Monday, April 22, 2013

ARAB SAUDI BINA PUSAT PEMULIHAN MEWAH UNTUK BANDUAN (6 GAMBAR)



RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi merancang melenyapkan fahaman ekstrem dalam kalangan banduan militan Al-Qaeda melalui kaedah kaunseling, rawatan spa dan senaman di sebuah pusat pemulihan mewah di sini.

Banduan-banduan itu boleh menggunakan fasiliti pusat pemulihan berkenaan termasuk kolam renang saiz Olimpik, sauna, gimnasium dan dewan televisyen semasa mereka menghadiri sesi kaunseling dan ceramah agama.

Pusat pemulihan mewah baharu itu dibina oleh Pusat Kaunseling dan Penjagaan Putera Mohammed Bin Nayef. Badan itu yang ditubuhkan tujuh tahun lalu bertujuan untuk memulihkan ekstremis-ekstremis Islam yang ditahan semasa operasi membanteras Al-Qaeda di Arab Saudi antara 2003 hingga 2006.









sumber 1
sumber 2


1 comment:

MaYa MustWany said...

wahhh mesti baduan suka sgt..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...