Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

LELAKI KALAU KAKI NOVEL JIWA ROMANTIK




Yeke? Kalau orang lelaki ni baca novel jiwa romantik??

Mungkin ya dan mungkin juga tidak kan. Bagi aku itu adalah terpulang pada diri masing-masing.

Kalau lelaki tu jenis suka baca novel versi cintan tangkap leleh tu mungkin kot..ada jiwa romantik

tapi ada ke lelaki macho2 dan maskulin macam aku ni *oppps!* baca novel cintan2 duk lepak dlm bilik sorang2?? mestila ada kan cuma malu nk tunjuk je..haha

romantik org lelaki ni lain sikit..tak boleh tunjuk depan kawan2 lelaki..malu lah ek

bila berhadapan dengan awek bru la ley tunjuk..tak gituh?

p/s: sedang menunggu novel terbaru keluaran Ramli Awang Murshid






KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, March 7, 2011

Aku Pun Baca Novel Jugak

Bertambah lagi satu koleksi bahan bacaanku. Yay!!. Novel Rayyan Fantasi karangan Ramli Awg Murshid. Rasanya ini novel terbaru karangan beliau yang berada di pasaran tahun ni. Merupakan antara novel yang paling aku gemari. Sebab apa? Novel karangan Abang Ramli ni bukan novel yang bertemakan cinta tetapi kebanyakan novel yang beliau tulis adalah bertemakan aksi atau thriller. Lagipun aku tak berapa suka nak baca novel cintan cintun ni. Tak kuasa mak nyah...awww. hahaha. Aku minat novel aksi-aksi je. 

Kalau diikutkan setakat ni aku dah ade 5 novel karangan abang Ramli ni. Semua best2 aku baca. Dan selalu aku cakap kat kawan aku. Kalau novel abang Ramli ni diadaptasikan ke dalam filem konfem pecah panggung punyalah. Siyes aku tak tipu punya.Siap aku bley bagitau sapa yang patut jadi hero kalau filem tu dibuat. Yelah kalau kat Malaysia ni, kebanyakkan filem banyak berunsurkan lawak lah, cinta lah, hantulah. Tapi kalu yang filem aksi tak banyak sangat. Bley kire ngn jari kaki aku ni ha.




Jadi, kepada pengarah-pengarah filem diluar sana, cubelah tengok-tengok sikit novel karangan Abang Ramli ni. Kalau nak industri perfileman kat Malaysia ni maju, jadikan novel-novel karangan abang Ramli ni sebagai satu platform untuk buat filem aksi pulak. Jangan asyik nak buat citer sendiri je. Takkan kita nak tengok filem yang sama jek tiap-tiap tahun. Sikit-sikit lumba kereta, sikit-sikit nak rempit. Tak kan xde perubahan kot. Lagi satu aku rasa, novel abang Ramli ni bila aku baca macam citer aksi dalam citer omputih yang korang tengok kat tv tu. Kire macam taraf filem hollywood. Bagus sgt2 lah.

Apa-apa pun, ini hanyalah pendapat aku sebagai seorang peminat setiap novel karangan Ramli Awg Murshid. Harapan aku, suatu hari nanti novel karangan beliau ni akan dapat difilemkan dan ditayangkan bukan sahaja di malaysia bahkan di seluruh dunia. Insya-Allah. 


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...