Showing posts with label tips cinta sayang. Show all posts
Showing posts with label tips cinta sayang. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Cinta Permainan Perasaan Yang Indah


*play diz song while you read diz entry k*

Remaja tidak terlepas daripada dunia percintaan. Dalam pencarian untuk mendapatkan perhatian, penghargaan dan pengiktirafan, cinta seolah-olah dapat memberikan jawapan. Bagaimanapun dalam bercinta remaja perlu berhati-hati. Ia perlu dikawal mengikut akal fikiran tanpa berpandukan kepada nafsu semata-mata serta bimbingan ibu bapa. Jika tidak, bertimpa-timpa masalah akan melanda bermula daripada membuang masa, sering berkhayal, berbelanja sehinggalah kepada seks bebas!

Sehubungan itu, tidaklah salah jika remaja ingin bercinta asalkan ia berpandukan kepada perkara positif seperti tidak mengabaikan pelajaran. Sebenarnya sesiapa saja dalam dunia ini mengharapkan cinta yang dibina itu kekal untuk selamanya. Tidak ada orang yang mahu bercinta kemudian berpisah sepanjang hayatnya.

Ramai berpendapat cinta pada zaman remaja ialah cinta monyet iaitu cinta yang tidak kekal. Bagaimanapun, ada remaja yang sememangnya sudah menemui cinta sejati tatkala di bangku sekolah. Buktinya ramai pasangan berkahwin mengaku mereka sudah bercinta sejak bersekolah. Bagaimanapun untuk bertemu dengan pasangan yang benar-benar sesuai dengan anda bukanlah mudah. Ada pasangan yang sudah menjalin hubungan bertahun-tahun tetapi putus juga di tengah jalan.

Jika anda sedang bercinta, panduan di bawah mungkin sesuai untuk mengetahui sama ada si dia itu pasangan tepat bagi anda. Cuma sebagai remaja, anda juga perlu memikirkan masa depan bersama dan jangan hanyut dengan cinta.

* Rasa serasi*
Walaupun baru mengenalinya, anda terasa seperti sudah mengenalinya sepanjang hayat. Anda boleh berbual apa saja topik dengannya dan anda juga yakin bahawa dialah pasangan yang anda cari selama ini.

* Ketawa bersama*
Setiap kali bertemu, anda berdua pasti ketawa dan gembira. Apa saja perkara lucu yang dibualkan, anda pasti ketawa bersama. Itu menunjukkan anda berdua mempunyai banyak persamaan dalam pelbagai perkara.

* Tidak pernah meragui*
Biarpun si dia jauh dari mata tetapi anda yakin dia sentiasa mengingati anda. Anda juga tidak pernah ragu-ragu untuk membantunya jika dia dalam kesusahan kerana anda pasti dia juga akan bersama di saat anda memerlukannya.

* Tiada masalah*
Hubungan anda dengannya berjalan tanpa banyak masalah dan cabaran yang besar. Jika ada perselisihan faham sekalipun, ia sentiasa dapat diselesaikan dengan cepat kerana sentiasa ada pihak mengalah. Malah, apa saja yang dirancang berjalan lancar dan menjadikan anda berdua lebih bahagia.

* Membuat keputusan bersama*
Anda berdua sering membuat keputusan demi kebaikan bersama dan bukannya untuk diri sendiri. Sering mengadakan perbincangan terutama mengenai masa depan membuatkan anda lebih memahami isi hati masing-masing.


sumber asal: koleksicinta


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, March 22, 2011

Tanda-Tanda Anda Dah Jatuh Cinta


Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.





sumber: CINTA


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, March 19, 2011

Orang Lelaki Pun Merajuk Lah



Biasalah tu dalam suatu perhubungan antara pasangan lelaki dan perempuan ada pasang surut nya. Tak sah kalau takde gaduh-gaduh kan. Tapi gaduh tu biarlah berpada-pada. Jangan sampai bercerai-berai lak kan. Buatlah gaduh-gaduh sayang, insyaAllah hubungan itu akan bertambah erat lagi. Selalu kalau bab merajuk ni, orang perempuan memang suka tapi jangan tak tau orang lelaki pun ade jugak. Jom tengok tanda-tanda orang lelaki merajuk.

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar *pekak betul-betul baru tau!*. Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" *walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... *

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! *amik hanger, gantung kat muncung dia*

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Orang perempuan kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... *Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!*

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...


Jadi lepas ni, orang perempuan pandai-pandailah pujuk ek. Bagi je kereta ferrari sebuah, konfem hilang terus rajuk tuh. hahahaha.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...