BANDA ACEH, Indonesia - Polis memulihkan akhlak lebih 60 peminat muzik punk rock yang terdiri daripada golongan belia di wilayah Aceh, Sumatera dengan alasan mereka mencemarkan imej wilayah berkenaan. Sejak ditangkap pada satu konsert di sini pada malam Sabtu lepas, seramai 59 peminat punk rock lelaki dan lima peminat perempuan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.
Polis menyatakan, penangkapan tersebut dibuat bagi mengelakkan golongan belia daripada berkelakuan menyimpang agama. Dalam perkembangan berkaitan seorang aktivis hak asasi manusia Indonesia, Evi Narti Zain berkata, penangkapan anak-anak muda itu melanggar hak asasi manusia. - AFP

4 comments:
Cuba kalau buat mcm ni kat Malaysia. Mesti ramai pembela-pembela mereka ni akan muncul. "Melanggar hak asasi manusia dan sebagainya". kalau Malaysia boleh buat tegas mcm ni, kan best.... Ini tidak. Bgi makan kenyang2, pastu lepaskan balik.
@lyd: betul kak...selamat malaysia kan
hope mereka berubah.jgn sia2kn masa muda dgn perkara x b'faedah!
@ain: harap2 macam tu la hendaknye
Post a Comment