Friday, November 26, 2010

Stop Child Abuse

unicef




STOP CHILD ABUSE !!! Hah korang tau tak ape maksud nye tu?? Mesti korang tau kan? Aku tau korang ni budak2 bijak semua. kn? kn? kn? Hehehe. Baiklah bagi sape2 yang tak tahu stop child abuse tu maksud nye adalah HENTIKAN PENDERAAN KE ATAS KANAK-KANAK.  Ok lah sekarang pihak UNICEF ataupun kalau dalam nama panjangnye United Nation International Children Emergencies Fund sedang menjalankan kempen mengenai larangan penderaan ke atas kanak-kanak sekarang ini. Sebagai rakyat Malaysia yang sangat prihatin aku memang amat-amat bersetuju dengan kempen yang dijalankan oleh pihak unicef ini. Sebagai menyahut langkah pihak unicef ini aku buat satu entry khas mengenai masalah penderaan kanank-kanak ini


Kalau kita tengok sekarang ini, kanak-kanak dah banyak yang tidak dipedulikan oleh ibu bapa.Ada yang didera sehingga mati. Ada juga yang didera sehingga mendatangkan kecacatan dan banyak lagi bentuk penderaan yang boleh kita berikan. Apa tugas ibubapa sebenarnya?? Korang tau tak?? Apakah mereka tidak ada sekelumit pun perasaan kasihan terhadap anak mereka sehingga didera sedemikian rupa?? Semua ibubapa ataupun pengasuh kanak-kanak tersebut perlu ingat bahawa kanak-kanak tersebut adalah satu anugerah yang tidak ternilai yang diberikan oleh Allah S.W.T. Jadi adalah menjadi satu tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak tersebut dengan menunjukkan nilai-nilai moral dan sahsiah yang baik. Bukan dengan mendera mereka. Hanya orang gila sahaja akan melakukan penderaan terhadap anak-anak mereka.


Kanak-kanak walaupun mereka masih kecil dan mentah dalam mengenali kehidupan sebenar didunia ini tetapi mereka juga ada perasaan. Kenapa perlu didera? Kenapa perlu dimaki? Kena perlu disepak terajang? Tidak sakitkah mereka? Para ibubapa perlu fikir semua itu. Penderaan ke atas kanak-kanak ini boleh disifatkan sebagai satu sifat yang sangat tidak berperikemanusiaan. Cuba kalau kita tengok haiwan. Mereka semua sayangkan anak mereka. Lindungi anak-anak mereka walaupun mereka sendiri yang akan mendapat kecelakaan ketika mencari makanan untuk anak-anak mereka. Haiwan walaupun tidak ada akal tetapi mereka tahu dalam memberikan kasih sayang terhadap anak-anak mereka. Inikan pula manusia yang dikurniakan otak dan akal untuk berfikir mana yang patut dlakukan dan mana yang tidak patut dilakukan. Jadi ibubapa kenalah banyak berfikir akan semua ini.


Seharusnya ibubapa kenalah mempunyai satu persaan tanggungjawab dam memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada semua anak-anak mereka. Lindungilah mereka. Berikanlah mereka ilmu secukupnya. Jangan hanya kerana mengikut perasaan marah yang tidak bertempat itu menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa. Ini tidak adil wahai ibubapa sekalian. Kenapa kanak-kanak yang menjadi mangsa? kenapa? dan kenapa? Jadi sebagai kesimpulannya, sayangilah anak-anak anda. Lindungi mereka. Sesungguhnya anak-anak ini umpanya sehelai kain putih. Kalau anda mencorakkannya hitam maka akan hitamlah anak tersebut. Kalau anda mencorakkannya kuning maka akan kuninglah anak tersebut. Jadi fikir-fikirkanlah. Janganlah lakukan penderaan ke atas kanak-kanak lagi. Peace No War !!


9 comments:

faizul said...

stop child abuse !!

Hairul @ Kay said...

stop it!!! yeah!!

nora said...

i raise my hand

faizul said...

good

noorafzan said...

sayapun join ni.good luck ok..

rmzm said...

singgah..maaf ek sis x jumpa shoutmix la..

sahabat said...

masalah penderaan kanak-kanak boleh dhentikan dengan kita bersatu padu memperkukuhkan undang-undang yang sudah ada. Hentikan penderaan kanak-kanak.

faizul said...

betul2...peace no abuse

HAZWAN17 said...

Hazwan.Com menyokong penuh kempen ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...