Wednesday, January 15, 2014

CRISTIANO RONALDO MENANG ANUGERAH BALLON D'OR 2013



Zurich: Cristiano Ronaldo menamatkan dominasi empat tahun Lionel Messi apabila dinobat penerima anugerah Ballon d’Or di Zurich, awal pagi semalam.

Bintang Real Madrid dan Portugal berusia 28 tahun itu yang memenangi anugerah sama pada 2008 menjadi pilihan untuk mengetepikan Messi, jagoan Barcelona dan Argentina dan pemain Perancis, Franck Ribery, pemenang tiga gelaran bersama Bayern Munich pada 2013.




Ronaldo menang dengan undian 27.99 peratus mengatasi Messi (24.72 peratus) manakala Ribery di tangga ketiga dengan (23.36 peratus) menurut France Football, penganjur bersama anugerah itu dengan FIFA.

“Tiada perkataan yang menggambarkan perasaan saya,” kata Ronaldo.

“Saya gembira, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan dan keluarga yang hadir.



“Mereka yang mengenali saya tahu begitu banyak pengorbanan dilakukan untuk memenangi anugerah ini.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang percayakan saya dan saya ingin memperkatakan lagi mengenai Eusebio dan Madiba (Nelson Mandela) serta memberikan penghargaan kepada mereka buat kali terakhir.




“Tidak syak lagi saya berhak memenanginya, begitu juga dengan Messi dan Ribery. 

“Perasaannya berbeza setiap kali. Tapi saya ingin katakan Ballon d'Or kedua sungguh emosional kerana ibu dan anak saya (yang berada di pentas bersamanya) di sini.”




Bagi Messi, yang menyarung jaket merah, kemenangan Ronaldo tidak memberi banyak perubahan.

“Saya suka jika menang, tapi ia tetap memberi motivasi yang sama buat saya untuk menjadi semakin dewasa, memperbaiki diri dan memenangi perlawanan,” katanya menerusi laman Twitter Barcelona.- AFP


1 comment:

Akeyla Azmi said...

dia nangis kan tak silap qila hihihi
yelah, dia takpernah dapat kot huhu
congrats CR hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...