Keputusan telah dikeluarkan dan hakim mengatakan Dato Seri Anwar Ibrahim TIDAK BERSALAH dan diarahkan dibebaskan.
Info ringkas :
- Datuk Seri Anwar Ibrahim (defenden)
- Mohd Saiful Bukhari (plaintif)
- Tuduhan : Anwar Ibrahim, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
- Hakim Mahkamah Tinggi : Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah (akan membacakan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim pada pagi ini selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pembelaan sama ada akan membebaskan Anwar atau mensabitkan Ketua Pembangkang itu bersalah
- Jika Sabit Kesalahan : Hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan
- Rayuan boleh dilakukan : Membuat rayuan di Mahkamah Rayuan
- Nota : Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada tahun 2000, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar
- Barisan Pembelaan : Diketuai Karpal Singh
- Barisan Pendakwaan : Diketuai Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.
- Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan kes liwat Anwar Ibrahim memutuskan Anwar Ibrahim TIDAK BERSALAH dan mengarahkan supaya beliau DIBEBASKAN.
- Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.
Jadi, apa pendapat anda dengan isu yang berlaku ini??
Sumber diambil sepenuhnya dari BeritaSemasa.com
KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

