Tuesday, December 21, 2010

Anugerah Dari Kegagalan




Pernahkan anda mengalami kegagalan dalam hidup? Berapa kalikah anda gagal? Apakah kesan dari kegagalan itu? Apakah langkah anda untuk mengelak dari terus gagal? Inilah persoalan yang selalu timbul. Tapi pernahkah anda terfikir hikmah di sebalik kegagalan itu..


* Kegagalan sebenarnya adalah guru dan pembimbing kepada kejayaan akan datang. Tidak semua perkara positif menjadi rangsangan terbaik untuk kita semua. Adakalanya sesuatu yang negatif seperti kisah kegagalan, kesusahan akan menjadi pendorong yang lebih baik untuk mengubah kehidupan kini agar lebih baik dari semalam.


* Kegagalan dapat melumpuhkan rasa ego dan takbur dalam diri. Kadang-kadang keyakinan yang melampau menyebabkan kita rasa ego bahawa kita akan berjaya sedangkan sekelip mata sahaja Allah boleh tukarkan kepada kegagalan jika Dia mahu.


* Kegagalan memberikan ruang agar kita merancang dengan lebih teliti. Biasalah sebagai manusia pasti ada juga yang terlepas pandang dalam perancangan yang kita lakukan. Tetapi dari pengalaman, ia pasti mengajar kita supaya lebih dalam teliti dalam merancang di masa hadapan.


* Kegagalan bererti anda berdepan dengan cabaran. Maknanya jika anda mampu melepasi ujian ini maka anda bakal menempah sebuah kejayaan. Cabaran adalah ibarat duri-duri yang anda pijak ketika berusaha mencapai apa yang anda kehendaki.


Hidup ini ibarat roda. Ada masa di atas ada masa di bawah. Setiap kejayaan yang kita capai mesti kita akan menempuh lalui kegagalan dahulu. Jadi jangan malu untuk gagal. Kita belajar dari kegagalan dan kesilapan kita. Kita tidak tahu bila kita akan berjaya tapi yang penting kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa mahu berubah..

9 comments:

Pezol Stylez said...

jadi, xperlu lah nak takut ngn gagal ea..;p

nub said...

btol3.sokong2

luvly mya said...

dari kegagalan kita belajar mencapai kejayaan :)

cikCEPET said...

tul tuh..!!!
buat kan cepet lg kuahhh..!!!

yarhhhh i am..!!
heheee
:))

Cik Mieyrarif said...

gagal tu motivasi :)

ieMa ackLes said...

tp klau asyk ggl jek cmner 2..
hiihi..
nice ntry

Azra Rahman said...

Well, You have points there.Nice one.

Just terima je pepatah " hidup umpama roda". Kadang2 kita kat atas dan kdg2 kat bawah.Dan bila kat atas jgnlah sombong dan bongkak.So that bila kita kat bawah akan ada org yg membantu.

Aku pernah gagal dalam hidup, dan cukup membuka mata.Dan aku bersyukur dgn kegagalan itu, kerana Allah telah merancang sesuatu yg jauh lebih bagus utk aku sekarang.

Goodbye,
-Azra Rahman-
www.azrarahman.blogspot.com

Gayahspears said...

bermula dr bawah~

Balkis said...

betul..jgn malu utk gagal..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...