Teringat masa aku zaman kanak-kanak dulu. Zaman itulah merupakan zaman yang paling best aku rasa kalau diingat kembali. Pelbagai kenangan manis, suka duka yang tidak boleh dilupakan sampai saat ini. Walaupun sekarang ni aku dan keluarga telah berhijrah ke bandar tetapi tidak membuatkan aku mudah lupa akan asal usul ku dari kampung.
Bermain lumpur, menjerat burung, menjala ikan, melastik burung dan mandi sungai merupakan antara aktiviti kegemaran ku sewaktu kecil dahulu. Menghirup udara segar di kampung membuatkan aku berasa amat selesa dengan keadaan sekeliling. Pergi ke hutan seorang diri mencari kayu api, memanjat pokok kelapa dan bercucuk tanam seakan-akan sudah sebati dengan diri. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Tidak ada apa yang perlu digelikan. Semuanya aku buat sebab aku suka.
Sekarang, semua itu hanyalah tinggal kenangan sahaja. Jadinya akan ku pahat erat kenangan indah itu di dalam kotak memoriku buat selama-lamanya. Sesungguhnya, kenangan pada zaman itu, membuatkan aku tersenyum seketika pada kala aku menulis entry ini. Tammat.
****************
Antara koleksi gambar yang diambil oleh jurukamera Asit mengenai suasana kehidupan di kampung. Sangat teruja nak sharing ngn korang gambar yang beliau hasilkan. Aku rindu giler dengan kampung halaman. Jom balik kampung !! Layannnnnnn !!
15 comments:
gambar tu serius cantik ;)
@mary: yup.......cantek sgt2
soooo amazing ! seyes !
@finaz: tengkiuuuuuuuuu....;p
As salam..
Rasa rindu plak dgn suasana kg tp kg skrg dah tak mcm dulu, dah tak ada hutan..
dok kampung best!
:D
@iza: w'salam, ooo yeker..xpe2..ley tumpang kawan yg ada hutan ek...hehe
@salwa: betul2 ....best sgt2 kn...;p
wou.,,sangat teruja tengok pic2 yang menawan.... T.T
@fiq: thnks...sye pon....;p
pic dapat cne lah?
i miss my childhood life...
Itu photonya milik Rarindra prakarsa
itu photo Milik Rarindra Prakarsa,
Cantiknya Pic .... memang BEST dan SUPERB
Post a Comment