Monday, February 21, 2011

Azizulhasni Awang Juara Dunia Keirin

SEORANG petugas wanita membantu Mohd. Azizulhasni yang cedera akibat tertusuk kayu ketika berlumba di Manchester, England semalam.


MANCHESTER, England - Pelumba trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang muncul juara keirin Piala Dunia meskipun pada perlumbaan pusingan keempat dan terakhir semalam, serpihan kayu tajam menusuk dan menembusi betis kirinya.

Difahamkan serpihan kayu tajam itu datang daripada lantai velodrom yang diperbuat daripada kayu itu terkopek dan tertanggal selepas Azizulhasni bersama empat pelumba lain berlanggar pada kelajuan tinggi sebelum terjatuh di atas trek perlumbaan.

Bagaimanapun, hanya Azizulhasni seorang yang cedera agak teruk akibat tusukan serpihan kayu tajam itu dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Empat pelumba lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) hanya cedera ringan.

Acara keirin akhir pusingan keempat itu dimenangi juara Olimpik, Chris Hoy diikuti Niblett.

Hanya dua pelumba itu berjaya menamatkan perlumbaan daripada enam pelumba yang layak ke peringkat akhir semalam.

Berikutan insiden itu, Azizulhasni, 24, hanya mampu menduduki tempat ketiga tetapi sudah cukup untuknya muncul juara keseluruhan hasil daripada pungutan mata dalam tiga pusingan sebelum ini. 

sumber: KOSMO

Kami bangga dengan Azizulhasni Awang,  walaupun cedera kau tetap bangkit demi maruah negara. Syabas!!

10 comments:

yampe(^,^) said...

btul, stuju. walau sakit2, dy bgun jgk habiskan. bley bygkn semangat dy, sbb dlm paper dy kte, dy sedar pun mse lepas tamatkan perlumbaan tu. dlm otw nk g hospital, msih bley ckp nk juara utk event akn dtg (x igt event ap). malaysians proud of you, azizul hasni. =)

apezs shah said...

syabas untuk beliau..
semangat dia buat bulu roma naik ase... Tahniah~

ijam ismail said...

good luck malaysia
=D

honey roses said...

wahh... terharu honey dgr. tabik spring la kat azizulhasni. :)

Pezol Stylez said...

@yampe: yeah!!

Pezol Stylez said...

@apezs: smpi naek bulu roma ek...haha

Pezol Stylez said...

@ijam: gd luck....;p

Pezol Stylez said...

@honey: should be proud with him....;p

NUR AYNIE said...

terharu + bangga ngn dier....=)
semangat kuat utk menang demi negara~

Pezol Stylez said...

@aynie: yeah....;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...