Saturday, June 4, 2011

Istimewanya Buah Epal Hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.


Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit. Selamat mencuba dan beramal.

12 comments:

faizul said...

nak epal merah...

Miecyber said...

Info sangat berguna..

http://miecyber.blogspot.com/2010/09/9-makanan-cegah-sakit-jantung.html

faizul said...

yup..

applegreen said...

I lurve apple green so much..yummy3..hee

★ aIsyaH ★ said...

wah..!!apple hijau la...~
thx 4 da inf0..!!

velasrizal said...

i selalu mkn epal ijaou ni

Tak Dapat Update Blog Sebab Ada Exam Tapi Trafik Mampu Mencecah 1192 Unique Visitors !

mira_nas said...

an apple a day, keeps the doctor away~.. huhu... buah ni Allah dah jadikan banyak manfaatnya untuk kita...syukur~ tapi hati2.. sekarang E coli jenis baru tengah merebak. hehe

Pezol Stylez said...

@★ aIsyaH ★ : sme2..;p

Pezol Stylez said...

@velasrizal : sye pn...;p

Pezol Stylez said...

@mira: ye kne hati2 ni.....huhu

Lieyda said...

an apple a day, keep away from doctor :)

AzwanRamli said...

nice sharing!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...