Wednesday, August 8, 2012

HINA NEGERI SABAH KETINGGALAN ZAMAN






Pulau Sipadan, Sabah


Terjumpa satu artikel kat rakan fesbuk yang menyentuh pasal ada orang luar hina negeri sabah. Aiyoookk, bole ek hina negeri orang camtu. Padahal duk satu malaysia jugak kot. Meh tengok antara jawapan "serangan balas"untuk orang-orang yang hina negeri sabah ni.

***********


Q : Kenapa Sabah tiada LRT? 

A : Sebab kalau dipasang LRT nda juga diguna sebab orang Sabah kurang2 pakai Viva,mana ada pakai motor apa lagi mau naik LRT.Nda percaya kamu boleh tengok ditraffic light,boleh dikira berapa biji ja motor.

Q : Kenapa Sabah tiada shopping complex power-power macam 1Utama,Sunway Pyramyd,Times Square?  

A : Sebab orang yang melancong pergi Sabah bukan mau tengok bangunan,durang mau tengok orang utan,mau tengok penyu,mau tengok hutan simpan,mau panjat... gunung dan lain-lain lagi.Kalau mau tengok bangunan bagus durang nda payah melancong,dinegara durang lagi tinggi-tinggi lagi power-power shopping complex.

Q : Betulkah orang Sabah tinggal di pokok?

A : BETUL!tapi yang tu bukan orang,itu orang utan.Bulu orang utan coklat jingga perang,bulu manusia warna hitam.Kena tahu beza tu,jangan jadi bangang.

Q : Sabah tiada highway?Oh My God.Mesti jalan jammed.

A : Baguslah tiada highway.NO HIGHWAY NO TOL ! Nda la kami membazir duit mau bayar duit semata-mata mau limpas jalan.Duit TOL pergi kerja RM1.20,pulang kerja pun RM1.20,cuba kamu kumpul-kumpul dalam masa 1 bulan,dapatlah RM72.RM72 boleh sudah bayar Astro.Ada highway disana pun ada juga jammed,sia-sialah kamu bayar duit TOL.Who's smart?

Q : Dengar-dengar di Sabah selalu blackout.REALLY??

A : Ya..Kami nda jakun mau sambut EARTH HOUR setiap 31 Mac,sebab kadang-kadang selalu blackout kan.Baguslah juga begitu,dapat mengasi jimat sikit duit kami hujung bulan.Tapi kalau itu karan nda pandai hidup-hidup sampai 3 jam,itu bukan sudah mengasi jimat,tu mengasi PANAS sudah tu.

Q : LAST QUESTION!Apa yang bagusnya SABAH yang kamu bangga-bangga ni?

A: Di Sabah ni tiada apa-apa.Kuno bah..Tiada LRT,tiada Highway LDP,Federal Highway,Terowong Smart,Jambatan Putrajaya,KLCC,KL Tower,Sunway Pyramyd,Sunway Lagoon. Tapi di Sabah ada Rumah Terbalik.Cuba kamu kasi terbalik Sunway Pyramyd tu,berani ka? Kami nda bangga pun mahu ada bangunan sebab hasil koko,petroleum,sawit,getah,kayu balak dan lain-lain dari negeri ni lah yang dijadikan modal untuk membangunkan bangunan-bangunan disana." Untuk apa mau berbangga dengan kejayaan yang diciptakan hasil usaha orang lain." =)


***********

p/s: dah dekat 13 tahun tak pergi sabah walaupun negeri sebelah jer!!


1 comment:

cynta ieda said...

saya blog sabahan..ermmm orng sekarang dah pandai nak cakap ikut suka mulut gak..huhu..papun..sabah memang best bah..hahahha..biarpun xda lRt apa semua...tapi raykatnya ada hati yang nurani...asemen...
salam ramadhan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...