Wednesday, October 26, 2011

Siapa Sebenarnya Mua'mar Al Qaddafi


BILA Gaddafi jatuh dan dibunuh secara tidak wajar, maka saya segera menyatakan itu tidak sepatutnya dilakukan dan kelihatannya manusia semakin tidak bertamadun dan gila babi.

Saya cukup sedih dan tidak bisa menerima kematiannya sedemikian, apa lagi sebelum ini Gaddafi dihina begitu rupa, padahal pada suatu ketika dia antara pemimpin arab yang cukup lantang menentang Barat terutamanya Amerika dan yahudi dan kelantangan itulah yang Barat berusaha menjahanamkan kepimpinan Gaddafi.

Sejak saya kecil saya sudah mengenal Gaddafi dan mengikut perkembangan kepimpinannya dan saya memang kagum akan keberaniannya yang sama seperti Saddam Husin di Iraq dan tidak hairan Amerika yang ditunjangi Yahudi mahu membunuh pemimpin yang demikian serasa menjadi halangan besar buat melaksanakan Visi jahat mereka.

Barang kali ada lebih baik juga kita menilai semula apa saja yang Gaddafi lakukan buat negara dan rakyatnya sendiri dan mudah2an ini dapat memberikan gambaran yang jelas siapa Gaddafi sebenarnya.

Memangnya keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas.

Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!


Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

  1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
  2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
  3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';
  4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;
  5. Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
  6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
  7. Tidak ada bil elektrik di Libya;
  8. Pendidikan adalah percumn;
  9. Kemudahan perubatan adalah percuma;
  10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
  11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
  12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
  13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;
  14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
  15. Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
  16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;
  17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
  18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
  19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;


Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik....

Malaysia??? Apa yang ada??? fikirkanlah...

sumber: amek dari facebook tadi..hihi

8 comments:

Yana Houry said...

semuanya konspirasi barat...

Unknown said...

betul ke cerita ni? macam macam la orang barat ni .

Unknown said...

@yana: yup..betul..;p

Unknown said...

@ikhwan: betul...konspirasi barat sume..;p

hafizulhakim said...

konspirasi.huhu

singgah sini melawat rakan2 alam maya :) happy blogging!

Ahmad said...

Gaddafi ini adalah sekejam kejam manusia zaman kita. Dia membunuh lebih ramai umat islam berbanding dengan tentera israel dan serbia bergabung. Jenayah dia yang paling besar adalah, memalsukan al Quran. Dia menulis sebuah kitab yg ...bernama kitab al Akhdar (kitab hijau). kitab ini adalah Al-Quran yg di ubah dan di campur konzept sosialism. Dan kitab ini menghina Nabi s.a.w dan Nabi nabi yg lain seperti Musa. Dia memanggil Umar al khattab diktator. Musa dimaki bodoh kerana mengikut gaddafi dalam surah Taha: 17 Allah bertanya kepada musa, Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai MusaNabi Musa menjawab: Ini ialah tongkatku. Gaddafi kata, Musa adalah bodoh sebab sudah tentu Allah tau apa dlm tangan makhluknya. Kenapa Allah tanya Musa kalau dia tahu? sebab itu adalah hikmah Allah. Ketika itu, musa memasuk gua dan jumpa sebuah pokok bercahaya terang bercakap dengannya. Musa yg besar, kuat dan gagah jadi ketakutkan. Maka itulah sebabnya Allah tanya apa yg di dalam tangannya. Gaddafi juga mengubahkkan Quran. sebagai contoh, semua surah dengan perkataan QUL di buang kerana dia berkata QUl yg bermakna 'katakanlah' ditujukan kepada nabi s.a.w. itu adalah dialog antara Allah dan nabinya dan bukan dengan kita. Dan yg paling hina, dia kata, Kitab al Akhdar ini adalah lebih tinggi kedudukannya dari Quran dan Sunnah nabi. Ketika dia melafazkan perkataan perkataan ini, ulama umat ini menyerunya bertaubat dan menarik balik kata kata nya itu. Serupa seperti sadam hussein, dia enggan. maka dia jatuh kafir kerana memalsukan agama Allah dan menghina nabi s.a.w.

Gaddafi adalah seroang kafir yg hina. masjid di buka hanya 5-10 minit sebelum solat dan di tutup selepas solat. orang islam di ditangkap dan disiksa kalau berjanggut atau bertudung. dia mengajar CIA dan kuasa barat bagaimana nak siksa dan kenal pasti umat islam yg practice agama ini.

Brother in law aku dari also dari libya dan abang dia ketua polis so dia byk bagi tau aku apa yg gaddafi rancang dan plan utk 'rakyatnya'. dia adalah firaun zaman kita. dia sentiasa memanggil dirinya malik al muluk samalah seperti firaun. tapi malik al muluk itu adalah panggilan yg direserve hanya untuk Allah swt. Malik al muluk itu adalah raja segala raja.

Dan kalau dia orang baik atau hanya separuh baik, mustahil rakyatnya menentangnya dengan begitu lantang. Selepas mati, mayatnya di tayang seminggu dalam cool room shopping centre dan rakyat libya beratur berKM panjang nak lihat mayat penjenayah itu.

dua firaun iaitu Ben Ali dari tunisia dan Hosni mubarak yg kejam dah jatuh tapi ada dua lagi firaun zaman kita yg lebih kurang sama kejam dengan gaddafi. mereka adalah ali salleh di yemen dan bashar al asad dari syria. basyar al asad adalah jelas kafir kerana menganggap Ali r.a. adalah anak Allah. Bahkan Quran itu telah di mansuhkan bagi mereka. Authubillah.

Semoga Allah memusnahkan taghut taghut ini.

Unknown said...

@ahmad said: thnks 4 ur info....;p

Unknown said...

@hafizulhakim: yekot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...