Sunday, June 24, 2012

ADA OTAK BIJAK TENTUKAN SENDIRI








Mendekatkan diri pada alam ada pencetus motivasinya tersendiri. Tiap kali orang ada masalah, mesti dia suka duduk di tepi pantai, di bawah pokok, ambil angin, jalan-jalan di taman, duduk termenung bersendirian di atas rumput.


Ada orang suka mendengar bunyi deruan ombak memukul batu-batu di tepi laut. Tiap kali kita dekat dengan alam, kita rasa tenang semacam. Dari ketenangan tu, kita merasa bahagia, gembira, bersemangat jadinya. Saranan saya kali ini, seimbangkan kerja keras dengan waktu bersantai. 


Dalam sehari, 8 jam kita kerja, 1 jam kita kena relaks. Pastu kita sambung kerja balik. Barulah motivasi kita tak hilang semena-mena gara-gara terlalu kuat bekerja. Pergilah ke tepi pantai, taman bunga atau merehatkan minda di luar rumah Anda. Dekatkan diri dengan tumbuh-tumbuhan hijau.


Tumbuhan hijau mengeluarkan oksigen lalu menyerap karbon dioksida yang keluar dari badan kita. Lebih banyak oksigen masuk ke dalam badan kita, lebih tenang kita jadinya. Kita jadi bersemangat apabila kira merasa tenang. Bersemangat camni yang kekal powernya. 


Ada juga orang bersemangat gila, bersemangat membara tapi percayalah semangat camtu cepat hilang punya. Jadi, pandai-pandailah korang adjust time korang yer. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.





5 comments:

bai baizura said...

oh yeah. rehat cuci2 mata itu perlu. ehh? haha :p

Best Business Brands said...

whether at rest, be counted as hours worked ? ...

zaxx said...

motivasi perlu sentiasa dibisik sbab manusia dicptakan pelupa..:) nice entry btw..:)

inche hlovate said...

kalo dah keje kat tmpt air cond ni mne plak nk cri tumbuhan hijau huhu.. sedihh

Muhamad anuar Marsib said...

Salam perkenalan.. Awak blogger UTHM juga ker?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...