Monday, January 9, 2012

KES LIWAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH

Keputusan telah dikeluarkan dan hakim mengatakan Dato Seri Anwar Ibrahim TIDAK BERSALAH dan diarahkan dibebaskan. 



Info ringkas :

  • Datuk Seri Anwar Ibrahim (defenden)
  • Mohd Saiful Bukhari (plaintif)
  • Tuduhan : Anwar Ibrahim, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
  • Hakim Mahkamah Tinggi : Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah (akan membacakan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim pada pagi ini selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pembelaan sama ada akan membebaskan Anwar atau mensabitkan Ketua Pembangkang itu bersalah
  • Jika Sabit Kesalahan : Hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan
  • Rayuan boleh dilakukan : Membuat rayuan di Mahkamah Rayuan
  • Nota : Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada tahun 2000, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar
  • Barisan Pembelaan : Diketuai Karpal Singh
  • Barisan Pendakwaan : Diketuai Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.
  • Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan kes liwat Anwar Ibrahim memutuskan Anwar Ibrahim TIDAK BERSALAH dan mengarahkan supaya beliau DIBEBASKAN.
  • Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.






Jadi, apa pendapat anda dengan isu yang berlaku ini??

Sumber diambil sepenuhnya dari BeritaSemasa.com



8 comments:

akuamir said...

kalau betul dye tak salah alhamdulillah..
tapi kalau dye salah,, jangan risau dye takkan terlepas,, dunie mungkin lah boleh..

Prettywrite said...

cuma nak kata syukur...
dah tutu berita pasal ni..
tapi lepas2 ni tak tahulah siapa pulak nak ngaku Anwar liwat dia..ekeke..

seindah biasa said...

Allah tu maha mengetahui segala isu dlm bumi ni. Allah mesti berpihak pada yg BENAR kan..kan..kan... :)

Unknown said...

pihak yang benar sentiasa akan memperolehi kemenangan .

M said...

~no comment~
hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui

ziana said...

Wallahualam..Anyway Alhamdulillah

Calera said...

salam kenal ,, :)
mohon kunjungan balek nya

www.sii-ibrim.blogspot.com

Unknown said...

singgah dr segmen MIa..

susah nak komen, sbb kita pun tak tahu siapa yg betul siapa yg salah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...