Showing posts with label pezol stylez. Show all posts
Showing posts with label pezol stylez. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Wajah Baru Blog Pezol Stylez

Alhamdulillah..nampaknya blog aku pon dah bertukar wajah tuk yang ke sekian kali. Tema kali ni gelap sikit berbanding dengan lepas. Yelah tukar selera lak. Asyik warne cerah-cerah...teringin gak nak warne gelap lak kan. Baru nampak macho sikit. Sebelum tu aku nak berikan kredit kepada blogger APIT aka Hafizzi Aziz kerana dari blog beliau lah iaitu fizgraphic.com aku dpt belajar banyak cara-cara nak men'design' blog aku sekarang. Thanks again dude. Nanti aku nak order 'barang' kat ko ek. Sape2 nak buat blog korang cantik terjah lah blog apit ni. Berbaloi2.


Aku tukar blog aku ni pon bukan sebab aku dah bosan dengan yang header yang lama *padahal memang bosan pon kan* tapi lebih kepada menyambut ulang tahun pertama blog Pezol Stylez ditubuhkan...yer..ulangtahun pertama ok. Ada dalam beberapa hari lagi aku nak sambut ulang tahun blog aku ni. Korang nak tau bile?? Aku start blogging blog ni 11.11.10. Makanya 11.11.11 genaplah usia blog aku setahun. Cantik kan tarikh ulangtahun blog aku. Bukan senang nak dpt tarikh camtu. Hehehe.

Banyak kenangan suka duka sepanjang hampir setahun aku berblogging. Tapi semua tu aku tak kisah. Mana yang baik tu jadikan teladan. Mana yang tak berapa nak baik cuba perbaiki lagi untuk menjadi yang lebih baik. Ok lah. Malas potpet lama-lama. Bukan korang nak bace pon kan?? hehehe. Thanks kepada semua yang sudi membace blog Pezol Stylez ni ek. InsyaAllah akan lebih banyak lagi info-info yang menarik untuk dikongsi bersama. Bye


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, September 18, 2011

Dah Mula Blogging Semula

Assalamualaikum. Perghhh..setelah 2 bulan berehat dari dunia blogging..kini pezolstylez kembali lagi. yay. Syuker tak..syuker tak ^_^ *versi eric leong ok*.haha. Cuti semester yang lepas memang aku takde mood nak berblogging. Banyak keje sial nk kena wat. Ingat kan cuti2 kat umah ley senang lenang sambil goyang kaki tp xdenye nk bersantai-santai k. Aku tolong parent aku meniaga. Best tau meniaga. Ley dpt duit k. hehe.

Sekarang cuti semester dah abes. So, seperti biasa kehidupanku di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang tercinnta ini berjalan seperti biasa. Belajar, belajar dan belajar. *yelah tu kan..belajar la sangat*. Apa-apa pun aku ucapkan selamat kembali ke kammpus kepada kawan-kawan yang still lagi belajar tu ek. Blogging blogging gak tapi study jgn lupe tau.

Malas nak membebel banyak. Tapi sebelum tu..aku nk ucaokan Selamat Hari Raya Aidilfitri  kpd sume. Lamat tol nk wish..hahaha. ok la..tunggu je entry aku yang seterusnya ok. bye. chaw


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, March 22, 2011

Tanda-Tanda Anda Dah Jatuh Cinta


Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.





sumber: CINTA


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, February 20, 2011

Blog Pezol Stylez Sangat Teruk




Pertama kali aku dapat komen yang sangat menyentap hati pada hari ni kat shoutmix aku. Aku tau lah blog aku tak sehebat blog Ben Ashaari. Juga tak secantik blog Hanis Zalikha dan tak semanis blog Irene Marchello. Aku tertanya-tanya gak, apa yg teruk blog aku nih?? Entry nya kah?? design nya kah?? atau orang nya kah?? Kenapa?? Ada sapa-sapa bley tolong jelaskn?? 

Teruk sangat kah blog aku nih?? Hahaha. Very the emotional ini orang. Gile ke ape. Wey pezol!! Lantak lah budak tu nak cakap apa kat blog ko. Bukan ley dapat pape pun. Ko punya blog, suka hati ko lah nak watpe. Ingat blog budak tu bagus sangat ke? Tak kan. Follower ko ramai lagi kan dari dia?? Income nuffnang ko mesti lagi banyak dari ko kan??  *poyo  je* Habis tu, ko jangan layan lah budak physco tu. Just waste your time ok.

Ko teruskan je tulis entry best kat blog Pezol Stylez ko tu. Blog ko kan informative. Mesti ade blogger lain nak bace punya. Percayalah pezol, satu hari nanti blog ko akan femes jugak cam blog-blog yang femes skang nih. Tapi lama lagi kot nak femes. haha. Ok lah. Chill !! Dah jangan nak emo-emo lak. Buruk siot. Geli aku tengok ko macam tu. Macam ikan masin dah aku tengok.Hahaha.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...