Tuesday, February 19, 2013

LAMPU ISYARAT 14 LAMPU PALING MENGELIRUKAN DI DUNIA








CHONGQING, China - lebih 10,000 pelancong yang berkunjung ke Taman Tema Yangrenjie di sini keliru dengan sebuah lampu isyarat di simpang empat lokasi tersebut. Fasiliti tersebut yang memiliki 14 buah lampu dipasang di taman tema berkenaan sejak Mei tahun lalu.

Lebih mengelirukan, lampu isyarat itu berkelipan dengan memaparkan nyalaan lampu berbeza pada sesuatu masa. Namun, seorang pegawai trafik di sini berkata, lampu isyarat tersebut hanya berfungsi sebagai hiasan seni ekoran jalan ke simpang empat taman tema itu kelihatan kosong. 



Menurutnya, lampu isyarat tersebut juga kelihatan sangat cantik apabila berkelipan pada waktu malam, Katanya lagi, para pemandu sepatutnya tidak mempedulikan lampu isyarat itu.

Hiasan seni itu dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai lampu isyarat paling mengelirukan di dunia Namun, ia akhirnya dibuang oleh pihak berkuasa kerana mengelirukan pemandu ke taman tema tersebut. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...