Showing posts with label inovasi. Show all posts
Showing posts with label inovasi. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

Baju Kepompong Jom Tidur

Aku tak tahu nak cakap apa kat benda alah ni. Nak kata baju tidur tak juga. Entah lah. Tapi macam kepompong pon ada. Rekaan yang inovatif ini telah direka oleh Forrest Jessee yang mana membolehkan anda tido dengan selesa apabila menggunakannya di dalam apa jua kedudukan. Itu apa yang diperkatakan oleh tuan punya "pakaian pelik" ni. Bagi aku cam tak selesa je tido dalam menatang alah ni. Apa2 pon jom kita layan jelah.









sumber: Forrest Jesse


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, June 29, 2011

Kerusi Belon?? Ada Ke??

Agak-agak best tak kalau duduk atas kerusi belon nih?? Tahan lama ke duk atas ni?? Nanti habis gas kena isi semula ek belon tu? Kalau nak baring ley tak? Belon tu statik camtu je ke?? hmmmm...banyak tul la kan persoalan aku ni. Yelah perkara unik dan tak pernah ada depan mata, mesti la banyak tanya kan. Apa-apa pun, rekaan kerusi belon ni memang menarik. Boleh wat sendiri kalu tak mampu nak beli. Beli je belon banyak-banyak kat kedai. Pastu wat cam lam gambar ni. hehe




KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, May 30, 2011

Gempar Kapal UFO Tersadai Atas Pokok

Gempar la sangat kan?? Tapi kapal tu memang betul tersadai atas pokok. Bukan di Malaysia tapi Sweden. Sebenarnya kapal UFO ini adalah sebuah hotel mini yang direka oleh Bertil Harstrom. Aku tengok dalam hotel ni pon ok gak la kalau nak tinggal satu dua hari. Dilengkapi dengan kemudahan moden seperti tandas, bilik air, ruangan makan dan bilik tidur. Walaupun ruangan yg agak terhad tapi mungkin ia akan memberikan pengalaman yg berbeza apabila berada menginap di sini. Korang layan jelah hotel ni ek. Bye.









p/s: teringin nak makan karipap petang2 nih....jom


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, May 29, 2011

Bantal Tidur Burung Unta

Assalamualaikum. Sejak dua tiga hari ni, semakin galak pulak hujan kat bumi parit raja ni. Boleh dikatakan hampir setiap pagi hujan membasahi tanah gersang di sini dengan gabungan indah guruh berdentum dan sinaran kilat yang sangat cantik mewarnai ruangan langit sana. Jadi secara tidak langsung segala aktiviti di pagi hari akan tergendala buat seketika. Aktiviti 'membuta' juga menjadi aktiviti kegemaran di kala sejuk mencucuk badan yang sangat tidak berapa nak 'ngam' dengan suhu berhawa dingin. Alhamdulillah, dapat juga merasai suhu sehingga sekarang ni.

Hari ni aku hanya nak kongsi dengan korang bantal tidur burung unta. Pelik gak. Korang mesti tau bagaimana burung unta tidur kan? Burung unta akan memasukkan kepala diorang dalam tanah apabila nak tidur. Jadi Kawamura Ganjavian telah mengambil cara burung unta tidur dan mereka sejenis bantal yang mana korang boleh tidur dengan memasukkan kepala korang dalam bantal tersebut. Tapi boleh ke kita bernafas apabila memasukkan kepala dalam bantal tu nanti? Hurmmm...entah lah. Kena cuba dulu baru tau boleh ke tak. Hehehe. Ok la, korang layan jelah ek gambar kat bawah tu. Bye




p/s: nak bawak tido dalam kuliah boleh tak?? hehehe


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, May 19, 2011

Laci Pakaian Informasi Sangat Comel

Training Dresser akan mengajar anak anda untuk menyimpan pakaian mereka di tempat yang betul. Direkacipta oleh Peter Bristol, laci informasi ini direka dengan bentuk yang berbeza mengikut jenis pakaian yang hendak disimpan. Laci pakaian yang unik sangat sesuai diletak di mana-mana sudut yang korang suka di dalam bilik korang.








KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, May 11, 2011

Biarpun Mainan Tapi Memang Gempak

Model Lapangan Terbang terbesar di dunia terletak di Miniatur Wunderland di Hamburg German. Dengan keluasan kawasan 150 meter persegi, Lapangan Terbang Knuffingen mempunyai 40 pesawat yang berbeza dan berlepas dan mendarat sehingga 360 kali sehari. Selain itu, menggunakan lebih dari 150,000 jam kerja dan 3.5 juta Euro telah dilaburkan dalam projek yang luar biasa ini. Dan sekarang lapangan terbang ini telah dibuka untuk tontanan umum. Jom ikut aku pergi tengok sana. *tipu jek* hehehehe. 








KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, May 8, 2011

Basikal Pun Dah Ada Bumbung Sekarang

Bila da kreatif tu...memang kreatif juga lah kan. Mungkin ini boleh dinamakan satu inovasi. Dulu-dulu memang basikal takde 'bumbung' tapi sekarng korang boleh lah gunakan basikal camni untuk ke mana-mana. Tak kisah lah time hujan atau panas. At least kalau time hujan boleh lah jugak jalan kan even tempias sikit-sikit dari basah lencun kan? btw.....satu rekaan inovasi yang bagus. Ade siapa-siapa nak tolong belikan aku satu?? hehehe.










KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, May 7, 2011

Bako Rokok Dengan Ni Stylez

Hari ni nak share ngn korang satu alat pemetik api yg sangat 'awesome' bg aku. Bentuk yg sangat kreatif kan?? Bkn saja comel tp kiut pulak tu. *sema je mksudnya tuh*

Pemetik api ni ada 2 fungsi tau. Satu sebagai alat pemetik api. Abang2 yang hisap rokok tu bley lah try gne 'lighter' ni *merokok mbahayekn kesihatan ok*. baru nampak macho kan. *bagi aku tak macho pon*

Fungsi kedua adalah sebagai alat pengeluar cahaya aka lampu. Malam2 time nak carik rokok letak kat mana, boleh lah gunakan fungsi kedua tu yer. hehehe. Harga alat ni ¥580 ($4.88) je. Nak order?? Klik SINI. Tu je lah kot. Jumpa lagi. bye.













sumber : nodaya


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, April 29, 2011

Selamat Tak Kalau Duduk Rumah Camni

Agak-agak korang lah, best tak kalau dapat duduk rumah camni. Rumah ni ade butang keselamatan tau. Tekan je butang semua pintu dan tingkap akn tertutup dan membentuk satu bongkah dinding konkret yg tak boleh dimasuki sesiapa apabila diserang musuh. Wahh...mcm cerita perang je kn?? Dibina oleh KWK Promes yang mana di dalam rumah ni ade swimming pool dan korang boleh melihat movies pada skrin gergasi. Hebat tak??






















KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...