*play diz song while you read diz entry k*
Hari Valentine adalah hari ‘special’ untuk orang-orang bercinta. Tapi kan, kenapa nak tunggu Hari Valentine selama setahun semata-mata untuk meraikan hari ‘special’ meraikan cinta ? Sebenarnya setiap hari yang korang lalui, hari-haripun boleh dijadikan Hari Valentine lah.
Isu paling hangat tiap kali tiba Hari Valentine ni adalah isu halal atau haram menyambutnya. Hari Valentine hanya nama kepada sebuah hari, yang jika dikaji dari sejarahnya diambil dari nama seorang Paderi Kristian. Tak salah nak sambut, juga tak salah jika tak sambut. Salah atau tak salah, terpulang pada korang nak sambut bagaimana.
Cinta sepatutnya diraikan dan dispecialkan setiap hari bukan hanya pada Hari Valentine saja. Setiap hari adalah hari terbaik untuk korang bercinta. Baik atau tak baiknya hari untuk meraikan cinta ni bergantung pada nawaitu (niat) korang bersama pasangan korang.
Sebaik-baik cara untuk meraikan cinta adalah dengan bersembahyang bersama pasangan tanda kesyukuran Anda kepada Allah.Sebaik-baik cara untuk bercinta adalah cinta yang disandarkan kepada Allah.
Cemana nak bercinta kerana Allah? Jawapannya, cintai seseorang dengan niat mahu membahagiakan dia, supaya rasa bahagia yang korang perolehi dari mencintai dirinya mendorong korang jadi semakin bersyukur kerana ditemukan dengannya lantas menambah semangat untuk korang beribadah dengan lebih rajin kepada Allah. Cinta kepada Allah terhasil dari rasa kesyukuran yang terbit dari kebahagiaan bercinta. Cuba dengar lagu Maher Zain bertajuk For The Rest Of My Life untuk memahami cemana bestnya bercinta kerana Allah.
Cinta kerana Allah merupakan perbuatan apabila korang mencintai seseorang dengan niat menjadikan cinta korang kepadanya satu ibadah buat korang. Korang mencintai dia sehabis baik, berusaha membahagiakan dirinya supaya moga dengan itu Allah memberi pahala atas perbuatan korang. Moga dari perbuatan korang itu, hidup korang dilimpahi cahaya rahmah, membawa masuk sinar keberkatan ke dalam rumah tangga yang korang bina. Inilah yang aku maksudkan dengan cinta kerana Allah.
Cinta kerana Allah diisi dengan cahaya ibadah. Korang dan si dia bersama-sama melaksanakan ibadah dengan niat menjaga hubungan dnegan Allah juga untuk meningkatkan takwa. Alangkah baiknya dapat menikmati kebahagiaan bercinta dengan membaca Al-Quran bersama-sama, ke masjid bersama-sama, bernikah sebagai ibadah kepada Allah, saling bahagia-membahagiakan sebagai ibadah kepada Allah.
Hari Valentine hanyalah sebuah hari. Baik atau buruknya Hari Valentine ni bergantung pada cemana Anda memandangnya. Jadi, fikir-fikirkan lah dan selamat beramal.
6 comments:
"mendorong korang jadi semakin bersyukur kerana ditemukan dengannya lantas menambah semangat untuk korang beribadah dengan lebih rajin kepada Allah"...ngah ase skrg ngn insan skrg..sblm ni x...huhu
muhasabah diri ni... :D
@farhana: bgus...;p
@cekodok: aah...sekali sekala kena muhasabah kn....hehe
solat bersama pasangan tetap salah kalau tak nikah lagi.aleale.nikah la senang.lepas tu sambut la valentin's yang korang faham tu.kan.
tak la.sepatu nya kita kena selalu muhasabah.bukan sekalisekala.ayyoo.
Post a Comment