Showing posts with label justin bieber. Show all posts
Showing posts with label justin bieber. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

AS LONG AS YOU LOVE ME




Eh budak ni ada lagu baru rupanya. Ingatkan lagu sapa as long as you love me ni. Try la search. Sekali lagu justin bieber. Artis remaja pujaan ramai wanita di luar walaupun satu dunia dah tau jb ni dah punya hati. Boleh tahan gak la hits vevo jb ni. Baru publish 4 hari dah cecah 6 juta lebih views.Memang artis popular la katakan. Lepas tadi aku tengok kat youtube banyak la jugak 'artis-artis' youtube mula mengupload cover lagu as long as you love me ni. Boleh tahan gak. Dah macam2 versi aku dengar lagu terbaru dari jb ni. Apa-apa pun layan je lah lagu ni.






KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, November 3, 2011

Justin Bieber Dah Jadi Bapa



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita di negeri California mendakwa penyanyi remaja Justin Bieber (gambar) ialah bapa kepada bayinya.

Laman hiburan RadarOnline dan majalah Star Magazine melaporkan wanita berkenaan, Mariah Yeater, 20, memfailkan saman di sebuah mahkamah dengan menyatakan bintang pop berkenaan ialah bapa bayi lelakinya yang berusia tiga bulan.

Menurut laporan tersebut, wanita itu mahu Bieber, 17, menjalani ujian perubatan bagi mengesahkan secara saintifik bahawa bayi berkenaan ialah zuriatnya.

Seorang jurucakap Bieber, Matthew Hiltzik bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

"Walaupun kami belum melihat saman itu, adalah sedih untuk seseorang sengaja mereka-reka dakwaan palsu yang berunsur fitnah," katanya.

Menurut majalah Star, Yeater mendakwa dia berusia 19 tahun semasa berasmara dengan penyanyi kelahiran Kanada itu di belakang pentas di salah sebuah konsertnya di Los Angeles pada tahun lalu.

Dia meminta mahkamah memaksa Bieber menyediakan nafkah secukupnya untuk anaknya," lapor majalah berkenaan.

Bieber kini intim dengan aktres Selena Gomez iaitu seorang bintang remaja yang popular menerusi lakonannya dalam program televisyen terbitan Disney, Wizards of Waverly Place. - Agensi


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, June 14, 2011

Justin Bieber Tiru Muka Budak Ni

Korang nak cakap apa pasal budak ni?? Seorang yang sangat sempoi dan punya suara yg sedap didengar. Jom layan...;p


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, April 22, 2011

Justin Bieber Follow Twitter Aku


Hmm...malas je nak cakap ape dah. Nak kata teruja sgt...*padahal teruja kn* tak jugak kot. Cuma aku pelik. Apsal si justin bieber follow twitter aku ek?? Satu persolan tuk korang fikirkan. Nak kata kenal ngn aku tak jugak. Nak kata jumpe masa konsert justin bieber kat keyell aritu pon tak jugak. Korang rasa apa ek?? hehehe

Acctually, aku yg follow twitter dia dulu. Tak tahu plak dia balas aku nyew twitter. Aku rasa mungkin inilah satu cara justin bieber nak tarik ramai peminat dia kot dengan follow semula twitter peminat dia. Sapa tau kan. Korang tengok lah follower dia brapa ramai tuh 14,505 org. Aku punya follower pon tak sampai camtu skali *memanglah, kau bukannye artis pon pezol*.

Rasa cam bangga gak la kn *jangan jelez tau...hahaha* dlm ramai-ramai follower dia tuh aku gak yg terpilih. hahaha. Lepas ni, gadis-gadis kat luar sana, kalu ada apa-apa pesanan kat si justin bieber boleh lah berhubung dengan aku yer. *poyo sial kau ni*. Mana tau korang nk sampaikn apa2 salam ke apa ke. Ley aku sampaikn. ahaks!! Ok lah, tu je aku nak kaborkan kat korang. Takde niat apa-apa pon. Just wanna sharing that thing.peace.


p/s: aku ade gak follow artis kat malaysia nih...tp xde pon diorang nak follow aku semula. Popular sgt kh 'dia' dr justin bieber nih?? sama2 kita fikirkan.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...