Wednesday, November 16, 2011

KUARTET 4x400 METER LELAKI MENANG TAK DIHARGAI



PALEMBANG - Kuartet 4x400m yang melakukan kejutan meraih emas kelmarin dilayan seperti orang pela- rian apabila segera dihantar pulang semalam tanpa sempat menerima pingat yang dimenangi mereka.

Gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh sepatutnya perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah semalam selepas ditangguhkan kelmarin.

Malangnya, perancangan kelam-kabut yang dibuat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menyaksikan detik manis yang sepatutnya di- nikmati mereka selepas penyertaan mereka dianiaya, tidak kesampaian.

Penerbangan mereka telah ditentukan lebih awal gara-gara KOAM menjangkakan gandingan ini tiada harapan pingat untuk dimenangi.

Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.

"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet?

"Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini.

"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya.

Kuartet 4x400m lelaki negara pulang pada pukul 2.50 petang semalam selepas 17 jam memenangi pingat emas dengan menewaskan Thailand di tempat kedua dan Indonesia ketiga.


sumber: KOSMO



9 comments:

AmyZana said...

teruk betullah perangai org kite nih :/

Pezol Stylez said...

@AmyZana: masalah org dalaman kan....huhu

syamsid dhuha said...

aishhh syg btol

Pezol Stylez said...

@syamsid dhuha: tau xpe

sis92 said...

majulah sukan untuk negara !!!

slogan ni patut dipraktikkan dalam semua lapisan masyarakat.

siapa nk sokong dan bantu sukan malaysia kalau tak rakyat malaysia sendiri ye dak

yusuflaili said...

habiskan duit sukan untuk orang dalam saja atau majukan sukan untuk org dalam.

org muo said...

atlet yg bersusah payah...pegawai pengiring & pengurus pasukan makan angin... x buat keje..kebajikan atlet terabai

ctk said...

dengkiiiiiii sungguh!!!!

MaYa MustWany said...

kesian nya mereka ni.belum pe2,dah bajet kalah.support la.mengong la.dah kalau orang kita sendiri tak yakin,macam ne nak maju.pecat je orang2 tak berdaya maju tuh !

semalam kamain mereka happy sangat.kesian sangat kat mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...