Thursday, June 9, 2011

Saya Cinta Awak Sayang



Pernah tak korang terpikir macam mana nak tampil hebat dan mantap sehinggakan yang tersayang akan berkata, "Wow!! you look gorgeous, sayang”. Korang tak perlu tampil dengan pakaian yang berjenama seperti AX (aku ler tu) , Paul smith atau pun Zara (pun aku juge) dan korang jugak tak perlu membazirkan duit korang untuk barang- barang yang baru. Sebaliknya aku sarankan korang buka lah balik almari ajaib korang tu, then korang check list baju-baju yang nampak masih baru dan sesuai padankan. Thats it. Ok lah, jom kita tengok apa tip-tip untuk menawan buah hati korang. Jom.

Tips ini boleh membantu macam mana korang boleh tampil dengan gaya yang tersendiri.

1. Pakaian dan saiz badan
Saiz badan sangat penting memandangkan ianya haruslah muat dengan pakaian yang hendak dipadankan. Baju atau seluar yang dipakai itu haruslah tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Walaupun baju yang dipakai tidak kelihatan menarik tetapi apabila ia muat sempurna pada badan, anda akan kelihatan lebih menarik. Cayalah cakap aku.


2. Pakaian yang kelihatan terang
Pastinya korang mahu menciptakan perhatian semasa bersama si dia ketika menikmati hidangan makan malam.(Wah!! Romantik nye sayerrr..!!).Pastinya korang mahu menyembunyikan apa yang dirasakan tidak sempurna.Caranya, gayakan pakaian yang tampak terang kerana ia memberi lebih fokus atau titik tumpuan kepada kamu. Jika korang tidak pernah memakai merah jambu, apa kata gayakan warna itu. Namun biarlah sesuai dengan tona kulit anda. Ingat tu kawan2.


3. Ringkas tapi hebat
Untuk casual date, padankan sehelai jeans dengan kemeja kasual. Sekiranya korang mahu mengekalkan gaya sporty, kemeja-T turtleneck adalah pilihan terbaik menggantikan kemeja-T biasa. Jika anda tidak mahu menggayakannya dengan jeans, khakis atau slack potongan baggy juga boleh laa juga. Warna hitam adalah pilihan sempurna apabila korang dinner date. Anda boleh memakai atau tampil kasual dengan memakai jeans berwarna hitam, dan padankan dengan kemeja atau kemeja-T berwarna maroon atau merah hati. Untuk ke parti formal, sut hitam dipadankan dengan kemeja terang adalah pilihan terbaik. Jika anda gemar memakai sneaker, tukarkan dengan kasut kulit. Ringkas, selesa dan bijak bergaya merefleksi stail serta sikap anda yang sempurna.


4. Pewangi
Menggayakan pakaian dengan sempurna di badan pastinya tidak lengkap tanpa semburan pewangi yang menyerlahkan personaliti diri korang. Pewangi Eau de' Parfume dan Eau de' Toilette yang mengandungi ekstrak musky wood, citrus, vanilla, cedar wood akan menonjolkan lagi kelakian dan kemachoan anda. Tapi ingat, sebelum keluar, jangan lupa menggunakan deodorant. Aku yakin pasti kekasih hati korang asyik nak berkepit celah ketiak..haha


5. Pewangi Pilihan
Tampan, menggoda dan seksi. Miami Playboy merupakan pewangi moden khas yang diadun dengan bergamot, epal, rosewood, cyclamen dan ekstrak jasmine, dan cedar yang menyerlahkan karisma lelaki. Daya tarikannya bagaikan magnet. Wajib Cube..!!



kredit: Dunia Lelaki Maskulin

14 comments:

Unknown said...

wallaweyhhh tips mahal ni..sapa baca patotnya kena bayaq..haha

Unknown said...

hahaha....kena bayq ka??

Afuan Shah said...

makkk aiii...!!!terbaeklah...bole letak dlm majalah remaja edisi tahun baru neh

Unknown said...

@ afuan shah: letak jgn x letak brader....haha

Afuan Shah said...

*thumbs up!!

Unknown said...

@afuan: yeah

M Fizan said...

tenkiu2..berguna nie :)

Unknown said...

@fizan: welcome

Nurul Ezra said...

wah! gitu.... ;p

Unknown said...

@nurul ezra: aah..cam tu la...hihi

Diari Si Froggie said...

pehhh...dasyat!! haha..berguna2

Unknown said...

@aida: hehe

Alif Haris said...

haha .. bro boleh buat buku ni .. :D

Unknown said...

@alif: boley2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...