Friday, April 15, 2011

Pilihanraya Umum Dun Sarawak Ke-10

Ini merupakan kali ke-2 aku tak dapat keluar mengundi dalam Pilihanraya Umum Dun Sarawak kali ni. Yelah, siapa suruh kau belajar jauh-jauh. Rugi satu undi tau tak kau tak pergi keluar mengundi. Dah nak buat macam mana kan. Lain lah kalau kerajaan negeri Sarawak sponsor tambang flight aku pergi-balik johor ni. Konfem aku keluar mengundi esok. hehehe.


Tapi takpe, even aku tak dapat keluar mengundi esok hari, aku doakan semoga proses pembuangan undi pada esok hari akan berjalan dengan lancar dan rakyat tahu untuk 'memangkah' calon yang sesuai untuk menerajui kerajaan negeri Sarawak nanti. Kepada yang kawan-kawan yang layak keluar mengundi esok, sila jangan lupa bawa kad pengenalan korang dan datanglah awal. Berikut merupakan antara calon yang bertanding di tempat aku daerah Limbang.

N068: BUKIT KOTA: SARAWAK: 14,471
1. Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
2. Leong Kwang Yew (DAP)
3. Usop Jidin (Bebas)
4. Ladis Pandin (Bebas)

N069: BATU DANAU: SARAWAK: 7,636
1. Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
2. Dr Lau Liak Koi (PKR)
3. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP)


Untuk keputusan rasmi Pilihanraya Umum Dun Sarawak kali ke-10 ini akan diketahui selewat-lewatnya pukul 11 malam esok. Jadi, sama-samalah kita nantikan. Maklumat lanjut mengenai Pilihanraya Umum Dun Sarawak 2011, korang boleh klik kat SINI.

6 comments:

Majdah said...

sama la xpat balit, juh kita tunggu sama kptusan.. : )

Unknown said...

@majz: betul2..tgu sja result esok...;p

NUR AYNIE said...

same goes to me...huhu..* blom layak ngundi pon..=P

Annisa said...

now berada di Kuching ^_^ tapi sikpat ngundi esok :( sebab sik sempat daftar ^_^ hee..

Unknown said...

@aynie: hahaha...tgu ckup umo bru ley ngundi k...;p

Unknown said...

@khairunnisa: haha..tu la..len kali cpt2 dftr...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...