Saturday, November 27, 2010

Kisah Seorang Yang Pemaaf



Pada suatu hari, sedang Nabi saw berkumpul dengan para sahabat dekat kaabah, seorang lelaki asing berjalan di hadapan mereka.Setelah lelaki itu berlalu, Nabi berkata kepada para sahabat: "Dialah ahli Syurga".Hal itu dikatakan oleh baginda hingga tiga kali.

Timbul rasa ingin tahu mengenai kenyataan Nabi di kalangan sahabat, terutama Abdullah bin Umar, yang memang dikenal sangat kritikal."Ya Rasulullah, mengapa engkau katakan itu kepada kami, sedangkan selama ini kami tidak pernah mengenalnya sebagai sahbatmu? sedang terhadap kami sendiri yang selalu mendampingimu engkau tidak mengatakan hal itu?" Tanya Abdullah.Lalu sebagai seorang contoh, Nabi memberi jawaban halus lagi bijak: "jika engkau ingin tahu, tanyalah kepadanya".

Oleh kerana rasa ingin tahu, pada suatu hari Abdullah bin Umar menyengajakan diri untuk berkunjung ke rumah orang asing itu."Wahai saudara, kelmarin waktu engkau lalu di hadapan kami Rasulullah mengatakan bahawa engkau seorang ahli syurga. Apa gerangan yang menjadi rahsianya sehingga Rasulullah begitu memuliakanmu?" tanya Abdullah.

Lelaki itu tersenyum seraya berkata:"Sesungguhnya aku tidak pernah melakukan apa-apa. Aku bahkan tidak memiliki harta kekayaan apa-apa, baik ilmu ataupun harta yang dapat ku sedekahkan." Yang aku miliki hanyalah kecintaan kepada Allah, Rasulullah dan kepada sesama manusia. Dan setiap malam menjelang tidur, aku selalu berusaha menguatkan rasa cinta itu, sekaligus berusaha menghilangkan perasaan benci terhadap siapa saja. Bahkan terhadap orang-orang kafir sekalipun."

Memelihara perasaan benci dan marah, bererti menyimpan egoisme, bererti adanya sikap menyalahkan orang yang dibenci.Dan menyalhkan orang lain bermaksud membenarkan sikap dan tindakan sendiri. Sedangkan sikap itu sudah sejak awal dituntut iblis ketika penciptaan adam as. Kisah ini memberikan gambaran bahawa perasaan benci bukan mengakibatkan fitnah dan permusuhan sahaja bahkan penyakit batin yang boleh membunuh maruah seseorang Mukmin yang mendambakan keredhaan Illahi.

Sikap paling bijaksana ialah selalu berusaha menilai diri sendiri, sekaligus menjadi pemaaf.Itulah yang dilakukan oleh Nabi sepanjang perjalanan hidupnya kerana baginda adalah qudwah hasanah (contoh yang terbaik) kepada setiap Mukmin. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

3 comments:

Anonymous said...

saling lah kita maaf memaafi

Nuf4u said...

salam ziarah malam....dan kita harus memaafkan org lain ye..

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

mintak maaf. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...