Monday, May 30, 2011

Kenali Personaliti Lelaki Melalui Pakaian


Pakaian dan cara berpakaian mencerminkan keperibadian seseorang lelaki. Ada lelaki yang cenderung berpakaian rapid an bersih, tidak kurang juga yang sukakan gaya ringkas dan ada juga lelaki yang sukakan gaya yang agak selekeh. Secara umumnya, terdapat lima kategori lelaki yang boleh dikenali dari cara pemakaianya. Jom tengok...

LELAKI YANG BERPAKAIAN MENGIKUT KESELESAAN DIRI SENDIRI (IKUT SUKA)
Lelaki jenis ini cenderung mengenakan pakaian mengikut kepuasan dirinya tanpa menghiraukan orang lain. Biasanya pakaian yang dikenakan tidak menepati cita rasa ramai orang, contohnya, baju yang tidak digosok (berkedut), memakai pakaian yang tidak dicuci, mengenakan stoking yang tidak sesuai dengan kasut dan kasut yang tidak sesuai dengan seluar atau baju yang dipakai. Bagaimanapun keterampilan seperti ini masih dapat memikat ramai wanita, kenapa?
  • Mempunyai keperibadian yang kuat dan keyakinan yang tinggi.. 
  • Bukan jenis pemalu dan canggung.
  • Memiliki hati yang terbuka dan jiwa yang panas.
  • dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.

CARA BERPAKAIAN YANG SANGAT TELITI DAN RAPI
Cara berpakaian lengkap teliti dan lebih konvensional seperti mengenakan kasut yang berkilat dan sut yang padan dan lengkap. Pendek kata, penampilan mereka sangat menarik. Lelaki jenis ini digemari oleh para wanita kerana,
  • Memiliki keperibadian yang utuh. 
  • Berfikiran matang dan gentleman. 
  • Sangat berhati-hati membuat keputusan. 
  • Berpendirian teguh. 
  • Menepati janji.
BERPAKAIAN PRAKTIKAL MENGIKUT KEADAAN DAN SUASANA
Lelaki jenis ini lebih praktik dalam banyak hal berbanding lelaki lain. Kebiasaannya mengenakan pakaian yang tidak berlebihan seperti kemeja T yang kemas dan rindah di pandang. Walaupun ringkas ia mengenakan pakaiannya dengan rapi. Lelaki jenis ini tetap digemari wanita kerana,
  • Orangnya tenang dalam mengambil keputusan. 
  • Langkah atau keputusan yang diambil telah dipertimbangkan dengan semasak-masaknya. 
  • Penuh idea dan kreatif. 
  • Tidak suka pada kongkongan, berjiwa bebas dan jika dikongkong lelaki ini cepat memberontak. 
  • Selalu tidak puas hati pada hasil kerjanya, membuat lelaki jenis ini lebih berwawasan.

BERPAKAIAN KETAT, RINGKAS
Lelaki jenis ini suka mengenakan pakaian yang ketat dengan kancing baju terbuka di bahagian dada. Cara pakaian ada kalanya lebih kepada gaya konoi (country). Pada pandagan wanita, mereka tetap menarik tetapi lelaki jenis ini ada kelemahannya.
  • Bersifat egois dan mementingkan diri sendiri. 
  • Tidak begitu sesuai dalam pergaulan. 
  • Suka menyinggung perasaan orang lain. 
  • Tidak tetap pendirian, biasanya tidak matang membuat sesuatu keputusan.

BERHATI-HATI DALAM PEMAKAIAN, SANGAT TELITI (WARNA DAN JENIS KAIN)
Lelaki jenis ini berketerampilan sangat kemas dan sangat teliti dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Lelaki ini sangat menitikberatkan warna dan jenis kain yang dipakai, semuanya harus sesuai, bahkan rambut juga harus sesuai dengan pakaian yang dikenakan. Disebalik penampilan itu, lelaki jenis ini juga punya kelemahan tersendiri,
  • Lelaki jenis ini biasanya bersifat rendah diri.
  • Tidak kuat kepercayaan diri.
  • Lelaki jenis ini suka waswas dan ragu dengan diri sendiri

10 comments:

ahmad jo said...

nice n3.. ;)

tomatokering said...

suke2 .. hehe :)

Nur Azila Ismail said...

hye . tq visit me :D

Unknown said...

@ahmad jo: hhehe..;p

Unknown said...

@tomatokering: sye juge...;p

Unknown said...

@azila: welkem..;p

syuxer said...

aku punye no 1..pakai baju ikut selesa aku..hehe..aku jenis pemalu weh ahahah

Unknown said...

@syuxer: ooh....kene ubah r....;p

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

aku suka pakai ikut suka..keh3..

Unknown said...

@iqbal: hahaha...ko memang...;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...