Tuesday, February 19, 2013

MINUMAN BERKARBONAT JEJAS KESIHATAN







Semua tahu minuman berkarbonat tidak elok untuk kesihatan. Sebabnya?? Walaupun bahan asasnya air, ia mengandungi banyak gula iaitu sehingga 10 sudu the dalam satu tin 250ml.

Untuk sedap, ia diberikan pelbagai perisa seperti limau, vanilla, oren dan kadangkala dicampur sedikit pewarna. Kemudian gas karbon dioksida dimasukkan supaya ia berbuih.

Ada minuman berkarbonat mengandungi kafein yang juga tidak elok untuk kesihatan.



Penyelidik di Akademi Neurologi Amerika mendapati individu yang minum sekurang-kurangnya empat hidangan air manis berisiko tinggi mengalami kemurungan.

Pada kanak-kanak, minuman manis termasuk air gas boleh membuat mereka ketagih gula. Jadi apabila anda dahaga, carilah air masak iaitu minuman terbaik untuk badan dan otak.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...