Wednesday, December 8, 2010

Lelaki - Logik, Perempuan - Emosi



1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau  mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan,  bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan  dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan  pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan  tanya pasal mamat tu lagi!''



2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak  teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta  sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang  terputus, kenapa mesti jadi begitu!




3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.



4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.



5) Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.



6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribadi kerana tidak suka  merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan  wanita tidak tahu baca peta.'



7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.



8) Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.



9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu trauma atau sejarah  sebaliknya gadis merasakan ia trauma dalam hidup mereka.

6 comments:

Anisa Hang Tuah said...

lelaki is sgt susah menangis

salwaismail said...

sy baik, sy tak mcm tu pun?
;)*wink*wink
kihkihkih ;D

~yAyA mAr!a~ said...

saya lelaki itu..
ngeh~

selamanya lenabanon said...

yaka pmpuan xleh lau xdak pakwe?? xcaya2 hehe..

waRDah a.k.a QiQi said...

sebab tu laki2 kene kawen dgn perempuan... :D

barulah mereka saling melengkapi.. :)

sembil9n said...

ada yg betul...ada yg salah....
rsenye yg tulis ni mst ni seorang lelaki...
sbb lelaki ada ego yg tggi wlw dia x akui...tpi tmpe dsdri ianya ade ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...