Monday, February 7, 2011

Buat Yang Terbaik



Hari ni dah start kuliah setelah bercuti sempena Tahun Baru Cina. Yay!! Rasa sangat happy jer sebab bley jumpa dengan kengkawan seperjuangan untuk menuntut ilmu. *padahal sedih sbb cuti dah abes...huhu* Tiap kali tahun baru mesti korang ade azam baru kan. *eh bukan tahun baru dah lama ke sambut* Yang ni azam sempena tahun baru cina lak. hehehe. Sempena tahun baru ni, azam aku ingin menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam menambah ilmu pengetahuan. Sebagai seorang student, kenapa perlu berjaya? Eh nak tanya korang lah. Kenapa orang berjaya sentiasa mahu menambah ilmu? Sebab apa?

Orang berjaya ni tak pernah merasa cukup dengan ilmu yang dia ada tau. Bukan sebab orang berjaya ni tamak, tapi sebab mereka seronok berkongsi ilmu – iaitu ilmu yang mereka ada dan ilmu yang mereka baru jumpa.

Korang kena contohi orang-orang berjaya. Elak merasa puas hati dengan ilmu yang korang ada sekarang ini. Tekad belajar seumur hidup! Tambah ilmu dengan banyakkan membaca kerana membaca adalah cara paling mudah untuk korang mempelajari ilmu baru. Gali lebih banyak ilmu berkenaan bidang korang. Beri tumpuan pada apa yang korang perlu tahu.

Sebagai contoh, jika  korang seorang penulis buku, pelajarilah lebih banyak ilmu tentang bagaimana menjadi penulis buku supaya korang boleh muncul menjadi seorang penulis buku yang berjaya satu hari nanti.

Jika Anda seorang pemuzik, pelajari lebih banyak perkara mengenai muzik supaya Anda menonjol menjadi pemuzik berjaya. Anda berjaya kerana Anda tahu banyak perkara mengenai muzik.

Selepas itu, pelajari lebih banyak, dua kali lebih banyak jumlahnya dari jumlah ilmu yang dipelajari oleh orang-orang di sekeliling Anda.

Jika korang seorang penasihat kewangan, pelajari lebih banyak ilmu tentang hal-hal kewangan supaya korang berjaya sebagai seorang penasihat kewangan berjaya satu hari nanti. Bila anda menguasai banyak perkara mengenai bidang anda, pasti anda menonjol. Pasti anda boleh mencapai tahap-tahap membanggakan.

Mengetahui saja tidak cukup. Anda perlu menguasai, iaitu dengan mempelajari lebih banyak ilmu mengenai bidang anda. Jadi kepada kengkawan yang masih belajar lagi tu, teruskanlah belajar sampai bila-bila. Jadilah seorang pelajar yang berjaya. Kita mampu lakukannya.

10 comments:

apezs shah said...

salam

selamat membusykan diri semula hehe..;)

Unknown said...

@apezs: hahha...okeng!!

ayin~weeweet said...

selamat berjuang di medan ilmu ya dik :)

Ujang9897 said...

best ape..hehe

Unknown said...

@ayin: tenkiu akak yg canteks!!

Unknown said...

@ujang: yup..tersangat lah best...hehe

Lea Isnawi said...

selamat tinggal hari utk berpoya-poya
skrg..study! hehe

selamat kembali ke kelas

Unknown said...

@lea: mekasih....;p

Raden said...

eee..yekk je. cam yayik. haha

Unknown said...

@amra: kot...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...