Saturday, February 25, 2012

CONTEST 1ST ANNIVERSARY BLOG LIKU-LIKU KEHIDUPAN






Alhamdulillah, genap sudah 1 tahun Blog Liku-Liku Kehidupan nukilan seorang blogger tampan kacak segak dan bergaya Hazwan Hairy berkecimpung dalam dunia blogging ni. Dari seorang blogger yang kurang tunjuk ajar akhirnya beliau mampu untuk tersenyum kambing bersimpul-simpul melihatkan blognya maju bertapak-tapak ke hadapan macam kereta api sebaris dengan blogger-blogger hebat yang lain membawa jenama tema persahabatan dan cabaran-cabaran hidup yang beliau telah lalui.

Pengalaman berjumpa dengan blogger anak jati pulau mutiara ni semasa berjimba kat Taman Tema Genting arituh sememangnya sesuatu yang amat disenangi. Walaupun orangnya kecik je tapi dalam jiwanya mempunyai misi dan visi yang begitu tinggi ok bak gunung everest gituhhh. Wahhhhhh kerlas kau Hazwan Hairy. Hahahaha. Opppps lebih2 lak aku nih kannn. Ok straight to the point.


bersama blogger Hazwan Hairy


Mengikut dari sudut perspektif abg setelah mengkaji dari pelbagai elemen untuk menjadi seorang blogger sejati Blog Liku-Liku Kehidupan kepunyaan blogger Hazwan Hairy ni nampak ringkas tapi padat dengan isi kandungan yg menarik. Faham kan? Entry-entry pon tak terlalu panjang berjela-jela beribu batu dan sangat mudah untuk difahami. Al maklumlah gaya bahasa utagha yang beliau sering gunakan dalam pertuturan seharian sesekali menyelit jugak dlm entry yg dihasilkan. Bagi abg tu adalah salah satu daya  penarik utk dibaca. Good.job.

Hmmmm...cuma apa yg perlu diperbaiki adalah header blog nih. I mean..pic dah lawa tapi tak cukup lebar lah pulak Hazwan Hairy. Sebab tengok ada ruang kosong kat tepi tuh. Kalau alignment betul baru nampak macho sikit macam tuan punya blog ni. Hehehe. Lagi kan Hazwan Hairy..nama URL blog ni tak nak ubah ke?? Abg  rasa macam takde apa-apa kaitan pon nama fanomena dengan blog ni. Apa kata kalau tukar nama HazwanHairy.blogspot ke or something berkait rapat dengan blog nih. Faham kan? Hmmm..lagi background tabir warna merah tuh..kalau tukar yg lain boleh x?? Nampak macam biasa2 je. Bagi gempak sikit background tu dengan wallpaper yg ummmp!!

Overall tu je kot apa yg boleh abg bagitau. Hmmm...nak tagline ek?? Agak2 nak letak apa la tagline paling handsome tuk blog ni. Abg tak lah terlalu kreatif sangat dalam bab2 camni. Tapi takpelah...objektif utama nak wat contest ni pon Hazwan Hairy nak cari tagline paling kreatif kan. So abg cadangkan:


 "SEJUTA LANGKAH KEMBARA IMPIAN HAZWAN HAIRY"


Ok dah siap pon. Fuhhhh..panjang jugak ek aku membebel entry contest anjuran Hazwan Hairy ni. Terbaekkkkkk. Apa-apa pun abg doakan semoga blog Hazwan Hairy ni akan terus lebih maju di masa hadapan dan dapat menjadi salah seorang blogger terkenal kat Malaysia nih. Amin. Sapa2 yg nak join contest ni boleh la klik kat SINI. Ada hadiah uols. Join  la ek.

Sebelum nk join tuh..jgn lupe folo blog beliau yer. Kalau ade twitter pon boleh follow gak dia @HazwanHairy. Follow2 dia jugak jangan lupa follow blog saye juga tau. Hihihi. kbai



8 comments:

hazwan hairy said...

wahhhh!!! panjang berjela entry..terima kasih my brother sbb byk tlg berblogging nih....kalau xknl mmg xkn tau lah psl blog nih..hahah

Anonymous said...

hahaha mana aci letak pic zul skli tuh..nk wat gak lah..crop..hahah..kidding..

setuju sgt2 part url tuh..

fuhh tagline terbaik tuh..terasa m.nasir yg post entry ni..hahaha

cayalah abg! gud luck!

(sambil baca shout box zul yg berjurai2 air mata baca)hahahah.syahdu..kikiki

Unknown said...

goodluck! hehe

Unknown said...

@hairy: almost welcome bro...sesuatu yg memberi manfaat tuh lebih baik dikongsikan bersama kan...hope blog hairy akan maju dan terus maju pd msa akan dtg.

Unknown said...

@maya: hahaha...kebetulan la pulak ade pic ngn zul..so letak je la sbg penambah seri..

wah2..m.nasir kan..jauh lg kot..hihi

thnks..maya pon gd luck gak tau

Unknown said...

@diyana: thanks..jom la join skali ek

nur_za said...

fuh..semngt yer dia bg komen/cdngn..terbaik la..apa pun gud luck auw..kalu dpt hdiah topup tu..share2 la..keh2
gud luck.. =)

Unknown said...

@nur: haha..thanks..awk punya jgn lupe join tau..;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...