Tuesday, January 14, 2014

TELEVISYEN INTERNET PINTAR DARI SYARIKAT LG SDN BHD



LG Electronics (LG) Sdn Bhd memperkenalkan produk 2014 iaitu televisyen pintar webOS, ULTRA HD TV dengan sokongan rangkaian internet terkemuka dunia, Netflix, baru-baru ini. Kategori baharu peranti elektronik berkenaan membantu pengguna menikmati cara baharu menonton televisyen dengan paparan skrin lebih jelas, terperinci dan realiti.



ULTRA HD TV direka dengan sambungan, perlindungan kandungan dan pengekodan program menjadikannya tahan dilengkapi kuasa internet, Netflix 4K.

Televisyen dan sambungan internet dijual berasingan. Ketahanan dan kelajuan sambungan produk bergantung pada dekoder 60p.



ULTRA HD TV akan nyahkod signal (sambungan) pada H.264 dan HEVC H.265 (antara 30p atau 60p). Gaya hidup teknologi mencetus imej moden dengan kemasan reka bentuk nipis dan paparan televisyen gergasi selebar 83 inci.



Pengguna masih boleh menggerakkannya ke mana-mana arah bagi memperoleh sambungan cepat, paparan skrin lebih telus dan mengikut selera sendiri. Aplikasi Live Menu menawarkan kepelbagaian fungsi termasuk rekaan, program, derivasi dan pencarian data.


Ciri-ciri utama LG Ultra HD TV:

  • Ultra HD 8.3 megapixels
  • Tru-ULTRA HD Engine
  • Cinema 3D
  • Intuitive Smart TV




Sumber: Berita Harian


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...