Monday, August 6, 2012

LEE CHONG WEI PENYUMBANG PINGAT PERTAMA NEGARA




TAHNIAH diucapkan kepada Dato Lee Chong Wei kerana menghadiahkan sebutir pingat perak buat kontijen negara di Kejohanan Sukan Olimpik London 2012 menyamai rekod empat tahun lepas di Olimpik Beijing. Bagi aku beliau tidak tewas kerana beliau berjaya mempamerkan rentak permainan yang sangat bagus dan kelihatan tenang berbanding dengan seterunya Lin Dan yang terlalu beremosi ketika bermain. 

Mungkin rezeki belum lagi berpihak kepada Dato Lee Chong Wei untuk menghadiahkan pingat emas pertama buat negara dan harapan untuk makan aiskrim baskin-robbin secara percuma jika DCLW menang pingat emas hanya tinggal harapan. Huhu.Apa-apa pun, tahniah sekali lagi buat beliau kerana menghadiahkan pingat perak buat kontijen negara. Malaysia Boleh!!






2 comments:

MalizaMah said...

wlpn kalah, kita tetap perlu bangga...
tak akn org kenal malaysia tanpa lee chong wei.

vendoline said...

better than nothing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...