Monday, March 7, 2011

Aku Pun Baca Novel Jugak

Bertambah lagi satu koleksi bahan bacaanku. Yay!!. Novel Rayyan Fantasi karangan Ramli Awg Murshid. Rasanya ini novel terbaru karangan beliau yang berada di pasaran tahun ni. Merupakan antara novel yang paling aku gemari. Sebab apa? Novel karangan Abang Ramli ni bukan novel yang bertemakan cinta tetapi kebanyakan novel yang beliau tulis adalah bertemakan aksi atau thriller. Lagipun aku tak berapa suka nak baca novel cintan cintun ni. Tak kuasa mak nyah...awww. hahaha. Aku minat novel aksi-aksi je. 

Kalau diikutkan setakat ni aku dah ade 5 novel karangan abang Ramli ni. Semua best2 aku baca. Dan selalu aku cakap kat kawan aku. Kalau novel abang Ramli ni diadaptasikan ke dalam filem konfem pecah panggung punyalah. Siyes aku tak tipu punya.Siap aku bley bagitau sapa yang patut jadi hero kalau filem tu dibuat. Yelah kalau kat Malaysia ni, kebanyakkan filem banyak berunsurkan lawak lah, cinta lah, hantulah. Tapi kalu yang filem aksi tak banyak sangat. Bley kire ngn jari kaki aku ni ha.




Jadi, kepada pengarah-pengarah filem diluar sana, cubelah tengok-tengok sikit novel karangan Abang Ramli ni. Kalau nak industri perfileman kat Malaysia ni maju, jadikan novel-novel karangan abang Ramli ni sebagai satu platform untuk buat filem aksi pulak. Jangan asyik nak buat citer sendiri je. Takkan kita nak tengok filem yang sama jek tiap-tiap tahun. Sikit-sikit lumba kereta, sikit-sikit nak rempit. Tak kan xde perubahan kot. Lagi satu aku rasa, novel abang Ramli ni bila aku baca macam citer aksi dalam citer omputih yang korang tengok kat tv tu. Kire macam taraf filem hollywood. Bagus sgt2 lah.

Apa-apa pun, ini hanyalah pendapat aku sebagai seorang peminat setiap novel karangan Ramli Awg Murshid. Harapan aku, suatu hari nanti novel karangan beliau ni akan dapat difilemkan dan ditayangkan bukan sahaja di malaysia bahkan di seluruh dunia. Insya-Allah. 

19 comments:

yolanda diego said...

aku pun bce jgk novel ramli awg ni. tp novel cintan cintun lg aku suke. =)

Afuan Shah said...

pergh!!memang betoi la apa yg hg kata..novel2 abg ramli patot diberi perhatian oleh pengarah n penerbit filem...memang best dowh novel dia...

Unknown said...

@nurun: len org len taste kn..hehe

Unknown said...

@afuan: yay..sokong abg ramli kiter....;p

Nora Karim said...

Thanks pezol for this info.. kalau tak buat kunjungan balas ke sini... mmg tak tau abg ramli kuar buku baru... thanks... (saya suka novel abg RAM) ;-)

Unknown said...

@nora: aah..dah kuor da...sye bru beli smlm..byk lg kot..hehe

AkieZecky said...

sy suka novel RAM...

Unknown said...

@akie: smelah kiter....hehe

CikSpek said...

sy pun suka karya RAM. lain dr yg lain :)

Unknown said...

@pikon: wah2..ramai gk peminat novel RAM kn...hehe

cik husna said...

saya pun peminat ramlee awang mursyid jugak..mmg ternanti2 novel die..best!~
buat pembaca tertanya2 ape akan jadik..unpredictable..novel laen kbnyaknnya kite bole predict..tp RAM punye sgt berbeda!~

Unknown said...

@husna: betul tu...skang ni pon tgh bce ni...suspen2..haha

Anonymous said...

aku bace dari dulu bro :) haha. terbaik.

Unknown said...

@syafiq: smelah....terbaek gk..;p

Cik Pulau said...

belom kesempatan lagi nk baca...
cik pulau pun layan je novel ramli awg mursyid ni..
tapi cik pulau paling suka hlovate.. lalala~ ^^,

Unknown said...

@cp: oowhh...hlovate tuk remaja2..ok gak

amal salleh said...

suke RAM gk..tp skang ni stil suka siri bgaikan puteri lg hahaha

Unknown said...

@cqq: xpe2..teruskn kesukaan anda itu..hehe

Shya Hieyra said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...