia.



Pernah korg wat cmni???

  1. Sanggup tahan utk p tandas semata-mata nk siapkan entry @ blogwalking. *Isk3, kalo sibuk sgt pon jgn la cmni, cian badan tue, kuarkan dlu apa yg patut...*

  2. Bnda pertama yg korg wat wktu pagi lps bgun tdo tanpa gosok gigi adalh buka blog utk tgk brapa pengunjung yg dtg, tgk komen2 baru. Kdg2 tu sarapan atas katil ja sb xmau tggal laptop. *Hahaha, nnti mknn tumpah ats katil bru tau...*

  3. Untuk pelajar2 yg tgh exam, bleh plak terpikir wktu jawab exam tu "apa ye nk update blog jap lagi". *hahaha, jgn tersalah jawab exam dh la, soalan tanya lain tetiba jwpan psl lain..*

  4. Korang lebih byk bercakap kt "shoutmix", "chatbox" berbanding dunia sebenar. *hehehe, orang cmni pon ada ka? Bdk Botak teka ja...*

  5. Korang smpai tggal solat sb asyik sgt dok berblog, x sdar masa berlalu pntas. *xmau2, apa2 pon p solat dlu jap lagi smbung berblog ye...*

  6. Entry korang kt blog nie melampau2 byk, kalo sebulan ada 30 hari, entry kt blog plak beratus2. *hahaha ada yg sehari tue bermacam2 jenis entry, tapi xpa la kalo seronok dibaca aku x kisah...*

  7. Kt mna2 pon korang akan cuba "connect" internet dan update blog xkira la kedai mamak ka, KFC ka.. Yang paling teruk korang cb hack WIFI jiran korg sb 'berukband' x bayr bil. *hahaha, pstikan bil korang dibayar sblom dipotong...*

  8. Masa korang berblog lebih byk berbanding korang tgk tv. Tgk tv pon kjap2 ja, tu pon sb crita feveret, kalo x labah2 yg tgk tv. *hahaha, xlama lagi bankrup la syarikat2 tv sb xda yg tgk...*

  9. Setiap contest yg ada korg akan msuk x kira la hadiah apa pon, janji korang rasa puas. *msuk la contest apa pn asalkn korang rsa berbaloi hadiahnya*

  10. Setiap bnda yg korg tgk mengingatkn korang kt Blog, contohnya makan mee grg tp tangkap gmbar dlu nk letak kt Blog, nmpak benda oren trigt logo Blogger. *hahaha, nie dh thap jatuh cinta ngn blog dh nie...*


Hahahah, sbnarnya ada byk lgi, x larat x pikir dh.






KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, May 30, 2011

Kenali Personaliti Lelaki Melalui Pakaian


Pakaian dan cara berpakaian mencerminkan keperibadian seseorang lelaki. Ada lelaki yang cenderung berpakaian rapid an bersih, tidak kurang juga yang sukakan gaya ringkas dan ada juga lelaki yang sukakan gaya yang agak selekeh. Secara umumnya, terdapat lima kategori lelaki yang boleh dikenali dari cara pemakaianya. Jom tengok...

LELAKI YANG BERPAKAIAN MENGIKUT KESELESAAN DIRI SENDIRI (IKUT SUKA)
Lelaki jenis ini cenderung mengenakan pakaian mengikut kepuasan dirinya tanpa menghiraukan orang lain. Biasanya pakaian yang dikenakan tidak menepati cita rasa ramai orang, contohnya, baju yang tidak digosok (berkedut), memakai pakaian yang tidak dicuci, mengenakan stoking yang tidak sesuai dengan kasut dan kasut yang tidak sesuai dengan seluar atau baju yang dipakai. Bagaimanapun keterampilan seperti ini masih dapat memikat ramai wanita, kenapa?
  • Mempunyai keperibadian yang kuat dan keyakinan yang tinggi.. 
  • Bukan jenis pemalu dan canggung.
  • Memiliki hati yang terbuka dan jiwa yang panas.
  • dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.

CARA BERPAKAIAN YANG SANGAT TELITI DAN RAPI
Cara berpakaian lengkap teliti dan lebih konvensional seperti mengenakan kasut yang berkilat dan sut yang padan dan lengkap. Pendek kata, penampilan mereka sangat menarik. Lelaki jenis ini digemari oleh para wanita kerana,
  • Memiliki keperibadian yang utuh. 
  • Berfikiran matang dan gentleman. 
  • Sangat berhati-hati membuat keputusan. 
  • Berpendirian teguh. 
  • Menepati janji.
BERPAKAIAN PRAKTIKAL MENGIKUT KEADAAN DAN SUASANA
Lelaki jenis ini lebih praktik dalam banyak hal berbanding lelaki lain. Kebiasaannya mengenakan pakaian yang tidak berlebihan seperti kemeja T yang kemas dan rindah di pandang. Walaupun ringkas ia mengenakan pakaiannya dengan rapi. Lelaki jenis ini tetap digemari wanita kerana,
  • Orangnya tenang dalam mengambil keputusan. 
  • Langkah atau keputusan yang diambil telah dipertimbangkan dengan semasak-masaknya. 
  • Penuh idea dan kreatif. 
  • Tidak suka pada kongkongan, berjiwa bebas dan jika dikongkong lelaki ini cepat memberontak. 
  • Selalu tidak puas hati pada hasil kerjanya, membuat lelaki jenis ini lebih berwawasan.

BERPAKAIAN KETAT, RINGKAS
Lelaki jenis ini suka mengenakan pakaian yang ketat dengan kancing baju terbuka di bahagian dada. Cara pakaian ada kalanya lebih kepada gaya konoi (country). Pada pandagan wanita, mereka tetap menarik tetapi lelaki jenis ini ada kelemahannya.
  • Bersifat egois dan mementingkan diri sendiri. 
  • Tidak begitu sesuai dalam pergaulan. 
  • Suka menyinggung perasaan orang lain. 
  • Tidak tetap pendirian, biasanya tidak matang membuat sesuatu keputusan.

