Friday, April 1, 2011

Bila Pezol Stylez Terus Hanyut

Assalamualaikum wbt. Selamat melangkah ke bulan baru. Dah bulan April sekarang ek. Sekejap je kan masa berlalu. Yelah...dunia sekarang dah semakin maju...dah semakin membangun. Jadi banyak perkara yang dilakukan dan dilakukan dengan pantas. Kita semakin sibuk...kita semakin hanyut di bawa arus masa kemodenan.Makanya kita kena bijak untuk menguruskan masa kita sendiri agar tidak terus ketinggalan di belakang.

Bulan lepas, aku dan member aku Renizar dan Changgan telah diberikan satu tugasan untuk menyiapkan satu video klip bagi subjek Audio Video Production. Hasil perbincangan yang kitorang lakukan, kami sepakat untuk membuat video klip menggunakan lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir. Fuhh..susah jugak nak siapkan satu video klip ini. Memerlukan banyak perancangan dan ketahanan mental dan fizikal untuk menyiapkan.


pose sebelum setelah tamat shooting (kiri ke kanan) : Aku *cameraman*, Renizar *model artis dan editor* dan Changgan *direktor*

Dalam projek video ini, aku ditugaskan sebagai cameraman. Boleh tahan jugak la jadi cameraman ni. Memerlukan kekreatifan dalam mengambil 'angel' yang terbaik untuk 'shoot' supaya nampak menarik. Renizar pulak adalah model artis dalam video kami dan juga selaku editor video. Manakala Changgan sebagai pengarah dalam memastikan kelancaran perjalanan projek ini.

Semalam, kami diminta untuk membuat presentation projek video klip yang telah kami hasilkan. Kumpulan yang lain pun cantik gak video yang mereka hasilkan.  Tahniah korang. Mungkin ini merupakan salah satu pengalaman dan boleh dijadikan panduan apabila sudah bekerja nanti. Hmm...kat bawah ni merupakan video klip yang teah kumpulan aku buat. So, sebarang komen, cadangan penambahbaikan adalah sangat2 dialukan.
Enjoy !!


2 comments:

muhamad hanif said...

jejaka ros..style ah.!ahhaha

Pezol Stylez said...

@hanif: mesti2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...