Monday, March 14, 2011

Chong Wei Juara Yonex All England Championships



Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menumpaskan 'musuh tradisi' dalam sukan badminton semalam iaitu Lin Dan dari negara China dengan mata 21-17, 21-17 dalam masa 50 minit. Ini merupakan tahun yang paling manis buat Chong Wei kerana berjaya menumbangkan Lin Dan. Rasanya dah lama kot Chong Wei kalah kepada Lin Dan tetapi semalam beliau membuktikan bahawa beliau mampu menewaskan Juara Olimpik iaitu Lin Dan dengan straight set. Tahniah Chong Wei !! Anda memang terbaik. 


Tahniah juga diucapkan pasangan bergu negara iaitu Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong kerana berjaya menjadi  naib juara, tewas di tangan pasangan bergu Denmark Boe Mathias dan Mogensen Carsten dengan mata 15-21, 21-18, 21-18. Semoga ini akan menambahkan semangat anda untuk terus cemerlang lagi dalam sukan badminton pada masa akan datang. Majulah sukan untuk negara. Yeah. Sekali lagi, tahniah buat pasukan badminton Malaysia.

3 comments:

jefri said...

tahniah...!!

pinkybubbles said...

i love chong wei... congratess!!

Pezol Stylez said...

@pinky: yeah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...