Showing posts with label cerita lawak lucu. Show all posts
Showing posts with label cerita lawak lucu. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

BORANG PERMOHONAN JADI BOYFRIEND

Siot je kan...nak jadi boyfriend pon kena ada borang permohonan. Hahaha. Fikir-fikir balik..bagus gak..boleh tahu latar belakang bakal boyfriend kan. Aku rasa borang ni untuk gadis-gadis yang malas nak cari boyfriend ataupun wanita-wanita yang terlalu mementingkan kerja sehingga takde masa nak cari boyfriend...hahaha...so jalan mudah...hantar je borang macam cari kerja dan pilih je  mana yang suka. Adoi...pape je lah...yang penting bahagia




p/s: carilah pasangan hidup yang serasi bersama untuk kebahagiaan kekal abadi



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

CINTA HINGGA DI AKHIR NYAWA




****************************


Gadis : hari ni sy jalani pembedahan jantung .
Lelaki : sy taw :') I love you .
Gadis : I love you too .♥


(Bile sedar dari pembedahan , gadis tengok bf die takde . Tp ayah die je yg ade)


Gadis : mane bf sy ayah ?
Ayah : Siti taw tak sape dermakan jantung untuk siti ?
Gadis : apaaaaa ? ( Terus menangis ) T_T
Ayah : hehe takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas XD


baru nak touching ! :'| HAHA :DD




****************************

moral of the story: sayangi lah teman hidup anda dengan sebaiknya



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, December 4, 2011

JANGAN BANGANG BOLEH TAK





***********************************

Mak: Lesen! tolong beli santan!
Lesen: Lesen tgh main PSP la mak!
Mak: Otak! tolong mak beli santan!
Otak: Otak tgh berak la, mak!
Mak: Kad pengenalan, tolong beli santan!
Kad pengenalan: Kad pengenalan tgh main facebook la mak!
Mak: Gila, tolong beli santan!
Gila: Ok, mak!

Dalam perjalanan, Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju.

Gila: Ada apa, encik?
Polis: Mana lesen?
Gila: Lesen tak ada dgn saya, dia tgh main PSP.
Polis:Kad pengenalan kamu mana?
Gila: Kad pengenalan tgh main facebook.
Polis: Kamu tak ada otak ke?
Gila: Otak tgh berak. Polis kenal keluarga saya ke? Semua nama adik beradik sya encik tahu.
Polis: Awak ni gila, ya?
Gila: Nama saya memang Gila



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, November 13, 2011

Kau Tamak kau Rugi





********************


ANAK : Ayah, kalau ayah nampak RM10 kat meja dan RM5 kat lantai, yg mana ayah akan ambil?

AYAH : Mestilah RM10 , Banyak tuu.

ANAK :Ayah,kenapa ayah bodoh sgt? Kenapa tak ambil kedua-duanya?

AYAH : $#*$&@#@$@#

ANAK :@#!@#!@%$!@#!@#!@!!


Sambungan.....


AYAH : anak,Ayah nak bagi rm5 dengan rm10,yang mana anak akan ambil?

ANAK : mestilah dua-dua sekali,(nak kenakan aku balik laa ni,sorry father,aku lagi cerdik)

AYAH : kenapa anak ayah ni bodoh sangat,ayah suruh pilih rm5 dengan rm10,disebabkan kau bodoh,pilih dua2 sekali,rm5 tak dapat rm10 tak dapat. HARHARHAR!

ANAK : @#$@#$@#$@#$(melepas aku!!)

AYAH : @#$*@#*$^*&@#!!



********************
moral : orang tamak selalu rugi,, :)



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, October 16, 2011

Tips Jawab Soalan Temuduga Baik Punya

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).



**************************


mintak ngn pakcik google pic nih


Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini" Soalannya adalah:

"Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata, "FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga.

"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... ....."

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.


*************************

moral of the story:
- pastikan anda berfikir secara bijaksana
-buat persiapan rapi sebelum pergi temuduga


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Lawak Kampus : Teknologi Canggih


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, October 8, 2011

Apsal Lurus Bendul Sangat Ko Ni

pic mne ntah aku copy ni

******************


Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !


*******************


Moral of story

- fahamkan arahan dengan betul *ini tuk anak*

- bagi arahan dengan ayat yanng mudah difahami *ni tuk ibu*



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...