Wednesday, September 12, 2012

MEMBELI INSURANS PERSEDIAAN MASA DEPAN







APA ITU INSURANS?

Insurans ialah sejenis alat kewangan yang anda boleh membeli untuk melindungi anda daripada sebarang kemalangan. Ini bermaksud ia dapat memberikan perlindungan sekiranya sesuatu yang tidak baik terjadi kepada anda, ahli keluarga anda atau barang kemilikan anda. Antara beberapa produk insurans yang anda perlu tahu ialah:

1. Insurans Kereta/Motor - Insurans ini melindungi kereta/kenderaan anda jika berlaku sebarang kemalangan. Hampir kesemua pemilik kenderaan memiliki insurans ini.

2. Insurans Nyawa - Insurans yang akan memberikan pampasan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas pemilik insurans tersebut seperti kematian, kehilangan keupayaan secara kekal atau mengidap penyakit kritikal.

Di antara sebab-sebab anda perlu ambil Insurans Nyawa:

  • Kematian yang tidak tahu bila akan datang.
  • Dana untuk membayar hutang sekiranya kematian datang sebelum sempat hutang dilunaskan.
  • Bekalan buat anak-anak dan isteri serta keluarga andai kata kematian datang tanpa persediaan.


3. Mediacal Card - medical card adalah satu jenis insuran yang akan membayar kos rawatan perubatan di hospital sekiranya pemilik medical card tersebut dimasukkan ke dalam wad hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Di antara sebab-sebab anda perlunya ada Medical Card:

  • Kos rawatan perubatan yang tinggi.
  • Memudahkan kita untuk memilih hospital swasta atau kerajaan tanpa perlu memikirkan soal kos.
  • Peluang untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik.


PANDUAN UNTUK MEMBELI INSURANS

  • Pastikan ejen insurans anda berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia(PIAM).
  • Bacalah polisi insurans daripada ejen anda tentang syarat-syarat yang terkandung di dalam polisi dan semak penjelasan itu dengan PIAM atau rakan-rakan yang mungkin telah mengambil polisi yang sama.
  • Pastikan semua faedah yang akan diperolehi dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian


sumber: Eternity Kewangan


2 comments:

Unknown said...

nak hidupkan road tax kena beli insurans sekali

Unknown said...

bgus2 nti wa nk buat insurans,tq for the info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...