BERHATI-HATI DALAM PEMAKAIAN, SANGAT TELITI (WARNA DAN JENIS KAIN)
Lelaki jenis ini berketerampilan sangat kemas dan sangat teliti dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Lelaki ini sangat menitikberatkan warna dan jenis kain yang dipakai, semuanya harus sesuai, bahkan rambut juga harus sesuai dengan pakaian yang dikenakan. Disebalik penampilan itu, lelaki jenis ini juga punya kelemahan tersendiri,
  • Lelaki jenis ini biasanya bersifat rendah diri.
  • Tidak kuat kepercayaan diri.
  • Lelaki jenis ini suka waswas dan ragu dengan diri sendiri


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, February 8, 2011

Tunduk Tandanya Hormat

Tahukah anda sebenarnya tidak kurang dari 24 kematian telah direkodkan setiap tahun di mana berpuluh-puluh lagi kes telah berlaku ekoran daripada keretakan tengkorak serius yang sering melanda penduduk Jepun.

I7348411-33


Mengapa perkara ini berlaku keatas mereka? sedangkan negara lain tidak mengalaminya sedemikian rupa?
Ini berpunca daripada sikap rakyat tersebut yang suka mengamalkan budaya hormat menghormati antara satu sama lain sejak dahulu kala lagi.

Bagaimanakah perkara ini berlaku?
Perkara ini berlaku ekoran daripada amalan mereka yang selalu malah kerap terantuk kepala mereka dengan menundukkan-nundukkan kepala sebagai tanda hormatnya kepada seseorang.

Hurm...Syukur Alhamdulillah kita dijadikan sebagai umat islam yang agamanya tidaklah sesukar mana untuk didalami sedalamnya dan tidak pula ia menyukarkan pergerakan kita sebagai hambaNYA. Sesungguhnya agama Islam itu indah dalam sagala peradaban kita.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, December 29, 2010

Laluan Jalan Raya Paling Merbahaya Di Dunia



Laluan jalan raya adalah satu jalan yang menjadi penghubung antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Tak kisahlah samada jalan itu senang atau sukar untuk dilalui, ia akan menjadi satu alternatif jalan yang penting untuk menuju ke satu destinasi. Terdapat banyak laluan jalan raya yang sangat  merbahaya untuk dilalui di dunia ini. Mungkin korang akan mengambil masa yang agak lama apabila memandu di kawasan macam ini untuk sampai. Ok lah, jom kita tengok antara laluan jalan raya di dunia ini yang dianggap sangat merbahaya untuk dilalui itu. Jom!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, December 11, 2010

Kenali Personaliti Wanita Melalui Bibir



Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui. Korang nak tahu?? Jom kita gi tengok apa makna di sebalik bibirnya itu. Jeng...jeng...jeng.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, December 10, 2010

Menarik Tentang Rokok




Info menarik mengenai rokok buat tatapan rakan - rakan: 

Jumlah penduduk dunia - 6.5 billion.

Jumlah orang-orang Islam - 1.3 billion.

Jumlah perokok di dunia - 1.15 billion.

Jumlah Muslim yang merokok - lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, December 8, 2010

Lelaki - Logik, Perempuan - Emosi



1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau  mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan,  bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan  dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan  pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan  tanya pasal mamat tu lagi!''



2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak  teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta  sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang  terputus, kenapa mesti jadi begitu!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, December 5, 2010

Engkau Dah Angau


Biasalah kalau dah angau, biasanya apa yang berlaku, ada je benda yang macam tak kene. Buat ni salah, buat yang tu salah. Bila dah terkena aura mawi angau tu korang akan dapat rasa ada satu perasaan yang sukar untuk korang tafsirkan. Perasaan itu wujud bermula apabila korang mula menyayangi seseorang yang kamu kasihi atau cintai dengan jiwa korang yang paling dalam. Semua itu hanya korang saja yang dapat memahami perasaan angau yang korang hadapi. hehe. Nak tau apa tanda2 nye. Jom kiter terjah!!.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, December 4, 2010

25 Sifat Wanita 'Perangkap' Lelaki




Terdapat pelbagai petua untuk menambat hati kambing insan tersayang. Bagi kaum wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan suami atau teman lelaki tetap setia di sisi.Di sini diperturunkan 25 sifat yang perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka. Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yang ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya. Jom kita tengok apa 25 sifat wanita yang menjadi perangkap buat sang lelaki. Vroomm....


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, November 15, 2010

10 Perkara Lelaki Patut Tahu Ini




“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

14 Perkara Wanita Patut Tahu Ini


Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.

Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, November 14, 2010

Misai Daya Penarik Lelaki



DI SESETENGAH negara, misai masih dianggap lambang kelelakian seseorang. Ada pula yang menganggap misai itu bak satu tarikan untuk kaum Hawa.

Dan tidak kurang juga mereka yang enggan mencukur misai semata-mata untuk kelihatan lebih garang. Walau apa pun, di India, misai tidak lagi dianggap tarikan bagi sesetengah kaum wanita di sana. Sebaliknya kebanyakan mereka lebih gemarkan kaum Adam yang mencukur misai mereka.

Satu tinjauan yang dijalankan AC Nielsen ke atas lebih 1,000 lelaki dan wanita di lapan negeri di India menunjukkan bahawa meskipun kaum Adam gemar memelihara misai, kaum wanita di kawasan bandarnya lebih gemarkan lelaki yang tanpa misai.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, November 11, 2010

Lelaki VS Wanita




1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Senyum Oh Senyum



1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...