Assalamualaikum dan selamat pagi. Rutin harian macam biasa, bangun dari tidur terus on lappy kesayangan dan bukak blog *subuh tadi bangun da ok tp tidur balik*. Tengok-tengok kalau ada komen terbaru. Adalah 2-3 komen. Jadi, reply je la. Kemudian baca Metro Online jap tengok apa berita panas dan sensasi yang berlaku di dalam dan luar negara. Dah habis baca, pergi mandi. Sejukk. Kat sini hujan pagi tadi.
Lepas mandi, siap2 semua terus mengadap
lappy semula sambil makan roti. Hari ni hari Isnin. Wokey, nak tengok berapa
income yang masuk untuk minggu lepas. Sebab setiap hari Isnin,
Nuffnang akan
update akaun. Bukak punya bukak....perghhhh..banyak giler masuk untuk minggu lepas
*sampai tersedak makan roti*. Releks. Alhamdulillah. Rasanye ni yang terbanyak kot selama aku berblogging. RM40 ++ seminggu. Syukur2.
Dan sekarang, secara automatiknya
income dalam akaun
Nuffnang dah pon boleh cash out. Tapi nak
cash out ke tak ek? Sebab bulan lepas aku dah cash out dah. Cek pon dah sampai. Tinggal nak serah kat bank je lagi nak suruh masuk dalam akaun aku. Huhuhu. Tapi rasa sayang plak nak cash out. Mungkin nak tunggu
income Churp Churp dulu lah. Income
Churp Churp tinggal berapa hengget je lagi boleh
cash out tu. hehe.
Nampaknya, rezeki untuk bulan ni memang murah. Syukurlah berkat aku berblogging selama ni menampakkan hasil jugak walaupun tak banyak mana kan *jeles dengan Yuyu Zulaikha dpt income 1K*. Aku percaya segala apa yang kita lakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan mendapat habuannya. Kan?? InsyaAllah akan terus berblogging dengan sharing entry yang lebih berinformasi untuk korang. Bye.
KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA